Jumaat, 16 Januari 2026

PAGI INI


PAGI INI




PAGI INI

JUMAAT 16 JANUARI 2026

TACO


TACO INI APA? 
Di Amerika muncul satu perkataan baru : TACO – Trump Always Chickens Out -   Trump Sentiasa Undur Diri kah kah kah. PERKATAAN ini di munculkan oleh media Amerika.

Trump nak buat tarif pada China kemudian batal. Trump nak buat tarif pada India, kemudian batal – kah kah kah. Maka media Amerika  munculkan TACO – kah kah kah.

Jelas Trump dah takut  nak serang Iran – kah kah kah. Trump beri alasan  tak ada lagi penunjuk perasaan mati. Walhal yang  menembak mati penunjuk perasaan dan polis  ialah ajen MOSSAD. 

Kerana mati tak berlaku lagi maka SERANGAN di tangguh kah kah kah.

Nampak sangat Trump takut tindak balas dari Iran. Bala tentera Republik Islamik Iran dah bersedia. Semua menunggu Amerika mengebom. Semua menunggu Israel mengebom.

DUNIA NAK LIHAT BOOM BOOM TEL AVIV.

Tapi gua YAKIN serangan akan sampai – sebelum BULAN MAC berakhir – atau dalam BULAN PUASA – Pangkalan tentera Amerika  telah juga bersedia. Malah dilaporkan  pesawat dan kapal laut Amerika  kini  di hantar menuju ke Telok Parsi.

Gua mahu lihat Iran di serang. Bila di serang maka seluruh dunia  kapitalis akan  kacau. 

TRUMP AKAN SERANG PADA HARI  SABTU atau JUMAAT MALAM – ini ketika BURSA SAHAM DAH TUTUP -  Ini cara Venezuela di serang untuk pastikan Bursa Saham tidak terganggu.

Tapi bila Iran membalas  - pasti Iran tidak ambil pot hal BURSA SAHAM a – yang penting BOOM BOOM TEL AVIV.

KEGUMBIRAAN DALAM HIDUP IALAH MELIHAT ISRAEL KENA BOM OLEH IRAN. Amin.

HOKKIEN
Pagi ini kering  matahari dah naik – tapi cahaya belum membakar. KL & KL Sentral berjerebu nipis - kemarin panas. Langit arah Sungai Besi biru – arah Shah Alam masih pucat.

Pagi ini agak sunyi – jalan kosong tak ada sesiapa yang gua nampak. Bermotor kelihatan pekerja kubur.

Saekor gagak bersuara – Bila Gagak bersuara  macam menangis  sedih – sayu pilu. 

Gua berjalan ke arah Wakaf Ketiga –  semua sunyi. Berjalan pulang melintas depan Pokok Ara tertiba dari atas bukit Siti dan keluarga  turun berkejar.  

Lima Puppy – termasuk Itam – semua dah besar. Dah jadi Anak Muda  termasuk Siti - Emak dan Ayah datang kemudian. Lalu gua taburkan nasi untuk mereka.

 Mereka kemudian ikut gua ke Wakaf Satu. Disini  mereka dapat  Friskies. Siti dan Jantan Baik bersama Tak Tak dapat hati ayam.  Siti dah berani ambil hati ayam dari tangan gua. 

Ketika gua menulis gua terdengar suara How Wow dari belakang dapur. Mungkin baru sampai ke Hokkien.

Hari ini pasti panas. Tak Tak dah menjalar di balkoni mandi cahaya matahari. Jap lagi gua nak ke  Chow Kit – esok gua ada program  di Seremban – berjumpa kawan-kawan lama dari Sekolah Menengah Undang Jelebu. Amin

BRO
SENYUM
SENYUM SAMBUT
PAGI JUMAAT

BRO
Berjumpa kawan lama membawa kembali  kenangan  muda.

BRO
Berjumpa kawan lama lu akan hairan kenapa semua kepala dah beruban dan perut dah berisi..

BRO
 Berjumpa kawan  yang dulu bersekolah sama  - berjabat tangan – bertanya khabar - tapi  muka tidak di kenali. Amin

BRO
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERJUMAAT

Tiada ulasan: