Tentera AS sedang kaji 'opsyen sangat tegas' terhadap Iran - Trump
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berkata, beliau sedang mempertimbangkan kemungkinan tindakan ketenteraan terhadap Iran, susulan laporan yang semakin meningkat mengenai tindakan berdarah terhadap protes besar-besaran antikerajaan di negara itu.
"Kelihatan seperti itu," katanya apabila ditanya wartawan di dalam pesawat Air Force One sama ada Iran telah melampaui garis merah yang sebelum ini beliau tetapkan berhubung pembunuhan penunjuk perasaan.
"Kami sedang menelitinya dengan sangat serius. Pihak tentera sedang mengkajinya, dan kami sedang meneliti beberapa opsyen yang sangat tegas. Kami akan membuat keputusan," katanya.
Sementara itu, seorang pegawai AS yang memberitahu Reuters, Trump dijangka bertemu dengan penasihat kanan esok bagi membincangkan pilihan berkaitan Iran


Tiada ulasan:
Catat Ulasan