PAGI INI
PAGI INI
KHAMIS 19 FEBUARI 2026
PUASA BERMULA
AMALAN BAIK
Puasa ini amalan yang amat baik. Puasa bukan monopoli Islam. Banyak agama mengamalkan puasa. Sebelum menarik Kavadi di Hari Thaipusam – puasa di wajib. Penganut Yahudi, Kristian, Buddha – semua mengamalkan puasa.
Bayangkan dunia kita hari ini – masalah MAKAN BANYAK – di setengah negara termasuk Malaysia. GEMUK dan Makan Banyak bawa penyakit.
Lihat bagaimana INDUSTRI KURUS bergerak – PHARMA GERGASI mengaut untung lumayan dengan. Menjual ubatan untuk kurus badan.
GEMUK bukan saja dilihat tidak CUN malah menjadi punca penyakit.
Dalam masa yang sama ada pula negara YANG TAK CUKUP MAKAN. Ini juga masalah kesihatan.
Justeru PUASA akan mengembalikan keseimbangan untuk YANG LEBIH MAKAN.
ZEN
Gua amat tertarik dengan ajaran ZEN BUDDHISM – kita lihat Sami-Sami semuanya kurus dan makan sayuran sahaja. Menjadi MAYUR – MAKAN SAYUR – juga satu amalan yang baik.
PUASA JUGA ADA yang bukan ajaran agama. Puasa jenis ini MAKIN POPULAR. Amalan Intermitten Fasting – dilihat cool dan trendy – untuk jadi slim cun dan bergetah. Untuk jadi sehat dan bergetah.
BERAT BADAN
Gua timbang diri gua kemarin – 68 kilo – gua nak tengok – Bulan Puasa ini berjayakah gua buang 5 kilo ? Ini satu perjuangan.
Gua juga berharap PUASA ini bukan jadi PESTA MAKAN – Pesta Menggemuk Badan. Bayangkan kuih muih lauk pauk terhambar di Bazar Ramadan – wow -nafsu makan tercabar.
Juga untuk setengah orang akan ada jemputan BUFFET RAMADAN – wow – ini bukan murah – berbuka puasa di Hotel Berbintang – pasti makanan dan juadah banyak terhampar menaikkan berahi.
Tapi gua OK – hanya satu kali merasa Bufet Ramadan – satu pengalaman.
SAPA BELUM TIMBANG BERAT BADAN – sila timbang hari ini dan lihat apa akan jadi satelah 30 hari kemudian. Untuk gua 5 kilo adalah perjuangan. Amin.
HOKKIEN
Pagi ini sejuk. Bila gua keluar dari pintu lif gua rasa sejuk. Kemarin hujan. Depan lif pun ada lopak air.
Masuk ke Hokkien – di Bukit Kiri suara How Wow – bi Bukit Kanan – Tuk Tuk Tuk – dua-dua suara mendominasi pintu masuk.
Langit biru – tapi ramai awan putih dan hitam. KL & KL Sentral berkabus. Matahari belum keluar.
Dari lorong masuk gua lihat jalan besar kosong – bila gua menapak masuk – Siti dan Keluarga muncul dari Wakaf Pertama – bila gua mula nak meletakan nasi – makin ramai muncul. Puppy Itam pun ada pagi ini.
Ada saekor Pendatang Baru – suka bercekak – dan Tak Tak marah dengan Pendatang Baru ini – bulunya sedikit putih tak sama seperti bulu keluarga Siti.
Bila gua berjalan ke Wakaf Ketiga – semua mengekor – Bila kembali ke Wakaf Pertama Tiong dah menunggu. Kali ini hanya saekor Tiong yang datang. Semua dapat Friskies keropok dan hati rebus yang gua tabur. Tapi Siti dan Tak Tak dapat hati rebus makan dari tapak tangan gua.
Gua harap hari pertama puasa ini akan redup. Sejuk pagi ini gua harap akan berterusan hingga ke petang.
Ha ha – Berbuka? Petang ini dengan buah – yang biasanya gua makan waktu sarapan pagi.
Ketika gua menulis ini Sang Murai sedang berkicau. Wow – macam lebih dari saekor – kicau datang dari belakang dapur.
Bila Murai berkicau di hari Puasa Pertama ertinya semua akan indah. Amin.
BRO
SENYUM
SAMBUT KHAMIS PUASA PERTAMA
DENGAN SENYUMAN
BRO
Bila kita berpuasa – kita bersihkan hati dan bersihkan perut.
BRO
Bila lu lapar kerana puasa itu cara untuk mewujudkan kesabaran.
BRO
Puasa dan lapar ini akan membuatkan kita kembali menilai kehidupan kita. Amin
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERPUASA





Tiada ulasan:
Catat Ulasan