Rabu, 18 Februari 2026

PAGI INI


PAGI INI





PAGI INI

RABU 18 FEBUARI 2026

PUASA


ESOK PUASA
PEMENGANG BOTOL BESAR... opps silap ... Pemegang Mohor Besar Raja Melayu umumkan ESOK KHAMIS 19 Hari bulan kita mula puasa.

Gua nak puasa – nak turunkan  berat badan. Petang ini gua akan rakam berat badan gua – kalau boleh nak buang 5 kilo. Ini NIAT gua.

Masa puasa ini  jangan jadikan PESTA MAKAN – jadi kan hari hari mengingati ke arah mana dunia kita hari ini. Amin

BARANG MAKANAN NAIK HARGA
Kali ini pertama kali gua rasa harga bahan makanan naik. Mungkin kerana hari Raya China – tapi bila gua sembang dengan kawan-kawan mereka juga dah merasa barang naik harga.

KEMARIN  gua terbaca berita KEMATIAN SATU KELUARGA – Sang Ayah membunuh anak dan isteri dan kemudian dia sendiri BUNUH DIRI. Dari apa yang gua baca : KERANA MASALAH KEWANGAN – Aduh! 

Ini berita amat sedih – berita orang miskin – MENGHADAPI  kehidupan yang terdesak.

Ini BELUM PERNAH TERJADI – kali ini berlaku dalam zaman Kerajaan Madani Madafaka. 

Justeru  ini tanda – ini signal -  bahawa kita wajib susun atur  TURUN TURUN TURUN – tunjukan kemarahan kita di jalan raya.

SEBELUM KE PILIHAN RAYA WAJIB KE JALAN RAYA .

Dari desas desus politik -  gua dengar PRU16 tahun ini. Ini masuk akal kerana PN dalam keadaan kelam kabut – tidak tersusun.

RAAKYAT lawan MADAFAKA
HAMZAH lawan MUHYIDIN
RAFIZI lawan  ANWAR
SELANGOR lawan BABI
Kah kah kah – AMIN

HOKKIEN
Pagi ini sejuk basah. Matahari tak kelihatan. Langit kelam macam hujan tak puas. KL & KL Sentral berkabus nipis.

Tapi How Wow tetap bersuara. Jantan kedengaran berkokok tapi tak lama. Di Lorong masuk di wilayah rumput panjang WOW – ramai - amat ramai PIPIT merumput. Gua dengar suara – chip chip chip -  bila gua nak hampir mereka terbang – beratus-ratus ekor berterbangan  pagi ini. 

Gua gumbira kerana Hokkien masih tempat unggas cari rezeki.

Jalan kelihatan kosong – bila gua  nak sampai ke arah Wakaf Pertama – kaum keluarga Siti muncul.   Semua berjalan ke arad gua  - di kepalai oleh EMAK. Pagi ini ramai datang makan.

Ketika gua bersenam di Wakaf Tiga gua nampak  Tiong bergaduh – wow – bila Tiong bercekak – Bising amat bising.   Berjalan pulang gua ternampak saekor Helang terbang agak rendah.

Di Wakaf Pertama semua  menunggu. Tiong suami isteri juga datang sama. Di sini gua tabur Frieskies. Yang dah kenyang makan Siti dan Puppy Itam - tak minat Friskies lagi – mereka menjalar rehat di atas  makam.

Gua rasa hari ini akan panas. Gua menunggu Cahaya Tuhan Ra – biar malam berangin santai. Amin.

BRO
SENYUM
SENYUM
DI PAGI RABU

BRO
Hari raya – kita berpesta – detik gumbira terpahat jadi ingatan – bersama keluarga dan kawan untuk rujukan tahun depan.

BRO
Bulan Puasa datang lagi – mari kita rayakan dengan kurangkan makan.

BRO
Bila lu nikmati makanan sedap lu wajib ingat dari mana makanan ini asalnya. Amin

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT MENYAMBUT PUASA 

Tiada ulasan: