Memaparkan catatan dengan label Demokrasi. Papar semua catatan

Jumaat, 19 September 2008
PATI BAYAR RM800 COP PALSU – Utusan Melayau
BUTTERWORTH 18 Sept. - Jabatan Imigresen Pulau Pinang berjaya membongkar kegiatan sebuah sindiket pemalsuan cop pasport bagi membantu pendatang asing tanpa izin (PATI) yang ingin pulang berhari raya melalui pelabuhan di negeri ini.
Sindiket itu dipercayai mengenakan bayaran sebanyak RM800 untuk setiap PATI yang menggunakan perkhidmatan cop palsu bagi 'memperbaharui' pas lawatan sosial mereka setiap bulan walaupun sebenarnya menetap secara haram di negara ini.
Woit….. sapalah tokan yang jadi kaya raya ini… 800 sorang…. Setahun berapa kali boleh pergi London ....tokan ini....silap-silap dapat datuk.
Labels:
DBP,
Demokrasi,
fashion house,
malaysia baru
Rabu, 17 September 2008
HASSAN TOLAK TAWARAN LOMPAT PARTI
KUALA PILAH 16 Sept. – Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Hassan Malik (gambar) hari ini mendedahkan usaha pihak pembangkang memujuknya meninggalkan UMNO dan menyertai pakatan pembangkang.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Pilah berkata, wakil pakatan pembangkang telah menemuinya beberapa kali selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 bagi membincangkan tawaran tersebut.
kah kah kah…..sapo budak asan ni….kah kah kah….sapo nak jompot dio…. sapo gi jumpo dio.... pada jumpo asan ni lobeh baik jumpa korbao bala....taik korbao buleh jo buek bajo....
kah kah kah….mamat ini perasaan ...he thinks he is very important and a very influential politician ....kah kah kah…...asan oooi kao paham tak ayat apo yang den tulis ni....tu cakap orang putih…rotinyo dalam bahaso molayu den tanyo …rumah kao kat pilah dimano…..kah kah kah
Rabu, 10 September 2008
BERITA PANAS DARI UTARA BARU MASUK
Warung jual jajan di Kuala Nerang cukup sibuk. Pasar Ramadan ini sedang dikerumi oleh ramai pembeli.
Di tengah-tengah kesibukan ini tiba-tiba seorang anak lelaki 10 tahun menjerit R-E-F-O-R-M-A-S-I !
Orang ramai behenti tercengang seketika. Budak ini ketawa dan terus beredar.

16 September,
Demokrasi,
mahafiraun,
Mahathir Muhamad,
reformasi
GEMPAR !! NEGERI SEMBILAN AKAN BUBAR DUN
SEREMBAN 9 Sept. - Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, beliau akan membubarkan Dewan Undangan Negeri jika terdapat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) melompat parti hingga membolehkan pembangkang menguasai negeri berkenaan.
Menurut Mohamad, tindakan itu diambil kerana beliau yakin Barisan Nasional (BN) mampu memperoleh lebih banyak kerusi jika pilihan raya diadakan.
"Jika ini berlaku, saya akan bertindak membubarkan Dewan Undangan Negeri dan saya yakin lebih banyak kerusi yang akan kita dapat kerana saya rasa rakyat sudah mula bosan dengan permainan pembangkang.
kah kah kah…… dalam sonyap sonyap ni den lupo kampong den…. laaaaa ….baru den ingat jang….nak mapuih daaaa…..parti cikun ni…. kah kah kah….
mat san oooiiii bueklaaaa kalau berani….. den nak tanding di senawang….. kah kah kah…. torberak-berak laaaa kao…. kah kah kah

Mad Cow Disease,
mahafiraun,
Umno Rasuah
Ahad, 7 September 2008
HENTIKAN ISU PERKAUMAN – Utusan Melayau
KUALA LUMPUR 6 Sept. - Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menegaskan semua perbincangan yang menjurus kepada sensiviti perkauman perlu dihentikan segera sebelum berlaku perpecahan di kalangan rakyat di negara ini.Beliau berkata, rakyat menjadi semakin meluat dengan permainan politik dan polemik perkauman dan keagamaan yang kini disifatkan menjadi semakin parah.
Kah kah kah….. baru sekarang nak cakap…. Orang dah cakap dari dulu lagi ….. jangan jangan jangan….. dari mana lidah kontot datang…. mamat ini pun kaki tido ke? Tak kan baru bangun kot …. kah kah kah…
Orang bukan lagi meluat dah keluar muntah hijau dah….. ..orang dah nak buat kerajaan baru…. ni baru nak cakap….. apa punya tuuur mamat ini.. kah kah kah.

Anwar Ibrahim,
Demokrasi,
Pemuda UMNO,
Tukar Kerajaan,
UMNO
Jumaat, 5 September 2008
NAJIB LULUSKAN LAWATAN BNBBC KE LUAR NEGARA KERANA IA BERFAEDAH
KUALA LUMPUR, 5 Sept (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau meluluskan satu lawatan ke luar negara untuk anggota Kelab Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) kerana program itu berfaedah.
Timbalan Perdana Menteri berkata lawatan itu merupakan peluang baik untuk mendedahkan wakil rakyat BN kepada beberapa teknologi baru dalam bidang pertanian dan pengeluaran makanan berteknologi tinggi.
Kah kah kah….. lari jangan tak lari jang.....16 September nak datang ….kah kah kah..
Boto memang boto banyak faedah…… leh belajar buat C4 … kah kah kah… leh gi mongolia belajar buat susu…..kah kah kah…. buleh gi paris beli kapal selam... kah kah kah... leh gi russis beli kapal terbang... kah kah kah.
Woit bangang…. baru sekarang nak belajar…. kalau tak sekolah nak jadi mp buek gapo…. gi luar negara ni….. duit sapo pakai ni….. ooooi bujet dari mana? dari towkeh mano?
Ooooiii… sampai bilo nak lari…. … tak bulan sombilan bulan sopuloh tak rayo poso raya aji…. kah kah kah

isteri najib,
ngok,
UMNO,
Umno Rasuah
Khamis, 4 September 2008
ADNAN PERTIMBANG SECARA SERIUS BERTANDING KETUA PEMUDA - Utusan Melayau
KUANTAN 3 Sept. Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob sedang menimbang semula secara serius kemungkinan untuk menawarkan diri bertanding jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO pada pemilihan parti itu Disember ini.
Menurutnya, beliau menerima banyak permintaan daripada pelbagai pihak dari seluruh negara supaya bertanding jawatan tersebut pada pemilihan akan datang.
Kah kah kah….. mamat ni pandai main goyang-goyang tangan … kah kah kah di Sanggang dulu dia melocok ….. baru-baru ni mamat ni patah ati berulam jantong bila projek waifai 18 bilion ringgit kena ditolak…. tu pasal dia cukup hagat ati pada Kj yang blok projek dia…. Kah kah kah…. Lawan jangan tak lawan datuk seri…. …gunakan tangan sekali lagi macam di Sanggang….kah kah kah.
P/s Ketua Pemuda ni bukan untuk orang muda ke……. Kah kah kah…. Orang muda dah tak join United Malays National Organisation…… yang kotai saje tinggal…kah kah kah.

MB Pahang,
Rasuah
Selasa, 26 Ogos 2008
YB GOBALA - TERKINI
Ketika membuat laporan polis tentang bas yang membawa pengundi hantu YB Gobala telah ditahan.
Beliau dan 2 anaknya serta seorang petugas telah dikasari dan dipukul oleh pihak polis.
Mereka kini masih lagi ditahan di lokap.
Ketua Polis Pulau Pinang telah membenarkan bas yang penuh dengan penumpang itu beredar.
Bas itu keluar dari Permatang Pauh tanpa sebarang siasatan dibuat ke atas para penumpangnya.
SEPULUH TAHUN REFORMASI – UNTUK MEREKA YANG MASIH MUDA
Detik-detik itu datang kembali : 1998 – 2008 .
Sepuluh tahun dahulu kami turun ke jalan raya. Jalan raya adalah pilihan kami. Jalan raya adalah parlimen rakyat yang paling demokratik. Di parlimen ini tidak ada YB yang berjaket dan berDatuk. Tidak ada Tan Sri dan Mak Datin.Tidak ada ucapan berjela-jela yang membosankan.
Hanya satu tuntutan parlimen jalan raya - Mahathir Undur dan United Malays National Oganisation dihapuskan.
Gerakan REFORMASI cuba dipatahkan oleh jentera daulah. Tembakan gas pemedih mata. Tembakan cecair kimia. Dipukul. Dibelasah. Ditangkap. Semuanya untuk mematahkan dan menakutkan suara dan jiwa anak-anak muda yang mula berani menentang kezaliman dan penindasan.
Anak-anak muda – semuda yang di bangku sekolah - mula turun ke jalan raya. Anak-anak muda dari kampus berbondong-bondong ke jalan raya. Setiap minggu dari Penang, Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan – kami berdemo di sekitar Kuala Lumpur.
Kuala Lumpur kita punya. Dari Bukit Bintang ke Batu Road, dari Bangi ke Bandar Tun Razak, dari Chow Kit ke Chu Badak, dari Pandan ke Petaling Jaya, dari Kg. Baru ke Kg. Abdullah Hukum – warga kota turun berdemo menuntut MAHAFIRAUN meletak jawatan.
Kampus kembali menjadi arena tempur. Kampus kembali menjadi gelanggang idea. Kampus adalah tempat melahirkan pejuang muda.
Mak Cik, Kakak, Abang dan Adik adalah penyokong setia yang turut sama berani turun ke jalan raya – parlimen rakyat .Kitalah – rakyat – dan bukan YB atau menteri yang membuat sejarah. Sejarah dibuat oleh mereka yang berani. Mereka yang takut telah mati seribu kali.
Sepuluh tahun kemudian detik-detik itu datang kembali. Gerakan Reformasi dahulunya dibantai. Ramai ke penjara. Reformasi merundum. Ramai yang belot. Ramai yang tidak faham apa makna dan tanda tuntutan Reformasi.Kini suara dan gelombang Reformasi bangun kembali.
Reformasi bukan demonstrasi. Demonstrasi hanyalah salah satu manifestasi reformasi.
Jangan salah hitung. Jangan salah congak. Reformasi bukan untuk Anwar Ibrahim. Reformasi ialah tuntutan rakyat untuk mengubah sistem negara Malaysia yang tidak adil, tidak telus dan bersifat perkauman.
Anwar Ibrahim ialah manifestasi yang mewakili pengkristalan idea-idea untuk membawa sebuah Negara Malaysia yang baru yang lebih adil, saksama, tanpa hitung kaum, gender seksualiti, bangsa dan agama. Reformasi menolak Ketuanan Melayu dan Menobatkan Ketuanan Rakyat.
Sepuluh tahun bukan satu masa yang lama dalam tamadun manusia. Tetapi sepuluh tahun adalah lama dalam hayat susuk manusia. Tetapi perjuangan untuk membawa keadilan dan kesejahteran bukan tugas perseorangan. Ia bukan tugas saya. Bukan tugas awak. Bukan tugas kamu. Bukan tugas dia dan bukan tugas mereka.
Membawa dan menegakkan keadilan adalah tugas dan tanggung jawab KITA bersama. Meneruskan REFORMASI adalah tugas kita bersama. Kita meneruskan tugas sambung menyambung. Kita meneruskan sejarah perjuangan orang-orang yang terdahulu dari kita.

Pilihanraya
SEMUA TELAH DI LAKUKAN
United Malays National Organization selama 50 tahun telah mempergunakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Lembaga ini yang seharusnya bebas untuk menjalankan pilihanraya telah menjadi alat yang amat penting untuk meneruskan kuasa United Malays National Organization.
Kali terakhir ialah beberapa bulan sebelum PRU ke-12 di mana Perlembagaan Malaysia telah dipinda. Pindaan ini hanya untuk menyambung umur Rashid Pengerusi SPR – budak suruhan setia – United Malays National Organization.
Di Pilihan Raya kecil P44 Permatang Pauh semua dan segala macam karenah telah dijalankan. Ada yang senyap tidak dilihat dan ada yang nampak di mata kasar.
· Pengundi hantu menyamar sebagai pengundi P44
· Pengundi asli P44 hilang nama di kertas pengundian
· Satu alamat sampai ada berbelas-belas nama dalam Daftar Pengundi
· Polis/SB/FRU berkeliaran membuat suasana cemas
· Helikopter berlegar setiap malam selama berkempen hingga ke hari mengundi
· Bom telah diletupkan
· Pengundi telah ditakut-takutkan
· Media telah seratus peratus berminggu-minggu memfitnah/mengutuk PKR
· Sumpah sumpit telah dilakukan
· Jalan telah dihalang dengan Sekatan Polis
· Tangkapan telah dilakukan
Semua ini dilakukan untuk mengagalkan Projek 3P ( Permatang Pauh, Parlimen dan Putrajaya).
Semua rancangan United Malays National Organisation ini akan GAGAL.
Parlimen Permatang Pauh akan kembali ke Pakatan Rakyat. Anwar Ibrahim pada 28hb Ogos 2008 akan menjadi Ketua Pakatan Rakyat untuk mengambil alih Putrajaya daripada Barisan Nasional. Ini hakikat.
Jika kalah PKR di P44 ertinya ini SATU PENIPUAN BESAR.

PENUNGGANG MOTORSIKAL
Terdapat beratus ratus penunggang motorsikal daripada kalangan penyokong Barisan Nasional.
Mereka memakai baju-t Parti Keadilan Rakyat.
Sekarang ini mereka berada di sekitar kawasan masjid di Kubang Semang.
Mereka menunggang motorsikal ke hulu dan ke hilir sambil membuat huru-hara.

Demokrasi
Isnin, 25 Ogos 2008
PEMERHATI PILIHANRAYA
Lima orang pemerhati pilihanraya dari Filipina telah pun sampai pada petang ini.
Kumpulan ini akan menyertai pemerhati pilihanraya di P44 Permatang Pauh.
NIEI telah mempunyai 12 orang pemerhati mereka di sini, termasuk 4 orang dari luar negara.
Kesemua mereka berada di sini untuk memastikan tidak berlakunya sebarang penipuan.

STOP PRESS STOP PRESS
Daripada laporan-laporan yang sedang dan terus menerus diterima Anwar Ibrahim akan menang besar.
Kalau empat hari dahulu kedudukan ialah 50-50
Tiga hari dulu kedudukan ialah 60-40
Dua hari dahulu kedudukan masih 60-40
Satu hari sebelum D-Day – apabila Ustaz ’Saksi’ Saiful membuat pengakuan yang dia 'diarah dari atas' untuk menjadi saksi , sokongan terhadap Anwar melonjak. Kini kedudukan ialah 70- 30.
Tidak ada yang dapat menghalang Projek 3P. Anwar Ibrahim akan menang besar.
DUA PULUH EMPAT NABI ADALAH YAHUDI
Banyak VCD gelap tersebar. Sebuah VCD yang saya lihat malam tadi cuba menunjukkan bahawa PKR/Anwar Ibrahim ialah ejen Yahudi.
Pembuat VCD anti-Pakatan ini lupa bahawa 24 daripada 25 orang Nabi yang wajib diketahui oleh penganut Islam ialah daripada bangsa Yahudi. Nabi Ibrahim, Nabi Ishak, Nabi Ismail, Nabi Yaacob, Nabi Daud, Nabi Yunus, Nabi Noh – adalah berbangsa Yahudi.
Yang perlu dilawan bukan Yahudi.
Yang perlu dilawan ialah Zionisme, satu idealogi yang menganggap satu bangsa itu lebih hebat dan terpilih oleh Tuhan.Pandangan racist zionist yang menganggap bangsa dia sahaja yang ada hak. Orang lain tidak ada hak.
VCD anti-Pakatan ini kelihatan mengamalkan fahaman pandangan racist Melayu yang tidak ada bezanya dengan fahaman zionist.
Zionist bukan bangsa Yahudi. Zionist dianuti juga oleh sesiapa yang menganggap Kitab Suci mereka sahaja yang betul. Kitab Suci orang lain salah. Zionist menganggap mereka sahaja yang ada hak yang lain hanya memiliki hak sampingan.
Ini fahaman zionist yang menyamar dalam topeng Islam dan selimut Melayu.

Pilihanraya Kecil Permatang Pauh,
Politik
YANG TERNAMPAK, TERDENGAR DAN YANG HILANG
Dalam kesibukan dari jalan ke jalan saya ternampak :
Blogger Zorro
Raja Petra
Marina Petra
Anil Netto dari ALIRAN
Dr. Rohana Ariffin USM
Nasir Reformasi
Danny Lim – blogger
Susan Loone – blooger
Hakim – King Kong
Black
Rahmat Haron
Che’Gu Bard
Kambing
YANG DENGAR ADA TAPI TAK NAMPAK
YB Gobala
YB Tian Chua
YB Sivarasa
YB Eli Wong
TB Ezam Mat Nor
TB Azwan Din
TB Roslan Kassim
TB Lokman Adam
TB Saiful Sumpah
Nota – YB ialah Yang Berhormat. TB ialah Tidak Bertanding
YANG TIDAK TERNAMPAK MUKA HIDUNG
Eddin Khoo
Johan Jaafar
Karim Raslan
Mat Nor Manutty
Idris Jusoh
Nazri Aziz – bekas pengarang Berita Harian
Nazri Aziz - yang akan menjadi bekas menteri
Rafidah Aziz – yang telah menjadi bekas menteri
Muhyidin Yassin – yang akan menjadi bekas menteri
Rais Yatim – yang akan menjadi bekas menteri
YANG PASTI TIDAK DATANG
Brad Pitt
Angelina Jolie
Mahathir Muhamad
Mawi Lek Lok
Siti Nurhaliza
Siti – kucing saya tinggal di rumah
Curvy – kucing saya tinggal di rumah
Mami – kucing saya tinggal di rumah

SEBATANG KERETEK TANDA PERSAHABATAN
Kami tidak pernah berkenalan. Dia dari Guar Perahu Permatang Pauh. Saya dari Jelebu Negeri Sembilan. Dia penjual ikan dari kampung ke kampung. Saya penjual cerita dari pekan ke pekan.
Di Permatang Pauh kami bertemu.
Saya menunggu kedatangan Ustaz yang menjadi 'saksi' Saiful. Dia datang ke padang yang sama kerana rumahnya tidak jauh dari kampung ini – Kampung Padang Ibu.
Kerana terlalu letih berdiri lalu saya mencari tempat untuk duduk. Di tepi batu longkang entah rumah siapa saya ternampak seorang lelaki berbaju t kuning, berseluar hitam lusuh dan berselipar. Saya memberi tanda untuk duduk sama. Dia ’berensot’ memberi ruang.
Janggutnya tidak terurus. Dalam gengaman tangan kirinya ada segulung daun nipah. Sahih dia orang kampung. Kami berpandangan sekali lagi sebagai tanda hormati menghormati.
Dia mula menggulung tembakau. Saya mengambil sebatang keretek lalu menghulurkan kotak ke arahnya. Dia tersenyum gembira tetapi rokok hanya tinggal sebatang. Dia enggan menerima lalu saya katakan bahawa dalam beg kecil saya ada dua kotak lagi. Dia tersenyum puas lalu membakar keretek.
Dalam gian asap keretek itu kami mula mengenal satu sama lain. Mohamad Fauzi lebih muda dari saya – 46 tahun – tapi kerana tanda hormat – dia yang telah berumah tangga - saya panggil dia abang.
Dia datang ke ceramah ini kerana diajak oleh seorang kawan. Bila saya tanya di mana kawannya dia menunjukkan ke arah padang gelap yang penuh sesak dengan penonton. Pasti kawannya lebih politikus daripada dirinya yang hanya duduk jauh mendengar.
Si Penjual Ikan ini rupa-rupanya tidak menyebelahi sesiapa pun. Sebelum datang mendengar ceramah ini dia telah juga diajak datang makan malam di rumah Barisan Nasional. Ada kurma ayam, sayur dan buah. Tapi tidak ramai tamu yang datang, katanya.
Di sana dia diberi satu tiket cabutan bertuah. Tiket ini untuk memastikan dia akan terus berada dalam rumah ini untuk menunggu tamu jemputan. Entah siapa yang akan datang. Dia tidak ambil peduli.
Saya bertanya siapa yang akan menang esok. Dia hanya berkata ' wallah hu a’lam..' Si Penjual Ikan ini nampaknya adalah 'warga baru' dalam politik negara'. Saya datang kerana hendak mendengar..' Loghat utaranya cukup kuat. Berkali-kali saya meminta dia ulangi ayat-ayat yang di tuturkan. Dia ketawa. Saya pun ketawa sama melihat bebal sendiri.
Si Ustaz yang ditunggu pun sampai untuk berucap. Saya meninggalkan si Penjual Ikan untuk rapat ke padang. Si Penjual Ikan tidak bergerak dari jubin longkang.
Selesai ceramah Ustaz saya datang kembali ke jubin longkang. Kali ini kami telah mesra. Dia bertanya apakah cerita yang saya tulis ini akan keluar di akhbar. Dia tidak membeli akhbar jauh lagi memiliki sistem internet. Dia penjual ikan yang dibelinya dari Pasar Bisik-Bisik di Kuala Muda.
Seorang Pak Haji berserban sedang berucap di pentas. Kami dapat melihat jauh dari kain wayang. Dia ketawa kerana katanya 'orang-orang Ustaz ini selalu buat macam tahu' tetapi di bahu kiri dan bahu kanan kita ada orang yang lebih tahu. Si Penjual Ikan kesian melihat si Ustaz berapi-api di pentas ceramah.
Hampir tengah malam Anwar Ibrahim sampai ke pentas. Saya ke hadapan untuk mendengar apa yang hendak di labunkan oleh Anwar. Tidak sampai 15 minit ceramah selesai. Saya mengundur ke jubin longkang untuk memasang sebatang lagi keretek.
Si Penjual Ikan tidak ada lagi di situ. Yang tinggal hanya kertas akhbar yang mengalas bontot kami daripada basah duduk di tepi longkang.
Saya menghisap keretek seorang diri. Sampai kiamat pun saya tidak akan sampai lagi ke tepi longkang ini. Dan sampai kiamat pun saya tidak akan bertemu lagi dengan si Penjual Ikan ini. Yang tinggal hanya ingatan.

Pilihanraya,
Politik
Ahad, 24 Ogos 2008
UTUSAN ME- LAYU-LAYU
Sesiapa yang datang dari Selatan ke Permatang Pauh dan melintasi tol Juru akan bertemu dengan satu kumpulan penyokong United Malays National Organisation yang menghulurkan akhbar-akhbar secara percuma ke setiap kereta yang sedang membayar duit tol.
Di akhbar-akhbar ini tercop – Hadiah Untuk Pengundi.
Akhbar Utusan Malaysia, Berita Harian dan NST yang tidak ramai pembaca ini terpaksa diberi percuma untuk bakal pengundi.
Petang Ahad jam 4.00 di Permatang Pasir telah kelihatan seorang lelaki yang berbungkus kepala dan memakai cermin mata hitam bergerak menyebarkan akhbar-akhbar ini.
Lelaki ini begitu malu kerana menyebarkan akhbar ini maka dia terpaksa menyorokkan mukanya daripada dikenali oleh orang ramai.

DI PERMATANG PAUH 35 TAHUN KEMUDIAN
Dia berasal dari Kulim, kini tinggal di Butterworth. Dulu dia bersekolah di Penang Free dan tinggal di Kolej ke-4 Universiti Malaya. Saya tinggal di Kolej ke-5. Dia belajar Ilmu Alam. Saya belajar Sejarah. Dia lulus berijazah, saya pula melarikan diri dari UM untuk membuat sejarah. Ini 35 tahun dahulu.
Semuanya berlaku dengan tidak sengaja. Hujung minggu ini kami bertemu kembali di Permatang Pauh.
Bila bersalaman di hadapan rumah tumpangan, saya teringat kembali bagaimana kami bertemu ketika kami 'freshie' di Universiti Malaya pada bulan Mei 1971. Kolej ke-4 dan Kolej ke-5 'bermusuhan' bukan hanya waktu orientasi malah terus 'bermusuhan' dalam hal sukan sepanjang tahun.
Kolej ke-4 memiliki sesuatu yang tidak ada di Kolej ke-5 – siswi bergetah. Dalam hal mencari kekasih kami di Kolej ke-5 gagal. Tetapi Kolej ke-5 adalah yang terbaik di UM dalam hal sukan dan politik.
Kali ini kami di Permatang Pauh tidak lagi 'bermusuh'. Tidak ada apa yang kami rebutkan.
Saya tidak akan memberikan namanya di sini kerana dia telah membelot. Membelot kerana dia telah mula bersimpati dengan PKR. Ini tidak seharusnya dilakukan kerana dia berjawatan Guru Besar – orang kerajaan.
Kini dia dan isterinya telah pencen. Mereka mempunyai empat orang cahaya mata - semua anak gadis. Seorang anak gadisnya mati dilanggar lori. Tiga orang yang lain tidak lagi tinggal di rumah. Lalu dia bercerita betapa hidup ini telah berubah. Satu ketika dahulu dia sering berebut dengan anak-anak untuk menonton tv. Kini dia sering menelefon anak-anak meminta mereka pulang bercuti.
Dua susuk pencen, kini kesunyian. Untuk berlibur dia memelihara berbelas-belas ekor kucing. Lalu kami bercerita hal kucing. Saya hanya memiliki tiga ekor kucing – Curvey, Mami dan Siti. Dia bertanya hal Ramdan – anjing saya – yang telah berpindah rumah. Dia bertanya kenapa kucing saya bernama Siti – lalu saya terangkan kucing saya ini mukanya sama seperti muka Siti Nuthaliza. Lalu kami ketawa bersama.
Kami ke Sungai Petani kerana saya memerlukan internet. Lalu dia memandu kerana dia tahu selok belok daerah ini. Sambil saya 'online' sambil kami berlabun. Dia minum teh. Saya minum kopi o kosong. Kemudian kami makan bubur labu.
Bayangkan betapa hidup ini telah berlalu.
Selesai di internet cafe kami beredar ke Permatang Pauh. Dia tahu selok belok semua jalan-jalan di mukim ini. Halatuju kami ialah mencari kedai Gulai Itik. Dia kenal betul dengan kedai ini. Malah dia selalu makan di sana. Sayang, kedai ini masih bercuti.
Kami beredar dan merayau-rayau melihat bendera, poster dan bilik-bilik gerakan. Cerita kami terputus-putus.Tidak teratur. Kami tertanya dan menyoal - apa terjadi kepada si anu dan si anu. Apa yang dibuat oleh si dia dan si dia.
Di dalam kereta tiba-tiba anak gadisnya menelefon dari rumah. Anak gadisnya bertanyakan di mana letaknya 'sikat kucing' kerana kucing-kucing ini perlu di sikat untuk dimanjakan. Lalu saya teringat kepada 3 ekor kucing saya yang hampir setahun tidak mandi.
Kami berhenti di warong yang ada menjual popiah. Sekali lagi kami kecewa. Kedai ini juga ditutup. Akhirnya kami singgah di sebuah warung. Saya membeli cucuk-cucuk buah untuk dijadikan pembuka selera. Dia meminta mee goreng dan kuey teow. Saya makan mee campur bihun. Enak sungguh kerana kami lapar.
Hari semakin gelap. Permatang Pauh semakin sibuk. Dia ingin pulang. Lalu kami mengucap selamat tinggal. Jika tidak kerana Permatang Pauh tidak mungkin saya bertemu dengan ‘Dia’ ini.

TERKINI DARI PERMATANG PAUH
Cuaca mendung. Hujan rintik-rintik. Mungkin akan hujan lebat di sebelah malam.
SEMBAHYANG HAJAT
Pada malam ini ada Sembahyang Hajat akan diadakan di Masjid Perda bersama Nik Aziz.
MESYUARAT TERGEMPAR
Semua peguam yang berada di Permatang Pauh akan mengadakan mesyuarat tergempar jam 10 malam ini.
Mesyuarat akan diadakan di Yayasan Aman.
Agenda malam ini ialah untuk menyusun tugas-tugas kerana berlaku beberapa tangkapan dan membantu daripada sudut perundangan.
CERAMAH DI PENANTI
Pada malam ini juga, MB Perak Mohamad Nizar Jamaluddin akan berceramah di Guar Perahu,Penanti. Besar kemungkinan Nik Aziz juga akan berceramah sama.
STOP PRESS
Setelah lama mencari, saya akhirnya bertemu dengan sebuah kedai makan Melayu yang khusus menjual Gulai Itik.
Buat masa ini kedai tersebut masih ditutup. Saya akan beri laporan Gulai Itik ini apabila saya telah memakannya.
Untuk sementara ini alamat kedai tersebut tidak akan saya bocorkan agar bila kedai ini dibuka Isnin nanti Gulai Itiknya tidak habis.

Jumaat, 22 Ogos 2008
FORUM PERDANA GAGAL
Forum Perdana telah menjadi satu cliche sebagai satu cara untuk mengumpul orang ramai. Sebenarnya jika dikaji forum-forum jenis perdana ini bukan forum dalam ertikata sebenarnya.
Perhatikan di permulaan segala bentuk forum perdana. Ucapan pengenalan daripada Pengerusi forum sahaja telah berjela-jela panjangnya.
Segala macam pangkat dan darjat kebesaran disebut. Apabila ahli forum memulakan hujah dia pun memulakan mukadimah dengan gaya yang sama.
Betul-betul membuang masa.
Justeru pada malam Khamis satu Forum Perdana yang telah dirancang oleh Jabatan Perdana Menteri, Jakim dan Yadim diadakan. Forum ini seperti biasa untuk membincangkan hal ehwal Islam.
Forum ini diadakan di Sekolah Menengah Penanti Permatang Pauh.
Forum ini telah dipengerusikan oleh Ridhuan Lee Abdullah. Antara ahli forum ialah Kapten Najmuddin Alias dan Dr.Abu Hassan.
Sekolah menengah ini telah menyediakan 2000 buah kerusi. Bayangkan dalam kesibukan kempen pilihanraya kecil ini warga Permatang Pauh masih ingin berforum. Jawabnya tidak.
Hanya 70 warga Permatang Pauh yang hadir. 1930 kerusi kelihatan kosong. Jika forum anjuran Jabatan Perdana Menteri dirancang sebagai alat berkempen maka jelas Forum Perdana ini telah gagal meleset.
KEMPEN MELAYU
Barisan Nasional akan memulakan kempen 'reverse' untuk menawan Permatang Pauh.
Banner dan poster dengan gambar pemimpin bukan Melayu dalam Pakatan Rakyat akan di pasang. Ini untuk menakut-nakutkan para pengundi di Permatang Pauh.
BERITA TERSEBAR
Berita tentang Ramlang yang dikatakan sebagai Imam yang menerima sumpah laknat Saiful telah mula tersebar dari mulut ke mulut di Permatang Pauh.
Ramlang dikatakan hanyalah jurunikah dan bukan seorang Imam.
Kesahihan susuk Ramlang yang berasal dari Sabah ini masih menjadi tanda tanya.
BERITA BAIK
Parti Keadilan Rakyat telah membuat keputusan untuk menyediakan pengangkutan percuma kepada semua wartawan, pemberita, jurugambar, krew tv dan blogger yang ingin mengikuti kempen Anwar Ibrahim.
Untuk keselesaan, sistem perhubungan PKR telah menyediakan sistem wireless di Bangunan Yayasan Salam Permatang Pauh.

Khamis, 21 Ogos 2008
KHAIRY JAMALUDDIN DI TENGGIRI
Malam Rabu 20 Ogos 2008 saya sempat menghadiri ucapan perasmian Gerak Gempur Putera United Malays National Oganisation.
Berpusu-pusu orang di tepi sebuah banglow berwarna merah di Tenggiri, Seberang Jaya. Hampir 200 orang telah berhimpit-himpit berdiri di tepi jalan, kebanyakkan mereka berseluar hitam dan berbaju putih lengan pendek.
Dalam ucapan, KJ ( nama manja Khairy Jamaluddin) telah mencabar Anwar Ibrahim agar turut sama bersumpah seperti Saiful Bukhari. KJ juga telah memperlekehkan Saiful Bukhari sebagai 'budak kopi'.
KJ merasa hairan kenapa seorang 'budak kopi' boleh dibawa oleh Anwar Ibrahim ke luar negara.
“.....ini pastilah kerana dia buat kopi yang kau kau...” lawak KJ yang disambut oleh gelak Putera United Malays National Organization.
KJ juga meminta ahli United Malays National Organisation agar berhemah ketika berkempen.
' Kita gentlemen. Yang samseng ialah Parti Keadilan...' Ini lah kata-kata nasihat dari KJ sebelum dia merasmikan Gerak Gempur dengan memberikan baju t kepada Putera United Malays National Organisation.
SUMPAH LAKNAT
Sumpah Laknat Saiful Bukhari telah tidak begitu difahami oleh masyarakat Cina dan India di kawasan kelas menengah Seberang Jaya, kawasan yang diwakili oleh YB Ariff Shah.
Justeru, Khairy Jamaluddin telah cuba menerangkan makna 'sumpah laknat'. Untuk masyarakat bukan Melayu mereka menganggap semua ini hanya sebahagian daripada kempen politik. Malah orang Melayu juga tidak begitu faham akan makna Sumpah Laknat Saiful.
SUMPAH SERANAH EZAM MUHAMAD NOR
Beberapa vcd Ezam Muhamad Nor yang penuh dengan sumpah seranah terhadap United Malays National Organisation telah mula muncul semula.
Malah di YouTube klip Ezam menyumpah seranah United Malays National Organistion telah melonjak tinggi.
TERSEREMPAK DENGAN ARIFF SHAH
Saya secara tidak sengaja telah terserempak dengan calon Barisan Nasional Ariff Shah. Dia sedang berkempen dari rumah ke rumah di Siakap.
Ariff yang berambut putih memakai baju kuning berlengan pendek dan berpantalon hitam telah memasuki sebuah rumah yang di hadapannya ada menjual burger.
Sebelum ini Ariff Shah telah berceramah di Seberang Jaya. Dia berucap dalam Bahasa Cina.
ANWAR IBRAHIM TAK SINGGAH KEDAI BUNDLE
Pada malam Rabu pula Anwar Ibrahim telah datang ke kawasan Medan Selera Seberang Jaya. Dia telah merayau-rayau sambil berkenalan dengan bakal pengundi yang ramai di sana kerana di sebelah tempat makan ini ada Pasar Malam.
Anwar telah sempat menerima dan merasa sup yang dihadiahkan oleh seorang penjaja Pasar Malam.
Anwar yang merayau-rayau ini telah dikerumuni oleh bakal-bakal pengundi, anak-anak muda peminat Anwar Ibrahim dan juga para penyokong dan 'groupie' yang tidak semestinya datang dari Permatang Pauh.
Ada beberapa buah kedai Bundle anak-anak muda di Pasar Malam ini. Sayangnya Anwar tidak singgah di kedai Bundle ini. Mungkin 'oldtai Anwar Ibrahim ' tidak mengetahui bahawa kedai Bundle adalah tempat 'shopping yang paling cool dan trendy' untuk anak muda.
Malah ada berbelas-belas kedai Bundle dalam kawasan parlimen Permatang Pauh. Ini membuktikan anak-anak muda di Permatang Pauh ingin dilihat 'cool dan trendy' dan tidak mahu dilihat skema dan belia.
LEE CHONG WEI DIUSUNG KE PERMATANG PAUH
Pemain bulu tangkis Malaysia yang gagal mendapat pingat emas di Peking telah diusung ke Permatang Pauh.
WAN AZIZAH MENEMUI KEMBALI PENGUNDI
Wan Azizah telah berceramah di Tenggiri pada malam Rabu. Dalam ucapannya Wan Azizah telah menerangkan bahawa pada bulan March yang lalu dia telah memberitahu para pengundi di Permatang Pauh bahawa dia sebenarnya menjadi ahli politik kerana suaminya ditangkap dan dipenjara.
'Saya tidak perlu dikasihani'. Dia juga tidak mahu dituduh 'berdusta' kepada pengundi Permatang Pauh. Ini kerana dia telah menerangkan sejelas mungkin bahawa dia bertanding pada bulan March 2008 kerana suaminya Anwar Ibrahim masih belum dibenarkan bertanding.
Kerusi parlimen di Permatang Pauh ini bukan milik sesiapa tetapi milik penduduk Permatang Pauh.
Dari tahun 1999 hingga 2008 penduduk Permatang Pauh telah memberikan kepercayaan kepada Parti Keadilan Rakyat.
Justeru di pilihanraya kecil 26 Ogos ini Wan Azizah yakin penduduk Permatang Pauh akan memberikan kepercayaan yang sama kepada Parti Keadilan Rakyat.
AMARAN ANWAR IBRAHIM
Dalam beberapa siri ceramahnya pada malam Rabu, Anwar Ibrahim telah memberi amaran kepada pihak United Malays National Organisation agar berkempen secara telus.
Anwar telah memberitahu warga Permatang Pauh yang dia telah di fahamkan bahawa beberapa syarikat talipon dan komunikasi telah diarahkan untuk memutuskan semua talian talipon di beberapa kawasan di Permatang Pauh dalam beberapa hari lagi.
Anwar Ibrahim juga telah membocorkan berita bagaimana ahli-ahli United Malay National Organisation telah dan sedang meneruskan kempen mengumpulkan kad pengenalan bakal pengundi.
Apa tujuan operasi ini masih belum jelas.
TERSEREMPAK DENGAN FRU
Setiap malam akan kelihatan angota FRU berkeliaran di kawasan kampung-kampung di Permatang Pauh.
Dua malam dahulu saya terserempak dengan tiga landrover, tiga black maria, sebuah van dan sebuah kereta penembak cecair FRU di lebuhraya menuju ke Kulim.
HELIKOPTER BERLEGAR-LEGAR
Setiap kali Anwar Ibrahim mengadakan ceramah besar pasti akan muncul helikopter yang menyuluh ke bawah ke arah para pendengar.

Langgan:
Catatan (Atom)