Rabu, 7 Mei 2025

GAZA AKAN DI KOSONGKAN DARI RAKYAT PALESTIN




Tiada guna teruskan rundingan gencatan senjata di Gaza - Hamas

GAZA: Hamas tidak lagi berminat untuk meneruskan rundingan gencatan senjata dengan Israel dan menggesa komuniti antarabangsa supaya menghentikan 'perang kebuluran' Israel terhadap Gaza, kata seorang pegawai kumpulan pejuang itu.

Pegawai Kanan Hamas, Basem Naim, berkata tiada makna untuk meneruskan rundingan atau mempertimbangkan cadangan gencatan senjata baharu selagi perang kebuluran dan pemusnahan terus berlaku di Semenanjung Gaza.

Katanya, dunia perlu memberi tekanan kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu supaya menghentikan jenayah kebuluran, kehausan dan pembunuhan di Gaza.

Kenyataan itu dibuat sehari selepas tentera Israel mendakwa operasi ketenteraan yang diperluas di Gaza akan membabitkan pemindahan sebahagian besar penduduknya.

Dalam pada itu, hampir keseluruhan penduduk wilayah itu sudah dipindahkan, kebanyakannya lebih daripada sekali sejak bermulanya perang yang tercetus antara Palestin dan Israel pada 7 Oktober 2023.

Gaza diletakkan di bawah sekatan penuh oleh Israel sejak 2 Mac lalu dan kini berdepan krisis kemanusiaan yang buruk.

Tentera Israel menyambung semula serangan ke atas Gaza pada 18 Mac lalu, sekali gus menamatkan gencatan senjata selama dua bulan.

Jurucakap agensi pertahanan awam Gaza, Mahmud Bassal, mendakwa tiga rakyat Palestin termasuk seorang kanak-kanak perempuan terbunuh dalam serangan Israel pada waktu subuh di beberapa kawasan di Gaza.

Menurut seorang jurucakap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Setiausaha Agungnya, Antonio Guterres amat bimbang dengan rancangan Israel itu yang akan membawa kepada lebih ramai orang awam terbunuh dan kemusnahan seterusnya di Gaza.

Sementara itu, Menteri Luar Perancis menyatakan bahawa Paris mengecam kempen ketenteraan baharu Israel di Gaza itu.

Kenyataan itu dibuat sehari selepas tentera Israel mendakwa operasi ketenteraan yang diperluaskan itu akan membabitkan pemindahan sebahagian besar penduduk Gaza.

"Ia tidak boleh diterima dan kerajaan Israel sudah melanggar undang-undang kemanusiaan," kata Menteri Luar Perancis, Jean-Noel Barrot dalam satu temu bual radio.

Keputusan Israel itu dibuat ketika PBB dan pertubuhan bantuan kemanusiaan berulang kali memberi amaran mengenai bencana kemanusiaan yang semakin buruk, dengan kebuluran sekali lagi menghantui Gaza selepas lebih dua bulan disekat sepenuhnya oleh Israel.

Hampir semua daripada 2.4 juta penduduk Semenanjung Gaza sudah dipindahkan sekurang-kurangnya sekali sepanjang perang yang tercetus pada Oktober 2023.


PROJEK AKHIR

ZIONIS

AMIN

KOSONGKAN GAZA

JADIKAN WILAYAH

ISRAEL

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: