Selasa, 14 Oktober 2025

MATI KENA TIKAM BUKAN KENA TERKAM



MB S'gor: Tiada motif perkauman dalam kes tikaman pelajar

Menteri Besar Selangor Amirudin Shari berkata pihak polis telah mengesahkan bahawa tiada unsur perkauman dalam kejadian seorang pelajar lelaki menikam mati seorang pelajar perempuan tingkatan empat di sebuah sekolah di Bandar Utama pagi tadi.

Katanya, perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Selangor, Shazeli Kahar yang memaklumkan bahawa pihak polis akan terus menyiasat elemen jenayah kes ini dan memaklumkan perkembangan kepada orang ramai.

“Saya telah berhubung dengan Ketua Polis Selangor yang mengesahkan bahawa pihak polis sedang menyiasat kes jenayah ini, dan dimaklumkan bahawa kes ini tidak melibatkan unsur perkauman,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Amirudin, perkara ini akan menjadi keutamaan dalam mesyuarat exco kerajaan negeri, dan beberapa langkah termasuk usaha keselamatan dan sokongan kesihatan mental pelajar akan diputuskan segera.

“Sebagai seorang ayah yang turut mempunyai anak perempuan, saya tidak dapat membayangkan situasi yang sedang dilalui oleh ibu bapa mangsa, dan saya mengucapkan takziah kepada mereka.

“Semoga mereka diberikan kekuatan dan perlindungan dalam menghadapi tragedi ngeri ini.,” katanya.

Menurut laporan media, kejadian berkenaan berlaku sekitar jam 9.30 pagi apabila seorang pelajar lelaki tingkatan dua didakwa membawa senjata tajam yang dipercayai pisau ke sekolah sebelum menyerang rakan-rakannya.

Laporan awal turut mendapati suspek menikam beberapa pelajar lain dalam kejadian tersebut.

ADS

Mengulas lanjut, Amurudin berkata, sekolah seharusnya menjadi tempat paling selamat untuk anak-anak.

“Kerajaan negeri akan bekerjasama dengan pihak Polis Diraja Malaysia, Kementerian Pendidikan dan komuniti setempat supaya tahap keselamatan di semua sekolah seluruh negeri dipertingkatkan dengan segera,” katanya lagi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Shamsudin Mamat berkata polis menemukan dua senjata tajam yang dipercayai digunakan suspek dalam kejadian tikam itu.

Kes tragik ini berlaku kurang dua minggu selepas satu lagi kejadian mengemparkan berlaku di Melaka, apabila empat remaja ditahan kerana didakwa merogol seorang pelajar perempuan tingkatan tiga di sebuah bilik darjah pada 2 Oktober lalu.

Pada 11 Oktober, polis memperoleh perintah reman enam hari terhadap suspek yang disiasat di bawah Seksyen 375B Kanun Keseksaan kerana rogol beramai-ramai.

Dua hari sebelumnya, ahli Parlimen Perikatan Nasional menggesa siasatan menyeluruh berhubung kematian murid tahun tmpat yang ditemui tidak sedarkan diri di tandas sekolah di Senawang, Negeri Sembilan, awal bulan ini.

Ketua Polis Negeri Sembilan Alzafny Ahmad kemudian mengesahkan hasil bedah siasat menunjukkan murid berusia 10 tahun itu meninggal dunia akibat tekanan pada bahagian leher, tanpa kecederaan lain yang ditemui.

Kes tikam di sekolah: Tiada unsur buli dikenal pasti buat masa ini - polis

Polis dilaporkan berkata, tiada unsur buli dikenal pasti setakat ini dalam kes tikam di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama, yang menyebabkan seorang pelajar maut.

Free Malaysia Today melaporkan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Shamsudin Mamat berkata, meski motif pembunuhan masih dalam siasatan, buat masa ini tiada tanda-tanda buli terlibat.

Dia berkata, polis telah menahan suspek dan merampas dua senjata tajam yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu.

"Mereka berdua adalah pelajar di sekolah itu, jadi ada kemungkinan mereka mengenali antara satu sama lain walaupun mereka mungkin tidak berkawan," Shamsudin dilaporkan berkata dalam sidang media itu, sambil menambah bahawa kenyataan akan diambil daripada guru dan rakan mangsa.


SATU SIASATN

DI RAJA WAJIB

DI BUAT UNTUK

MENELITI

SISTEM SEKOLAH

HARI INI

AMIN

DULU ADA

LAPORAN RAZAK

ADA LAPORAN

RAHMAN TALIB

AMIN

MASANYA DAH

NAZAK 

SATU KAJIAN

MENYULURUH 

WAJIB DI ADAKAN

AMIN

TUBUHKAN SIASATAN

DI RAJA SEGERA

SEBELUM GEN Z

NAIK DARAH

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: