Isnin, 12 Januari 2026

TENTERA DISIASAT KENAPA POLITIKUS TIDAK DISIASAT KES RASUAH ?




Muhammad Hafizuddeain mohon bersara awal mulai 1 Januari - Khaled Nordin


KUALA LUMPUR: Bekas Panglima Tentera Darat,  Muhammad Hafizuddeain Jantan sudah menghantar surat untuk bersara daripada perkhidmatan tentera, bermula 1 Januari lalu.

Perkara itu diumumkan Menteri Pertahanan,  Mohamed Khaled Nordin, yang berkata hasrat berkenaan dimaklumkan dalam satu surat yang diserahkan oleh peguam Muhammad Hafizuddeain.

Sehubungan itu, beliau berkata, ATM ketika ini dalam proses untuk mencari pengganti bagi mengisi jawatan Panglima Angkatan Tentera.

Pada 31 Disember lalu, Khaled mengumumkan pelantikan Muhammad Hafizuddeain sebagai Panglima Angkatan Tentera (PAT) yang diputuskan Mesyuarat Majlis Angkatan Tentera ke-631, ditangguhkan.

Pelantikan Muhammad Hafizuddeain sebagai PAT diputuskan Mesyuarat Majlis Angkatan Tentera ke-631 yang berlangsung pada 19 November lalu dan diperkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim pada 1 Disember.

Turut diputuskan melalui mesyuarat sama ialah pelantikan Ketua Staf Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Leftenan Jeneral  Azhan Md Othman, sebagai Panglima Tentera Darat ke-31 berkuat kuasa 1 Januari 2026.

"Saya ingin memaklumkan sudah menerima surat daripada peguam Muhammad Hafizuddeain yang kini sedang bercuti dan memaklumkan hasratnya untuk bersara awal daripada Angkatan Tentera Darat bermula 1 Januari tahun ini.

"Maka dengan permohonan untuk bersara awal ini, ia membolehkan kita memulakan proses untuk mencari pengganti kerana seperti kita sedia maklum, Majlis Angkatan Tentera sebelum ini sudah membuat keputusan untuk beliau menjadi PAT.

"Tetapi keputusan (majlis) ditangguhkan kerana kes yang beliau hadapi dan keputusan untuk menjawat jawatan PAT sepatutnya pada 1 Januari tahun ini tidak dilaksanakan serta ditangguhkan. Maka dengan pengumumannya untuk bersara awal bermula 1 Januari, jawatan PAT itu kosong," katanya.

ATM akan mulakan proses cari PAT baharu

Mengulas lanjut, Mohamed Khaled menjelaskan, antara alasan Muhammad Hafizuddeain memutuskan untuk bersara adalah bagi membolehkan ATM memulakan proses melantik PAT yang baharu.

"Sekarang posisi (jawatan) itu dipangku Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laksamana  Zulhelmy Ithnain, jadi proses untuk memulakan pencarian PAT akan dilakukan sebelum kelulusan itu diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong.

"Ia juga menjadi antara sebab beliau memohon untuk persaraan awal, bagi membolehkan kita mengisi jawatan PAT. Namun soal jawatan tertinggi ini adalah membabitkan proses di mana Majlis Angkatan Tentera akan memainkan peranan sebelum ia diperkenankan Yang di-Pertuan Agong.

"Sekiranya Tuanku tidak bersetuju dengan mana-mana nama itu, maka kita akan bawakan lagi nama sehingga Tuanku perkenan," katanya.

Sebelum ini, BH melaporkan bekas Panglima Tentera Darat bersama dua isterinya ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkait projek perolehan tender Tentera Darat Malaysia (TDM).

SPRM memaklumkan bekas PTD itu dikehendaki memberi keterangan pada 28 Disember lalu, namun tidak dapat berbuat demikian kerana dimasukkan ke hospital.

SPRM juga hadir ke Kementerian Pertahanan pada 23 Disember lalu bagi memulakan siasatan awal terhadap beberapa projek membabitkan Tentera Darat sejak tahun 2023.

Selepas menyita enam akaun bank milik pegawai itu dan ahli keluarganya bagi membantu siasatan, SPRM turut menyita tiga jongkong emas, kenderaan mewah serta 23 utas jam jenama Rolex.

Sebelum itu, Mohamed Khaled mengesahkan  Muhammad Hafizuddeain diarahkan bercuti berkuat kuasa serta-merta sehingga siasatan kes yang dilaporkan terhadap beliau selesai

TABIK HORMAT

PADA BEKAS 

PANGLIMA ATM

AMIN

BILA DITUDUH

RASUAH TERUS

LETAK JAWATAN

AMIN

INI CONTOH

BAIK DARI TENTERA

AMIN

RAKYAT & TENTERA

MASIH BERTANYA

TENTERA DISIASAT

TAPI POLITIKUS

TIDAK DI SIASAT

AMIN

INI PELIK

AMAT PELIK

KHALAS

Tiada ulasan: