Jumaat, 16 Januari 2026

SERANG JANGAN TAK SERANG


Iran hentikan pelaksanaan hukuman mati, Negara Teluk terus pujuk Trump batal serangan

PARIS: Amerika Syarikat (AS) mendakwa Iran menghentikan 800 hukuman mati terhadap penunjuk perasaan susulan tekanan daripada Presiden Donald Trump, ketika Negara Teluk berusaha meredakan kemungkinan tindakan ketenteraan Washington terhadap Tehran.

Rumah Putih berkata, walaupun AS berundur daripada tindakan ketenteraan buat masa ini, semua pilihan masih dipertimbangkan sekiranya keganasan terhadap penunjuk perasaan diteruskan.

Setiausaha Akhbar Rumah Putih, Karoline Leavitt, berkata Trump memberi amaran kepada Iran mengenai akibat serius jika pembunuhan orang awam yang menyertai protes anti-kerajaan di negara itu masih berterusan, sambil memaklumkan hukuman mati yang dijadualkan sudah dihentikan.

Iran sejak minggu lalu digegarkan oleh antara protes anti-kerajaan terbesar dalam sejarah negara itu, yang tercetus akibat krisis ekonomi dan tindakan keras pihak berkuasa, termasuk sekatan internet.

Pertubuhan hak asasi, Iran Human Rights, melaporkan sekurang-kurangnya 3,428 penunjuk perasaan terbunuh, dengan angka sebenar dijangka lebih tinggi.

Dalam masa sama, AS mengumumkan sekatan baharu terhadap beberapa pegawai Iran, ketika negara itu sudah pun terkesan dengan sekatan berkaitan program nuklear.

Trump sebelum ini berkata beliau menerima jaminan daripada sumber berpengaruh bahawa hukuman mati tidak akan diteruskan, selepas Arab Saudi, Qatar dan Oman menjalankan usaha diplomatik bagi mengelakkan serangan ketenteraan yang boleh mencetuskan ketidakstabilan serantau.

Seorang pegawai kanan Arab Saudi berkata, negara Teluk bimbang sebarang serangan akan membawa kesan buruk kepada keselamatan rantau itu.

Sementara itu, Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi, menegaskan kerajaan menguasai keadaan dan menolak dakwaan negara itu tidak stabil, sambil memberi jaminan tiada hukuman gantung dilaksanakan buat masa ini.

AS sebelum ini mengancam tindakan ketenteraan sekiranya Iran meneruskan hukuman mati terhadap individu yang ditahan susulan protes.

Perkembangan itu berlaku menjelang mesyuarat Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai situasi di Iran.

Kerajaan Kanada turut mengesahkan seorang warganya terbunuh dalam protes berkenaan, sambil menyatakan kebimbangan terhadap tindakan keras pihak berkuasa Iran. - AFP


AMERIKA WAJIB

SERANG IRAN

AMIN

BUKTIKAN AMERIKA

MASIH LAGI

KEPALA DUNIA

AMIN

SATU DUNIA

NAK  LIHAT

BOOM BOOM

TEL AVIV

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: