Isnin, 12 Januari 2026

BOM GANGGU PRU SIAM ?


Letupan di selatan Thailand bertujuan ganggu pilihan raya tempatan - Anutin

BANGKOK: Siri serangan bom dan kebakaran menyasarkan 11 stesen minyak di wilayah bergolak selatan Thailand awal pagi semalam, bertujuan mengganggu proses Pilihan Raya Pentadbiran Tempatan (pilihan raya kecil).

Perdana Menteri Thailand Anutin Charnvirakul, berkata ia bukannya satu tindakan keganasan dan agensi keselamatan percaya serangan itu dirancang untuk mencetuskan huru-hara ketika penduduk sedang bersiap sedia untuk mengundi pada hari yang sama.

"Penilaian awal menunjukkan serangan serentak ini tidak diklasifikasikan sebagai keganasan, sebaliknya adalah cubaan untuk mengganggu pilihan raya tempatan yang sedang berlangsung," katanya yang juga Menteri Dalam Negeri Thailand.

Sementara itu, Majlis Keselamatan Negara (NSC) Thailand menyelar serangan itu dan menyifatkan pelaku yang menyasarkan stesen minyak sebagai pihak tanpa legitimasi atau hak untuk mewakili suara penduduk tempatan.

Setiausaha Agung NSC dalam satu kenyataan berkata, mesej keras telah dihantar kepada kumpulan pemberontak Barisan Revolusi Nasional (BRN) bagi menuntut penjelasan berhubung kes yang membahayakan nyawa orang awam itu.

"Penyerang ini kekurangan legitimasi dalam tindakan mereka. Kita telah menghubungi pihak BRN melalui saluran komunikasi sedia ada untuk menyatakan bantahan keras.

"Kita juga menuntut tanggungjawab mereka bagi memastikan kes seumpamanya tidak berulang," menurut kenyataan NSC.

Sejurus selepas serangan, pihak tentera meningkatkan kawalan keselamatan ke tahap maksimum di seluruh wilayah selatan, termasuk menguatkuasakan perintah berkurung di Narathiwat bagi memburu dalang di sebalik serangan itu.

Pihak berkuasa Thailand turut menegaskan bahawa proses demokrasi tidak akan terhenti meskipun wujud ancaman sedemikian, dan kawalan ketat akan terus dilaksanakan di pusat-pusat pengundian bagi menjamin keselamatan rakyat.

Terdahulu, sekurang-kurangnya 11 stesen minyak di Narathiwat, Pattani, dan Yala diserang hampir serentak dalam tempoh 40 minit selepas tengah malam, menyebabkan kerosakan harta benda dan kecederaan.

Kes letupan bom itu menyasarkan hampir 12 stesen minyak di selatan Thailand awal pagi Ahad, 11 Januari mengakibatkan empat individu cedera.

Letupan berlaku di beberapa wilayah selatan Thailand iaitu Narathiwat, Pattani dan Yala, yang sememangnya terkesan dengan konflik bersenjata peringkat rendah sejak 2004, membabitkan kumpulan pemisah di wilayah majoriti Islam yang bersempadan dengan Malaysia. - AGENSI

BOM DARI

BADAN REVOLUSI

NASIONAL PATANI 

BUKAN

NAK HALANG PRU

AMIN

INI TANDA SAH

PEJUANGAN PATANI

 MERDEKA

DI TERUSKAN

AMIN 

BOM MELEDAK

SERENTAK 

MEMBUKTIKAN

PENYUSUNAN

MILITER YG TELITI

KHALAS

Tiada ulasan: