Khamis, 19 Februari 2026

TRUMP GERTAK LAGI


TRUMP GERTAK

TRUM ANCAM

AMIN

TAK PERLU 

CAKAP BANYAK

AMIN

DUNIA NAK LIHAT

BOM BOM TEL AVIV

KHALAS


AS himpun kekuatan tentera, isyarat potensi perang dengan Iran


WASHINGTON: Pengumpulan besar aset ketenteraan Amerika Syarikat (AS) di Asia Barat, termasuk kapal perang, jet pejuang dan pesawat pengisian minyak di udara, meletakkan asas bagi kempen berpanjangan yang berpotensi dilancarkan terhadap Iran — sekiranya Presiden Donald Trump memberi arahan.

Trump — yang mengarahkan serangan ke atas Iran tahun lalu — berulang kali mengancam Tehran dengan tindakan ketenteraan jika rundingan yang sedang berlangsung gagal mencapai perjanjian baharu menggantikan perjanjian nuklear yang dibatalkannya pada 2018 semasa penggal pertamanya.

CNN dan CBS melaporkan bahawa tentera AS akan bersedia melancarkan serangan terhadap Iran seawal hujung minggu ini, walaupun Trump dilaporkan belum membuat keputusan muktamad.

Kehadiran "begitu banyak kuasa tembakan... di rantau ini mewujudkan momentumnya sendiri," kata Susan Ziadeh, penasihat kanan di Center for Strategic and International Studies.

"Kadang-kadang momentum itu agak sukar untuk dihentikan begitu sahaja dan berkata, itu sahaja, kita tidak akan buat apa-apa," katanya dalam satu perbincangan panel semalam.

Washington kini mempunyai 13 kapal perang di Asia Barat, sebuah kapal induk — USS Abraham Lincoln — sembilan kapal pemusnah dan tiga kapal tempur pesisir, dengan lebih banyak dalam perjalanan, menurut seorang pegawai AS.

USS Gerald R. Ford — kapal induk terbesar di dunia — kini berada di Lautan Atlantik dalam perjalanan dari Caribbean ke Asia Barat selepas diarahkan ke sana oleh Trump awal bulan ini.

Ia diiringi tiga kapal pemusnah.Jarang berlaku dua kapal induk AS — yang membawa puluhan pesawat perang dan dikendalikan ribuan anggota — berada di Asia Barat serentak.

AS mempunyai dua kapal induk besar di rantau itu pada Jun tahun lalu ketika ia menyasarkan tiga tapak nuklear Iran semasa kempen serangan 12 hari Israel ke atas Iran.

AS turut menghantar armada besar pesawat ke Asia Barat, menurut sumber risikan sumber terbuka di platform X dan laman penjejakan penerbangan Flightradar24.

Antaranya, termasuk jet pejuang siluman F-22 Raptor, pesawat perang F-15 dan F-16, serta pesawat pengisian minyak udara KC-135 yang diperlukan untuk mengekalkan operasi mereka.

Semalam, Flightradar24 menunjukkan beberapa KC-135 terbang berhampiran atau di Asia Barat, selain pesawat amaran dan kawalan awal udara E3 Sentry serta pesawat kargo yang beroperasi di rantau itu.

Trump mengarahkan Lincoln ke Asia Barat ketika Iran bertindak keras terhadap protes yang pada awalnya berpunca daripada rungutan ekonomi, namun kemudian berkembang menjadi gerakan besar menentang republik Islam itu.

Kepimpinan ulama yang mengambil alih kuasa selepas Revolusi Islam 1979 bertindak balas terhadap demonstrasi berkenaan dengan kekerasan yang membawa maut dan terus mengekalkan kuasa, dengan ramai penentang sistem itu melihat campur tangan luar sebagai pemangkin perubahan paling berkemungkinan.

Trump berulang kali memberi amaran kepada Iran bahawa jika ia membunuh penunjuk perasaan, AS akan campur tangan secara ketenteraan dan turut menggalakkan rakyat Iran mengambil alih institusi negara dengan berkata "bantuan sedang dalam perjalanan."

Beliau menarik balik arahan serangan bulan lalu dengan menyatakan Tehran telah menghentikan lebih 800 pelaksanaan hukuman mati di bawah tekanan Washington, namun sejak itu memperbaharui ancaman terhadap Iran.

Pegawai AS dan Iran mengadakan rundingan di Geneva, Selasa lalu, bertujuan mengelakkan campur tangan ketenteraan AS, dengan Iran menyatakan selepas itu bahawa kedua-dua pihak bersetuju mengenai "prinsip panduan" bagi satu perjanjian.

Namun, Setiausaha Akhbar Rumah Putih, Karoline Leavitt berkata, walaupun terdapat "sedikit kemajuan," kedua-dua pihak masih "sangat jauh berbeza dalam beberapa isu."

Leavitt turut memberitahu wartawan bahawa terdapat "banyak sebab dan hujah yang boleh dibuat untuk melancarkan serangan terhadap Iran," sambil menambah: "Iran adalah bijak jika mencapai satu perjanjian." - AFP


Tiada ulasan: