Isnin, 12 Januari 2026

PAGI INI


PAGI INI



PAGI INI

SENIN 12 JANUARI 2026

CIA DAN MOSSAD


IRAN
Ketika tulisan ini di tulis warga Iran – pelajar, peniaga, pekerja -  telah BERIBU  turun berdemo.  Punca : EKONOMI yang mencekik leher warga Iran. Nilai RIYAL jatuh mendadak.

PUNCA EKONOMI JATUH : sekatan ekonomi oleh Amerika. Minyak Iran tak dapat di jual – barang ganti tak dapat di beli. 

Tidak ada lubang untuk Iran mendapat bantuan – yang menolong Iran hanya Rusia dan China. Kawan baik Venezuela dah terbarai.

KEMARAHAN RAKYAT adalah benar,. Kesusahan rakyat adalah betul. Kritikan rakyat tidak salah. Rasuah dan pentadbiran gagal adalah betul.
TAPI – semua ini telah di gunakan oleh Amerika dan Israel untuk projek JATUHKAN KERAJAAN ISLAMIK  IRAN.

HARI  ini  MOSSAD amat aktif menjalankan operasi – memberi dana dan menyusun demo melawan kerajaan. 

PROJEK AMERIKA DAN ISRAEL ialah menukar kerajaan – Amerika dan Israel nak NAIKAN KEMBALI REZA SHAH – anak raja nak dijadikan berkuasa kembali di Iran. 

KITA SOKONG demo rakyat Iran.  Iran boleh pilih kerajaan apa saja.  Itu hak mereka.  Boleh ubah kerajaan TAPI BUKAN MELALUI AMERIKA DAN ZIONIS ISREAL.

Amerika dan Zionis Israel merancang demo agar  kerajaan Islamik Republik runtuh terbarai. Bila  kerajaan Iran runtuh MAKA – Israel menjadi kuasa yang tidak ada siapa yang berani melawan.

IRAN PENYOKONG PALESTIN – beri dana beri senjata – pada Hizbullah – pada Hamas   pada Houthi untuk melawan Israel. Jika Iran runtuh ertinya Isreal selamat dan agenda Palestin Merdeka terkubur.

APAKAH KERAJAAN IRAN AKAN RUNTUH?

Trump janji akan  hantar bantuan jika ramai demonstran mati  berdemo. 

Ayatollah berjanji jika Iran di serang makan Iran akan serang pula semua kem tentera Amerika dan pusat kepentingan ekonomi Amerika.

Ini menarik kerana ini Amerika akan terbarai seperti di Vietnam, di Iraq dan di Afghanistan.  Dunia akan gumbira bila soldadu Amerika masuk ke Iran sama seperti masuk ke Iraq dan Afghanistan.

Bila masuk  ke Iran – gerila akan  pungut satu per satu. Sepanjang 50 tahun ini Amerika TIDAK PERNAH MENANG  PERANG – kalah di Vietnam, kalah di Iraq, kalah di  Afghanistan  - kalau masuk ke Iran PASTI terbarai kalah.

SELAMAT DATANG AAMERIKA – SELAMAT DATANG ISRAEL -  IRAN SEDANG MENUNGGU. Amin.

HOKKIEN
Pagi ini cerah segar basah. Kemarin hujan. KL & KL Sentral berkabus nipis. Matahari dah keluar. Cahaya memanas pipi. Langit biru berawan putih.

How Wow tidak bersuara bila gua masuk. Tekukur juga senyap. Pagi ini mungkin kerana basah membawa  senyap. Tapi saekor Keng Keng  terbang melintas sambil menjerit.

Dari jauh gua nampak Siti dan Geng  menunggu di jalan raya. Kali ini mereka berkumpul dekat Wakaf Pertama. Bila gua sampai masih ada yang takut-takut  awalnya – Tapi bila nasi di tabur semua datang makan.

Gua yakin hari ini akan panas. Ketika gua menulis gua dengar suara How Wow di belakang dapur. Cahaya matahari melimpah di balkoni. Satu petanda baik. Amin.

BRO
SENYUM
SENYUM MENYAMBUT
PAGI SENIN

BRO
Apa yang berlaku di luar - kita tak ada kawalan. Tapi kita boleh menyusun dan mengatur tindakan kita.

BRO
Lu jadi orang bijak. Lu hiburkan hati lu sendiri. Tapi perlu tunggu orang lain.

BRO
Tanda  kebahagiaan bukan apa Mamat itu capai. Tapi apa Mamat itu pertahankan. Amin

LAKUKAN HARI INI
LAKUKAN SEKARANG
SELAMAT BEKERJA

Tiada ulasan: