Rabu, 6 Mei 2009
MENGENAL NILAI BUDAYA KAPITALISMA
BUDAYA DAN NILAI KONSUMER
Hari ini dasar globalisasi yang di ajukan oleh International Monetary Fund dan Bank Dunia telah berjaya menjadikan kapitalisma satu sistem ekonomi yang mencakupi seluruh dunia. Dari Chile ke China, dari Bhutan ke Batang Berjuntai, dari Tokyo ke taiping dari Normandy ke Nepal – semua negara sedang menggunakan sistem kapitalisma sebagai satu cara hidup.
Cara hidup disini ialah budaya harian yang digunakan oleh warga untuk menjalankan kehidupan. Budaya dan cara hidup ini diikat dengan nilai. Kapitalisma telah melahirkan nilai untuk dijadikan rujukan oleh warga dunia. Sistem kapitalisma telah berjaya menyebarkan nilai-nilai baru untuk umat manusia. Nilai ini berpenanan besar untuk memperkokoh dan mengembangkan kapitalisma.
Nilai-nilai ini dirancang dan disusun. Kajian dibuat secara ilmiah tentang apakah nilai yang wajib dibentuk. Pakar-pakar akan memastian nilai-nilai yang dimunculkan ini ianya akan selari dengan nilai dan hukum perjalanan sistem kapitalisma.
Daulah memerlukan nilai-nilai ini untuk memastikan yang kuasa ditangan tidak akan tergelincir lepas. Melalui nilai dan pandangan dunia daulah dapat memastian hegemoni daulah dapat diteruskan.
Penyebar nilai yang numbor wahid ialah media – akhbar, majalah dan tv. Pada awalnya akhbar telah menjalankan peranan yang amat positif. Jika kita melihat kembali peranan akhbar di negara kita ini maka kita akan melihat bagaimana akhbar harian telah menjana pemikiran orang ramai. Gerakan nasionalisma di Tanah Melayu untuk menuntut kemerdekaan tidak akan ampuh tanpa peranan akhbar.
Globalisasi , penswastaan dan pasaran terbuka telah mengalih semua ini. Dasar pasaran terbuka yang dipaksakan ke atas negara-negara dunia ketiga telah membuka jalan untuk taikun media antrabangsa melabor dan membeli akhbar dan media-media tempatan.
Hari ini media di dunia ini sedang dimonopoli tidak lebih dari 10 buah syarikat – antaranya Time Warner Inc, The Walt Disney Corporation, The News Corporation Ltd., Sony Corporation, General Electric Co., Viacom, Inc. dan Bertelsmann AG. Dari sini muncul satu susuk yang menjadi raja segala raja-raja – Rupert Murdoch.
Syarikat-syarikat media ini berligar macam helang lapar untuk mencari mangsa baru. Dimana sahaja ada pasaran dibuka maka mereka akan datang melabor untuk mempengaruhi bentuk berita yang akan disebarkan kepada umum.
Justeru – kita tidak perlu hairan kenapa Isreal yang memiliki lebih dari 200 biji bom nuklear tidak pernah dipersoalkan oleh saloran media media ini. Kita juga tidak perlu hairan kenapa Iran yang hanya membuat loji nuklear untuk menjana leterik saban hari digoddam oleh media-media ini seolah-olah minggu depan Iran akan meledakan bom nuklear.
Memiliki dan mengawal media bertujuan untuk menenggelamkan isu yang fundamental. Mengenepikan isu dan agenda yang rapat dihati warga. Melalui kawalan dan saringan - media bergelumang dan bertungkus lumus menimbulkan isu sampaingan yang remeh lagi temeh. Justeru dari hari ke hari pengisian media diseluruh dunia semakin cetek. Umat manusia hari ini ditaburkan dengan cerita-cerita remeh, gosip-gosip tentang artis, aktor, pemain bola, kaki kaki glamour, ratu cantik atau para model.
Telah wujud kesepaduan diantara media cetak dengan media leteronik. Kita tidak perlu pergi jauh untuk memahami semua ini. Lihat sahaja apa bentuk nilai yang sedang disebarkan oleh media kita sendiri.
Contohnya : Dari kaca tv kita melihat seorang aktor ciput yang tegedik-gedik – esoknya kita akan diberitahu siapa kekasih baru aktor ini. Dan lusa kita akan membaca bahawa aktor ciput telah berkahwin dengan seorang Datuk Tua. Kemudian kita terbaca aktor ciput ini minta cerai. Kesah ‘minta cerai’ ini akan menjadi sensasi sehingga berita 5000 warga yang di buang kerja dilihat sebagai berita sampingan.
Berita remah cerai berai artis ciput ini dijual untuk ditakrif lebih penting dari apa yang terjadi dan kemana perginya P Subramaniam atau apa yang akan dihadapi oleh warga yang akan hilang pekerjaan? Berita-berita remeh seperti ini memang dirancang untuk mengkambuskan isu nasional yang lebih bermakna. Pemikiran warga sengaja dibantut dan dibonsaikan dengan berita remeh, cetek dan lagi superfisial.
Media inilah yang hari ini sedang melahirkan nilai untuk menjadi rujukan kita bersama. Taktik yang dijalankan - sebelum kita sanggup menerima nilai ini otak dan fikrah kita perlu dicetekan dengan berita-berita remeh. Apabila warga menjadi lali, suka melopong depan tv, malas membaca dan kurang cerdik maka dengan senang warga akan disuapkan dengan nilai konsumer.
Nilai konsumer adalah segala nilai dalam budaya kapitalis. Budaya konsumer inilah yang dirancang secara rapi oleh kaum pemodal. Kaum pemodal antarabangsa ingin warga dunia terus membeli barangan dan produk-produk baru yang mereka buat. Inilah tugas penyebaran nilai konsumer.
Beli, beli dan terus membeli adalah rukun iman dan syarat utama untuk memastikan sistem kapitalis ini terus bergerak. Jika para konsumer berhenti membeli maka dengan sendirinya kilang akan terhenti. Untuk memastikan komplot ini terus berjaya maka warga perlu tunduk, menyembah dan menghayati nilai konsumer.
Produk poduk baru akan memasuki pasaran. Lepas satu , satu satu lagi objek baru akan muncul. Semua produk ini perlu dibeli untuk memastikan injin kapitalisma terus bergerak. Lihatlah, saban tahun kilang kereta akan mengeluarkan model dan bentuk baru. Komputer akan diisikan dengan software yang baru. Pakaian akan diperagakan dengan model yang baru. Semua ini dirancang secara bersepadu diantara media leteronik, media cetak dan iklan – untuk melahirkan nilai konsumer.
Kita sebagai warga akan ditembak dari kiri dan kanan. Di rumah mata kita ditembak oleh kaca tv. Dalam kereta telinga kita ditembak oleh radio. Di jalan raya mata kita dibom oleh papan iklan. Semuanya untuk melemahkan diri kita agar kita sama sama menyembah produk-produk dan membelinya.
Hari ini kapitalisma telah berjaya menanamkan nilai aku-mesti-beli dan aku-mesti- memiliki. Jika kita memiliki produk yang dijajakan maka kita termasuk dalam gulungan umat yang berjaya. Sesiapa yang tidak memiliki produk ertinya susuk ini adalah gulungan yang gagal. Dalam budaya kapitalisma nilai kejayaan diukur dengan pemilikan. Lebih banyak produk yang kita miliki maka lebih tinggi taraf kita untuk dilihat.
Budaya konsumer seolah-olah berjanji memberi warga kebebasan memilih. Kalau kita ke gedung membeli belah - kita ada kebebasan untuk memilih berpuluh jenis kopi. Apakah benar kita sebagai warga memiliki kebebasan untuk memilih?
Tidak. Dalam budaya konsumer kapitalis pilihan itu hanya satu ilusi. Yang kita pilih hanya logo luaran. Dalam kapitalisma warga tidak banyak pilihan – semua pilihan akan menjurus kepada orang yang sama dan tuan pemodal yang sama.
Tidak percaya? Cuuba fikirkan apakah kita ada pilihan apabila berhadapan dengan Star, Sin Chew, Utusan, NST , RTM, Tv 3, Tv 9, atau Astro. Kita hanya berilusi yang kita ada kebebasan memilih tetapi sebenarnya semua pemiliknya adalah orang dari kumpulan yang sama.
Hegemoni budaya kapitalisma ini sedang memerangkap kita semua. Warga Asia, Afrika dan Latin Amerika termasuk Eropah dan Amerika semua sedang terjerat oleh budaya ini. Budaya ini sedang membantut dan membonsaikan fikrah kita. Justeru kita wajib mencari jalan keluar.(TT) Tulisan ini boleh diambil untuk membuat kebaikan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
21 ulasan:
Memang benar..
Komen ringkas saya, sebab itu maklumat melalui media alternatif sedang dan akan menjadi sumber utama.. Ledakan teknologi maklumat ini perlahan-lahan menjadi pesaing kepada media kapitalis.. Kalau panjang umur kita boleh saksikan tsunami lebih hebat pada PRU13..
alba
Bang, bang,
Lepas baca artikel ni teringat lak saya pasal orang2 PAS ke orang2 tabligh ke tak ingat saya sapa, yang buang TV ke dalam sungai.
Fuhlamak time tu, macam2 dia orang ke hentam, kiri, kanan, atas, bawah semua kena bang.
Boleh jadi time tu, masalahnya lain, sekarang masalahnya lain.
Tetapi penjajahan minda tetap berlaku.
Melayu belum bebas lagi bang.
Cam Mat Salleh kata: "A sucker is born every minute".
Salam bang Isham
Tulisan bang pasal kapitalisme memang menarik. Boleh tambah sikit. Melihat media di Malaysia-majalah, tv,radio, memualkan. Majalah paling popular kebanyakan majalah pasal pompuan. Tak ada benda lain dalam majalah ni selain masak, fesyen, cerita mencantikkan rumah, barang make-up dan benda sewaktu dengannya. Macamana pompuan nak jadi cerdik. Tengok suratkhabar ruangan sukan, artis bukan main melampau. Anugerah artis je melambak. Meluat tengok. Takde pulak anugerah intelektual, ahli sains, ibu tunggal, bapa tunggal, sampai 5 jenis setahun. Apa kena Paris Hilton dengan orang kena buang kerja. Beyonce ada suami baru dengan kesusahan orang kampung. Dah lama saya meluat hal-hal ni.Tambah tengok artis tergedik-gedik- kebanyakan tak pas SPM pun.Tak ada yang berjenis.Tu lah yang menjd idola.Idola hantuk depa..
Tapi bang Isham, ada satu benda yang saya konpius dengan kapitalisme ni. Tolong jawab sikit.
Bagaimana nak menjadikan orang-orang yang bekerja dengan kerajaan (jika semua syarikat telah dikerajaankan)menjadi rajin. Apa cara nak merotan depa ni. Kapitalisme menjadikan manusia rajin sebab dia dapat untung.
kedua, negara2 yang bang beri contoh macam Cuba yang merakyatkat ekonomi dia tu keadaan dia agak teruk sikit. Memanglah depa ada maruah, pride tapi sebab kena sanction dengan negara-negara kapitalis ni, dia dah jatuh bangkrap, miskin.Bagaimana kita nak merakyat/mensosialiskan ekonomi tanpa tindakbalas dr negara-negara kapitalis.
ok. thanks
Bernas sekali! Tahniah!
saudara berjaya mensmash kencang pembobrokan pemikiran saya selama ini. Pemilikan simbol kejayaan masyarakat masakini...
kini saya faham sepenuhnya.
kahkahkah!
*saya gelakkan diri saya.
abg isham
cuma nak share sket;
dlm national geography di astro pada isnin lepas (siri "don't tell my mother"), pkol 10mlm tak silap. saya sempak tgk separuh sahaja.
berkenaan pengembaraan berani ke negara hugo chaves.
"the interesting part" ialah bagaimana chaves bagi tanah pada rakyatnya (especially ibu tunggal dan org susah) secara senang saja utk kesenangan dan kesejahteraan rakyatnya. tgk rakyatnya suka dan menjadi penyokong kuat chaves oleh sebab program ini.
kisah macam mana tanah rakyat dahulu dirampas (tak pasti, mngkin zaman castro dulu kot), dan bagaimana nak tuntut balik tanah itu di zaman chaves.
kisah harga minyak yg murah sangat, sampai org seludup minyak ke colombia.
kisah org colombia beli myk seludup di tepi jln (dlm tong plastik) kerana murah dari harga stesyen myk.
apa pasal pemimpin gerombolan tak nak ambil pengajaran atau part yg baik dari kisah rancangan national Geography tu???....
mungkin pemimpin sebok nak merampas negeri org kot??... atau sibuk nak pilih calon???
......atau tgh stim bersantai di kelab "havana"..???
...atau sebok berjalan tunjuk muka kat org ramai kat jln petaling, kpg baru, chow kit,...
gua memang bersetuju lama dengan perkara begini. sebenarnya manusia dah senang diracun otaknya. comfortably numb,,,
Bro Isam..
Aku teringat Definasi Miskin dan Kaya..
Orang Miskin apabila tidak Cukup Harta untuk di belanjakan dalam sehari...Dan orang Kaya bila kita mendapat lebih harta dari kegunaan seharian...
Jadi Budaya Kapitalis sebenarnya membuat kita semua hidup dalam kemiskinan kerana sentiasa bebelanja untuk keperluan yang sebenarnya tidak perlu..
Wassalamm
Assallamualaikum
Alhamdulillah. Snow Sungguh bangga membacanya. Snow print ye dan edar di sekolah. Terima kasih atas maklumat yang berguna ini
Wassallam
Itu pasallah besar mana pun gaji kita dapat tak pernah cukup cukup, dah asyik membeli saja.
Kalau masa dulu ada kereta nama Moris Minor, tuan dia dah lama mati tapi kereta tu masih ligat atas jalan lagi. Tapi sekarang, empat biji kereta proton dah ghahai, tuan kereta masih tegak lagi.
tolong fikirkan jalan keluar untuk kebaikan kita bersama.apa kata kita bikin revolusi,jatuhkan golongan feudal nasionalis yang setelah sekian lama menjarah tanah air sendiri.runtuhkan persekutuan kapitalis ini.aku cadangkan kita bentuk republik sosialis malaya.
hahaha..
terima kasih bukak minda saya..
Pak Sham,
Saya dengan pandangan Pak Sham dgn kapitalisme ni..membuka luas pemikiran secara jelas wajah sebenar kapitalisme.
Setuju andai saya katakan penularan penyakit Selsema Babi yg bermula di Mexico minggu lepas adalah satu usaha baru kapitalis untuk merancakkan ekonomi dunia melalui dunia perubatan??
Terima kasih...mohon Pak Syam dpt respon pada andaian saya ini.tq..
Salam hormat dari Noghori...
Congratulation,
Saya setuju dengan tulisan Bro Hisham. Tulisan anda memang mantap... saya cadangkan pihak media khususnya Tv mengadakan wawancara @ Agenda @ Debat untuk mengetengahkan isu besar ini bagi membuka mata umum... lebih-lebih lagi orang politik yang belagak tau tapi tak tau...
sila layari blogger: http://sheikhmustafakamal.blogspot.com/
setuju dengan pandangan tersebut..
Media Malaysia Madey dan Ananda.
Pembankang jadi biol 1999.
Suka hati bila lesen 24 rinngit tak perlu bayar.
Rakyat Malaysia yang bodoh setuju idea ini.
Akhirnya,kena bayar paling kurang 60 ringgit kalau ingin melihat sukan secara live kepada Ananda dan Mahafiraun.(Contoh: Serie A atau Spanish League)
Utusan dan berita hairan secara gah melapurkan EPL setiap hari,namun hakikatnya RTM,TV3,TV9 hanya menayangkan sukan rakit.
Lapuran sukan luar negara yang dilapurkan oleh mereka hanya angan-angan untuk ditonton oleh melayu bodoh dikampung melalui RTM,TV3 dan saluran lain.
Yang mampu akan membayar pada Ananda dan Mahafiraun.Namun hakikatnya satelit yang dimiliki oleh mereka(Ananda) adalah asalnya milik rakyat melalui TELEKOM.
Segala pelancaran 30 saluran untuk rakyat sudah tersedia pada 1999 namun terbantut bila dengan liciknya Mahafiraun membatalkan lesen 24 ringgit.
Wah...gembiranya rakyat Malaysia namun hakikatnya telah ditipu oleh puak gerombolan yang di kepalai Mahafiraun.
Dengan stupid box RTM,TV3...rakyat akan di sajikan upacara pecah tanah,sukan rakit,pemberian basikal pada orang kampung oleh puak gerombolan.Itu sahaja.
Mahkamah Melayu akan membudayakan pembayaran pencen oleh tan sri,datuk sri,dato'punai,datuk butuh,tan sri puki kepada artis yang mereka ceraikan.
Inilah matlamat artis betina malaysia bila menikah dengan golongan gerombolan.
Bila bercerai segala nafkah wajib dibayar oleh kerana perintah mahkamah melayu.Jumlah yang dibayar kepada artis yang dicerai ini hanya lanun dan perompak sahaja sanggup bayar.Inilah cerita yang hari-hari kita disogok oleh media gerombolan.
Woit...isham !
Apakah dengan terbunuhnya keturunan Rothschild,Rupert Murdoch,gerombolan Mahafiraun maka pemaksaan ini akan berakhir ?
Media mungkin rakyat ada pilihan.
Bagaimana dengan sitem kewangan kapitalis ?
Mungkinkah kesialan semua ini berpuca dari Edward VIII ?
Atau kesialan artis-artis betina jalang melayu ?
isham banyak salah ejaan. sila hati-hati ketika menaip. jangan tunjukkan kelemahan diri jika ingin memperkatakan tentang kelemahan orang lain walaupun kelemahan itu kecil.
terima kasih bro. penulisan yang membuka minda. cuma ingin berkongsi dengan para pembaca dan bro sendiri.. alhamdulillah,nilai islam telah banyak menyelamatkan saya dari menjadi mangsa kapitalisme dan nilai konsumer.. rumah dulu ada tv, tapi tak tengok pun (tak tergerak nak buka).. sekarang takde dan tak rasa kekurangan (islam ajar banyak benda lain yang lebih penting).. tengok iklan pandang sebelah mata (ape la sangat nak banding dengan nikmat syruga nanti), kalau tak beli tak rasa terkilan (Rasulullah dan sahabat dulu ada dunia dalam tangan.. duduk dalam rumah pondok gak..) wallahua'lam. terima kasih sekali lagi... penulisan yang sangat berguna..
bagus artikel nih Isam.
salah satu mangsa yang paling besar ialah.. budak grad U baru dapat keje. Dah beli kereta sebab nak menunjuk.
Hutang 9 tahun tuhhhhhhhhhhhhh!!!!
bawak2 sedar la budak2 weh...
Belilah Majalah Kapcai
setiap bulan pasti keluar di pasaran
info terkini dunia motosikal kapcai anda..
yang penting kena rock!!!
Tanpa nama 09.07,
siaran 'don't tell my mother' kat natgeo tu sebelum tu dah tunjukkan bagaimana org venezuela teringin sgt nak makan ayam. ayam, tepung, gula dan susu susah nak dapat kat sana. sbbnya pengeluar berhenti sbb dipaksa jual pd harga bawah kos. mereka bengkrap. ditunjukkan juga pelawat dari amerika diminta menyembunyikan jam tangan mereka. ditunjukkan juga disana tiada sekolah.minyak disabsidi tapi diseludup ke colombia dan org venezuela tak dapat faedah apa apa dari minyak venezuela. msg dari kisah tanah tu adalah sprti berikut, sokong chaves dpt tanah, tak sokong chaves tanah dirampas utk diberi kpd penyokong chaves.
Bang sham,
Tahniah, adakah penulisan bang sham ikhlas menyelamatkan agama bangsa negara. sifar provokasi,
kerana Allah swt dan RasulNya.
Saudara Muslim adalah saudara kita
sama ada di dalam PAS,DAP,UMNO,MCA,MIC DLL semua mentauhidkan Allah swt.Jangan asyik kita azam ingin tengok tsunami itu, ini .Kepuasan sekejab
"puas hati" aku. Mari kita penuhkan saf masjid belajar ngaji,
perbetul solat zaman lampin,
berpuasa, membantu meningkatkan prestasi ekonomi keluarga,masyarakat negara, jangan asyik sumbang minda membenci insan
lain. Sebab tu kita kena wajib belajar Tasauf,fekah,tauhid baru jadi hamba Allah yang ikhlas.
Selagi merasa diri pandai, kurang dosa ,tak buat salah, kita masih ditipu tiub Syaitan. Tukarlah tiub
minda kita: Ikutlah Sunnah Rasulullah Yang Sempurna Jangan Diikuti Nafsu Yang Teruna" dan "Dunia Sementara Akhirat Kita Di Sana Selamanya".Gunalah Kepakaran Untuk Kebaikan Ummah"
Catat Ulasan