PAGI INI
PAGI INI
SELASA 14 OKTOBER 2025
GAZA
SITI GAZA
Hari ini gua baca berita GENCANTAN SENJATA DAH BERMULA DI GAZA. Tawanan Hamas di bebas. Tawanan dalam penjara Isreal di bebas.
Pemimpin dari banyak negara datang ke Mesir untuk melihat Trump mengumumkan perang berhenti. Sebelum ke Mesir Trump berucap di Parlimen Isreal.
Untuk mengingati hari ini Gua namakan satu Puppy Kuning – SITI GAZA – Puppy ini baik – masih kurus – selalu ikut gua – tapi gua tak nak BAWA pulang jadi anak angkat – TAK SAMPAI hati pisahkan dengan Emak dan Kakak.
Abang Siti Gaza Puppy Putih – dua minggu dulu – wafat di langgar kereta – gua makamkan di bawah pohon cempaka.
Gua harap gencatan senjata di Gaza akan menamatkan perang – Tapi dari apa yang gua baca dan dengar dari Internet – Setanyahu ini TAK BOLEH di percayai – bila-bila masa saje dia akan mula menembak dan menyerang kembali.
HADIAH NOBEL
Sebenarnya Trump ini kemaruk nak dapat Hadiah Nobel Keamanan. Janji 20 poin dalam Perjanjian Damai ini telah di ajukan seawal bulan SEPTEMBER tahun lalu – Bayangkan jika tahun lalu 20 poin ini di persetujui maka pasti kematian tidak seramai ini.
Gua suka Trump tak dapat hadiah Nobel ini tahun ini – biar dia pastikan damai di Gaza ini berterusan – setidak-tidaknya hingga tahun depan – Juga untuk memastikan dia dapat hadiah ini – Trump pasti akan buat wayang untuk tamatkan Perang Ukraine. Amin.
UKRAINE
Presiden Zelensky akan jumpa Trump Jumaat ini. Agenda ialah nak minta senjata peluru berpandu Tomahawk.
FRANCE
Politik France makin kacau. Rakyat di jalan raya. Mereka mahu Presiden Macron bubar Parlimen. Kerajaan baru sedang menunggu.
VENEZUELA
Kedutaan Venezuela di Oslo Norway di Tutup. Ini sebagai tanda marah terhadap Norway yang beri hadiah Nobel Keamanan pada Minah Trump. Minah Trump ini adalah ajen Amerika dan Isreal. Minah Trump ini janji jika dia berkuasa di Venezuela dia akan iktiraf Baitulmuqadis sebagai ibu Kota Zionis Israel.
MEXICO
Banjir besar di Mexico – akibat malapetaka iklim. Seramai 63 orang mati dan 64 masih hilang.
FRANCE
Sarkozy bekas Presiden di arah oleh mahkamah untuk di masuk kan ke dalam penjara minggu depan. Kes rasuah kena penjara 5 tahun.
GAZA
Hamas kembali berkuasa. Hamas mengarahkan Polis dan Pegawai Keselamatan untuk mengambil kedudukan di seluruh Gaza.
MESIR
Netanyahu TIDAK di jemput hadir di Sham al-Sheikh – kerana ramai pemimpin tak mahu dia datang.
MOROKO
Gen Z terus berdemo untuk menjatuhkan kerajaan yang korup. Bendera Lanun Luffy berkibar di Moroko.
MADAGASCAR
Presiden negara ini cabut lari ke Paris. Gen Z berdemo melawan kerajaan rasuah – Kibar bendera Lanun Luffy.
HOKKIEN
Pagi ini cerah segar kering – kemarin panas sampai ke petang. KL & KL sentral cerah. Langit berawan putih.
Ha ha – tekukur berlagu. Pipit bersuara yang lain gua tak dengar.
Mata hari bersinar – gua berjalan ke arah matahari – gua rasa panas di pipi. Gua buka topi – berjalan pulang gua jalan terbalik – sekali lagi muka gua di panah cahaya matahari.
Gua rasa enak muka terbakar – mengikut Doktor YouTube sinar matahari ialah Vitamin D.
Ha ha – Pagi ini tak ramai datang makan – hanya Emak Ayah bersama Jantan Baik - dan Siti Gaza. Yang lain tak muncul – tak tahu ke mana mereka berjalan.
Berjalan pulang Siti Gaza mengekor kami - lalu gua beri Friskies – dia suka makanan ini - nasi pun dia suka – HARI INI ADALAH KELAHIRAN SITI GAZA. Amin.
Hari ini akan panas – jika petang hujan – malam sejuk santai.
BRO
SENYUM
SENYUM DAN SAMBUT
PAGI SELASA
BRO
Lu nak gumbira bahagia hidup lumayan – sila pelihara Anjing - lu tidak akan kecewa.
BRO
Dunia kita ini akan menjadi lebih aman – lebih bahagia – JIKA setiap orang penuh kasih sayang tanpa syarat seperti anjing.
BRO
Lu takda banyak duit – lu tak miliki banyak harta -lu memiliki saekor anjing yang akan membuatkan lu merasa kaya , gumbira dan bahagia. Amin
LAKUKAN SEKARAN
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BEKERJA
NOTA :
GAMBAR HARI INI
IALAH GAMBAR SITI GAZA
SEDANG MAKAN FRISKIE


1 ulasan:
Baguslah tapi kenapa tidak kaji kenapa perang bermula dahulu ? Kalau setakat doa selamat sahaj penyelesaian apa tidak berjaya woit kena kaji apa tuntas kah kah kah lantik Madani jadi PM Palestin selesai segala masalah dunia woit kah kah kah
Catat Ulasan