Rabu, 28 Januari 2026

SOLDADU INDON AKAN MASUK



Israel beri tumpuan perlucutan senjata Hamas, demiliterisasi Gaza

BAITULMAQDIS: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, semalam memaklumkan akan mengalihkan tumpuan kepada usaha melucutkan senjata Hamas dan demiliterisasi Gaza susulan penyerahan tebusan terakhir dari wilayah Palestin itu.

Beliau menegaskan, sebarang kerja pembinaan semula di Gaza tidak akan dibenarkan selagi dua misi itu belum dilaksanakan sepenuhnya.

Netanyahu turut berikrar untuk menghalang penubuhan sebuah negara Palestin di Gaza, sambil menegaskan Israel akan terus mengekalkan kawalan keselamatan ke atas wilayah itu serta Tebing Barat yang diduduki, walaupun pengiktirafan antarabangsa terhadap kenegaraan Palestin semakin meluas.

Pelan gencatan senjata Gaza yang disokong Amerika Syarikat (AS), yang berkuat kuasa sejak 10 Oktober lalu, menetapkan pembebasan semua tebusan yang ditahan di wilayah itu pada fasa pertama, manakala pelucutan senjata Hamas pada fasa kedua.

"Sekarang kami memberi tumpuan untuk melengkapkan dua tugasan yang masih berbaki, melucutkan senjata Hamas dan mendemiliterisasikan Gaza daripada senjata serta terowong.

"Ia akan dilakukan sama ada dengan cara mudah atau sukar. Namun, apa pun keadaannya, ia tetap akan berlaku.

"Saya mendengar dakwaan bahawa pembinaan semula Gaza akan dibenarkan sebelum proses demiliterisasi, perkara ini tidak akan berlaku," katanya dalam sidang media yang disiarkan secara langsung di televisyen.

Pejuang Hamas menculik 251 tebusan dalam serangan ke atas Israel pada 7 Oktober 2023 yang sekali gus mencetuskan perang di Gaza.

Pasukan tentera Israel pada Isnin membawa pulang mayat tebusan terakhir, Ran Gvili.

Walaupun Hamas berkata pemulangan mayat Gvili membuktikan komitmennya terhadap perjanjian gencatan senjata, kumpulan itu setakat ini masih belum melucutkan senjatanya.

Hamas berulang kali menegaskan, pelucutan senjata adalah garis merah, namun turut memberi bayangan bersedia menyerahkan senjata kepada pihak berkuasa pentadbiran Palestin.

Dalam ucapannya semalam, Netanyahu berkata, penubuhan negara Palestin di Gaza 'tidak pernah dan tidak akan berlaku', sambil mendakwa, beliau berulang kali menghalang pelaksanaan penyelesaian dua negara.

Perang di Gaza yang memusnahkan sebahagian besar wilayah itu meningkatkan lagi desakan antarabangsa bagi penubuhan negara Palestin dengan beberapa negara Barat tahun lalu mengambil langkah mengiktiraf secara rasmi sebuah negara Palestin.

Namun, Netanyahu menegaskan Israel akan terus melaksanakan kawalan keselamatan dari Sungai Jordan hingga ke laut, termasuk Semenanjung Gaza'.


ASKAR INDON

AKAN DIGUNA

UNTUK

 LAWAN HAMAS

AMIN

PRABOWO JANJI

PADA TRUMP

AKAN HANTAR

20 RIBU SOLDADU

KE GAZA

KHALAS

Tiada ulasan: