Jumaat, 16 Januari 2026

KERJA JAHAT SYARIKAT UBAT



PGA serbu kilang ubat herba di Baling, rampasan lebih RM1 juta


BALING – Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Utara menumpaskan kegiatan pemprosesan minuman herba tanpa kelulusan selepas menyerbu sebuah premis di daerah ini, dalam Operasi Intra-Agensi yang membawa kepada rampasan bernilai lebih RM1 juta.

Komander Briged Utara PGA, Senior Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh berkata, pemeriksaan mendapati premis terbabit memproses dan membungkus minuman berasaskan akar kayu serta ramuan tradisional tanpa kelulusan Kementerian Kesihatan (KKM).

Menurutnya, hasil semakan lanjut turut mendapati premis itu beroperasi tanpa lesen sah daripada Majlis Daerah Baling selain tidak mendapat kebenaran KKM.

“Pemeriksaan di lokasi membawa kepada penemuan pelbagai peralatan memasak, mesin pemprosesan dan pembungkusan, sejumlah besar akar kayu serta herba, selain minuman herba siap dibungkus dengan nilai rampasan dianggarkan RM1.03 juta.

“Selain itu, dua individu warga tempatan iaitu masing-masing seorang lelaki dan wanita berusia antara 30 hingga 41 tahun ditahan bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan di sini.

Tambah beliau, operasi bersepadu itu dilaksanakan oleh Cawangan Risik Batalion 2 PGA dengan bantuan Unit Dron Pasukan Gerakan Udara Bukit Aman serta kerjasama Majlis Daerah Baling, Pejabat Kesihatan Daerah Baling dan Bahagian Perkhidmatan Farmasi Negeri Kedah.

“Kes disiasat mengikut Peraturan 7(1)(a) Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 di bawah Akta Jualan Dadah 1952 serta Seksyen 17(1) Akta Makanan 1983.

“Jika sabit kesalahan, individu boleh dikenakan denda sehingga RM25,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan pertama, manakala syarikat pula boleh didenda sehingga RM50,000,” katanya. – MalaysiaGazette

INI KERJA

JAHAT SYARIKAT

UBAT PHARMA

AMIN

NAK BUNUH

UBATAN

 TRADISIONAL

AMIN

URAT KAYU

PUCUK & HERBA

DIHARAM JADI

UBATAN

AMIN

APA AKAN JADI

DENGAN JAMU

DENGAN AIR HALIA

DENGAN AIR KUNYIT

 DENGAN  AIR SERAI

AMIN

NIAT JAHAT

NAK  HAPUSKAN

BOMOH DUKUN

& UBATAN ASLI

KHALAS

Tiada ulasan: