Rabu, 7 Mei 2025

LAWAN JANGAN TAK LAWAN



Nurul Izzah berteka teki, tiada keputusan jelas mahu tanding Timbalan Presiden PKR

KUALA LUMPUR – Di sebalik sokongan padu yang diterima daripada akar umbi di seluruh negara supaya merebut jawatan Timbalan Presiden PKR  namun tiada keputusan jelas dibuat Nurul Izzah Anwar setakat ini.

Malah dalam kenyataan terbaharunya, Naib Presiden PKR berkenaan juga seolah-olah masih berteka-teki sama ada mahu menyahut gesaan akar umbi tersebut atau sebaliknya.

Menurut bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh berkenaan, beliau akan memberi keputusan terbaik mengimbangkan antara kesepakatan, jalinan dengan persahabatan dan perubahan serta reformasi bermakna buat semua anggota.

Jelasnya, kata putus yang akan diberikan juga bukan untuk mana-mana individu tetapi demi usaha membina masa depan PKR secara bersama di kala suka dan duka.

Terdahulu beliau menghormati lagi menghargai pandangan akar umbi supaya bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden PKR.

“KEADILAN sedang berada dalam fasa penting. Justeru, segala keputusan yang bakal diambil haruslah mempertimbang bukan sahaja keperluan menyatu dan memperkukuh jalinan sesama sahabat seperjuangan tetapi juga keperluan membawa nafas baharu dan perubahan bermakna demi memastikan parti ini terus relevan dan diyakini rakyat Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sejak semalam, sokongan terhadap Nurul Izzah bagi merebut jawatan nombor dua dalam PKR itu melonjak dengan pelbagai peringkat kepimpinan termasuk dari Selangor; Melaka; Perak dan Pahang turut menyatakan dukungan.

Sekiranya disambut, Nurul Izzah akan mencabar penyandang jawatan itu yang juga Menteri Ekonomi,  Rafizi Ramli yang sebelum ini sudah mengesahkan akan mempertahankan jawatannya.

Lebih menarik, selain Nurul Izzah,  Saifuddin Nasution Ismail turut dicadangkan menggalas jawatan itu, namun Menteri Dalam Negeri berkenaan sehingga kini masih belum membuat keputusan meskipun tarikh akhir pencalonan hanya berbaki beberapa hari sahaja lagi. – 

WOIT

KAH KAH KAH

LAWAN JANGAN

TAK LAWAN

KAH KAH KAH

BUKTIKAN INI

BUKAN PARTI

KIM IL NUAR

KAH KAH KAH

BUKTIKAN PKR

LAWAN NEPOTISAM

KAH KAH KAH

AMIN

NAK MENANG

PAPA AKAN 

ARAH SAIFUDIN

MASUK UNTUK

KACAU DAUN

KAH KAH KAH

AMIN

Tiada ulasan: