Khamis, 5 Jun 2025

DATUK JUAL AGAMA




Dua ‘Datuk’ disyaki dalang kes jemaah haji terkandas ditahan

KUALA LUMPUR – Dua individu bergelar Datuk direman sehingga esok bagi membantu siasatan kes penipuan membabitkan 80 jemaah haji yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Isnin lalu.

Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial,  Muhammed Hasbullah Ali berkata, ketika kejadian, kumpulan jemaah berkenaan sedang menunggu ketibaan salah seorang suspek di KLIA kononnya untuk menerima visa haji.

“Individu tersebut dikatakan akan menyerahkan visa yang membolehkan mereka (jemaah) berlepas ke Tanah Suci. Namun visa yang dijanjikan tidak pernah diperoleh.

“Salah seorang mangsa kemudiannya membuat laporan polis selepas mendakwa menyerahkan pasport antarabangsa miliknya dan isteri kepada dua individu yang menawarkan pakej haji percuma,” katanya.

Jelas beliau, pakej itu didakwa dikendalikan sebuah agensi pelancongan yang kononnya berdaftar sebagai Pengelola Jemaah Haji (PJH) bagi musim haji 2025, dengan janji berangkat ke Mekah pada 1 Jun lalu. 

Namun sehingga 3 Jun, tiada sebarang pengesahan penerbangan diterima.

Mangsa turut menyuarakan kebimbangan kemungkinan maklumat peribadi dan pasport mereka disalahgunakan pihak tidak bertanggungjawab.

“Hasil siasatan awal mendapati sebanyak tujuh laporan polis telah diterima setakat ini melibatkan kes yang sama. Namun, tiada kerugian kewangan dilaporkan memandangkan pakej haji ditawarkan secara percuma,” jelasnya.

Dalam pada itu, PDRM turut menafikan laporan media yang mendakwa pihaknya menahan 80 orang jemaah haji yang menggunakan visa pelancong ke Mekah sambil menjelaskan maklumat tersebut tidak benar.

Kedua-dua suspek, masing-masing berusia 36 dan 39 tahun ditahan pasukan petugas khas Op Haji Terkandas untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 420/511 Kanun Keseksaan kerana cubaan menipu. – 

WOIT

SAPA PUKEE MAK

DUA DATUK INI

AMIN

INI BETUL

JUAL AGAMA

AMIN

DUA KALI 

TIPU

KAH KAH KAH

TIPU ATAS TIPU

KAH KAH KAH

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Datuk tak ada nama, Datuk negeri mana? Terlalu ramai Datuk terlibat dalam jenayah, pakai gelaran mereka ingat dapat sembah salam kuncup tangan layanan istimewa budaya silam diteruskan kah kah kah baik tak payah bagi Datuk lagi apa lagi Tan Sri Tun semuanya dilenyapkan terus buang masa buang duit dan pastinya menyusahkan semua kah kah kah