Khamis, 23 Julai 2009

CERITA CERITA ORANG BIASA – 4



HILANG ENTAH KE MANA


Setiap kali aku melintasi wilayah Bangsar Utama aku teringat akan Dia. Setiap kali aku melihat stesen LRT Bangsar aku akan teringat Dia. Setiap kali aku melihat bangunan bank yang tesergam di Bangsar Utama aku teringatkan Dia. Apabila bangunan yang paling tinggi selesai dibina di Bangsar Utama aku terngadah melihat – lalu hati aku basah kerana aku tahu ceritanya.

Ceritanya bagini:

Ayah Dia didatangkan sebagai buruh dari Bharat untuk membina landasan Keretapi Tanah Melayu. Sesampai di bumi Melayu ini si Ayah - sebagai kuli - telah tinggal berasak-asak di rumah kongsi yang disediakan untuk para buruh. Bertahun kemudian - sesudah berkahwin dan beranak pinak maka si ayah dapat menyewa rumah KTM - rumah berbilik satu terletak betul-betul di gigi landasan keretapi di Bangsar Utama. Disinilah sesudah perang Dia dilahirkan dan membesar.

Ayahnya keras memburuh meneroka hutan untuk membuka bumi Melayu. Kehidupan - jika dibanding – agak lebih baik dari daerah kampong asal usulnya. Walau apa pun, si ayah selalu teringatkan daerah yang telah bagitu jauh ditinggalkan. Saban malam – si ayah akan berangan-angan untuk membawa keluarganya melihat kampong sanak saudara – bermimpi untuk balik ke kampong asal.

Dengan mimpi dan angan-angan ini si ayah telah mengumpul duit dengan niat dan cita-cita satu hari nanti mereka sekeluarga akan belayar pulang melihat candi-candi kuno yang tersergam indah di Bharat.

Dia mendewasa – persekolahan gagal - tanpa ilmu yang cukup maka akhirnya Dia juga menjadi kuli seperti ayahnya. Hanya satu bezanya - dia berupaya untuk memandu kereta. Akhirnya Dia melamar kerja untuk menjadi dreber. Dari satu tuan ke satu tuan Dia memandu. Usianya bertambah dan akhirmnya Dia pun beristeri. Rumah semakin sempit maka mereka wajib mencari satu rumah yang baru.

Akhirnya dengan duit yang diangan-angankan oleh ayahnya untuk pulang ke Bharat kini digunakan untuk membeli sebidang tanah.

Di tanah baru inilah mereka sekeluarga berjanji bersetia untuk mendirikan dunia baru. Ayahnya - sehari demi sehari - semakin pudar niat dan mimpinya untuk pulang memuja Krishna dan merendamkan badan di sungai Ganga. Maka terdirilah rumah papan – bukan lumayan tetapi selesa - berselang seli dengan tetanga Melayu dan China. Akhirnya mimpi ayahnya untuk pulang ke Bharat hanya dibawa mimpi ke rumah pembakaran. Debunya ditaburkan di Sungai Klang. Berakhirlah mimpi seorang kuli.

Ketika – aku sampai ke kota kita ini - Bukit Bangsar - masih lagi kebun getah. Rumah Doshi di kemuncak Bukit Pantai masih dalam pembikinan. Ketika itu Bukit Damansara namanya masih kolonial - Bukit Guillemard. Ketika itu ada landasan keretapi melintas dari laluan yang ada sekarang untuk masuk ke dalam kawasan kilang Lever Brothers di sebelah bangunan NST. Ini bagitu lama dahulu.

Demi Zeus – aku teringat lagi ketika itu - harga sebotol air soya hanya 25 sen, sebungkus nasi lemak 10 sen, nasi campur – sayur dan lauk hanya 70 sen – kalau ditambah telor masin hanya menjadi 95 sen. Harga secawan teh susu hanya 15 sen. Sebotol Harimau hanya 1. 30 sen.

Di zaman inilah aku mula berkenalan dengan Dia yang kerja sebagai seorang driber.
Aku pernah juga berkenalan dengan anak-anak Dia. Ini kerana Dia pernah membawa anak-anaknya berjumpa aku – anak lelaki berumur 12 tahun dan anak perempuan mungkin 9 tahun. Ini hanya anggaran kerana aku tidak dapat menilai umur anak-anaknya yang bagitu kurus seperti dirinya sendiri.

Tidak jauh dari tempat Dia tinggal - di hadapan sebuah kuil kayu - ada sebuah warong menjual air nira masam. Ini adalah sebahagian dari cara kolonial untuk memastikan kuli dan buruh di tanah Melayu sentiasa setia dengan tuannya. Warong papan berpangkin kayu ini cukup dikenali oleh kuli dan buruh KTM. Di sini jugalah Dia selalu menghabiskan masanya sesudah pulang dari kerja.

Beberapa kali aku di beritahu yang Dia kadang kala gagal datang bekerja. Pelbagai sebab musabab telah diberikan. Sesekali isterinya sakit. Sesekali anaknya demam. Malah aku pernah sekali diberitahu ada bahawa Dia telalu sedih untuk datang memandu kerana kucing kesayangan telah menjadi arwah. Aku hanya tersenyum kerana telah beberapa kali aku tercium bau alkohol apabila aku bersua dengan Dia.

Mungkin ramai dari kita yang kurang faham atau memiliki pandangan moral yang tinggi – tetapi inilah sahaja jalan rentas untuk para buruh dan kuli yang ingin mencari keindahan maya dalam hidup yang semakin susah dan semakin menekan.

Aku juga difahamkan di warong papan ini – setiap petang – akan hadir seorang lelaki berdhoti putih lagi bersih membawa sekaki payung hitam dan mengepit sebuah beg kulit. Setiap petang lelaki berdhoti bersih ini – dari apa yang aku tahu - akan sentiasa bersedia untuk menghulurkan wang kepada kuli dan buruh yang keputusan modal jika mereka ingin terus belayar melayan air nira masam.

Cerita aku ini terputus disini kerana dengan tiba-tiba aku pergi jauh dari kota ini.

Demi Zeus – bila aku pulang kembali semuanya telah berubah. Kota lama aku telah meluas. Rumah KTM di tepi landasan keretapi di Bangsar telah tidak wujud lagi. Kota lama aku telah menjadi bagitu asing untuk diri aku. Bila aku mula mengenap maka aku pun bertanya-tanya tentang si anu dan si anu. Siapa kahwin dengan siapa. Siapa bercerai dengan siapa.

Dan akhirmya aku menjadikan di Bangsar Utama sebagai kampong halaman aku. Tidak dapat tidak Bangsar Utama memaksa aku untuk tertanya-tanya apa yang terjadi dengan Dia.

Kau mungkin tidak pecaya apa yang aku ceritakan ini. Warong air nira masam dan kedai-kedai arak di Brickfield dan Bangsar Utama - sepeninggalan aku - adalah tempat Dia menghabiskaan masanya. Setiap kali Dia keputusan duit maka lelaki berdhoti puteh bersih akan menghulurkan wang. Semua duit yang diberi dikatakan tercatit dalam kertas-kertas yang tersimpan di dalam beg kulit yang dikepit oleh lelaki berdhoti ini.

Pernah satu kali aku diberitahu bahawa Dia datang kembali mencari kami – kaum kiri - yang sentiasa akan membantu mereka yang tertindas – ketika itu aku entah berada di benua mana. Semuanya gagal. Maka akhirnya tanah tapak rumahnya tergadai. Semuanya lupus.

Demi Zeus – kau mungkin tidak pecaya – bila kau melihat tapak bangunan yang tersergam besar yang baru sahaja didirikan di sebelah LRT Bangsar Utama itu - yakinlah – sebahagian tanahnya pada satu ketika ada milik Dia. Aku cukup pasti hal ini kerana pada satu hari Dia telah memberhentikan van yang dipandunya dihadapan kawasan ini. Dia berhenti kerana ingin menyampai barang untuk anak lelakinya. Dan orang duduk dalam van itu adalah aku.

Hingga ke hari ini Dia telah hilang entah ke mana.(TT)



23 ulasan:

DeeN berkata...

Nampak Bangsar akan terus ditelan bangunan2 agam. Dan akan terus menyempitkan penghuninya!

Tanpa Nama berkata...

itu la ia arus kerakusan sang karparat & koporat yg bergayut di ketiak ahli politik yg lapar akan dunia...

tanah setinggan keretapi diserah kepada koporat utk kesenangan bersama politik yg didokong ultra melayau....

malang sungguh siburuh kuli KTM keturunan zombrie.
bekerja untuk keretapi tanah MELAYU.
"tak kan melayu" kasi muka. biarla keretapi tanah MELAYU ini adalah sebahagian dirimu wahai keturunan zombrie.

len la kalu a/l ko ditukar jadi bin mcm presiden gabungan pelajar mamak!!

crewradix berkata...

Cam kedai todi kerajaan je warong yg lu citer tu...warong ni selalau terdapat bawah-bawah pokok...Skang pun masih ada lg kedai todi kerajaan..

Tanpa Nama berkata...

Dulu nama tempat tu nama KTM Lot 81...tak tau pula kepunyaan individu? Pembangunan di situ bermula tahun 80an....

azmin pj berkata...

brader...

betul ke hampir 3.5 juta orang dah lawat web nie... bole caya ke...??

cerita tak ade la menarik... konsep teori dari naluri penulis dengan humor yang sangat minimal value nye...

komen pelawat pun tak ada sampai beratus...

anyway.. nice blog... dah berapa tahun brader...?

selamat maju jaya

fredo berkata...

hum..

kesian..

ada tanah pon kena rompak ekk..

xpe..kt dunia..

Tanpa Nama berkata...

cerita orang biasa. tapi tuan nak menyalahkan siapa. kalau ashik nak
menyalahkan orang saja dunia tidak akan aman.
setiap seseorang bertangjawab keatas diri nya sendiri.lainlah kalau di paksa melakukan sesuatu
yg kita tak suka.kawan tuan minum
arak sehingga tergadai rumah kedia
man dan tanah nya sekali patut la tu. kan arak salah satu punca kejahatan.ambil lah iktibar...

Jack Lingam berkata...

sini mari www.soapapendapatyouallhuh.blogspot.com

Awang berkata...

nostalgia dan melankolik...

kaum buruh tumpas kerana hutang akibat alkohol.

dia drebar bas UM dulu eh? zahid zamidi atau shahrizat takkan tak tau kot apa jadi dgn Dia? korang kan sama2 PMUM dulu.

mak dara berkata...

azmin pj,

welcome to civilization,
first, let me introduce you to 'internet'
rakyat malaysia yg tak tau kewujudan tukartiub, sah tidak dpaat capaian internet

Tanpa Nama berkata...

Mamak Madey telah songlap semua tanah keretapi dan diberikan kepada syarika kroni termasuk MCRB.
Kono nak bangunkan tanah KTM.
Apa yang terjadi adalah golongan yang kaya menindas dan merampas semua tanah KTM.
Apa KTM dapat??
ERL pun hilang dari KTM?
Kenapa YTL pulak dapat projek keretapi? Bila masa tokeh buat rumah pandai handle keretapi? Kenapa Monorel tak diberi kepada KTM???

Tok Moh berkata...

azmin pj,
Kau baru nak bertenet ke..?

Kah..kah..kah..kesian kau..
Kau Gerombolan ke..?
kalau kau gerombolan mesti mangkuk punya mamat...kah..kah..kah..

Apa-apa pun selamat membaca tt..
kirim salam kat khir toyo...
kah..kah..kah..kah...

mamukasem berkata...

azmin pj!

kesian... tukar tiub ni muda lagi, tapi lebih tua dr kamu mula kenal internet!! haha!!

azmin pj berkata...

sorry la brader semua...

saja je tanya... sebab saya pun tengah buat research pasal blog..

mungkin lepas habis spm nanti saya pun nak buat blog jugak.. tapi atas platform apa pun tak tau lagi...

komputer dan intenet pun baru je 2 minggu dapat...

anyway... sorry for the questioned..

thanks

nuar berkata...

tuan sham,

lu punya story kalau buat filem memang confirm tak laku.

kalau nak hentam , hentam je la. Selalu gua senang faham tapi kali nie gua nak kena masuk sekolah sastera dulu beb.

Tanpa Nama berkata...

Demi Zeus?

Tanpa Nama berkata...

Masuk tak di ajak ..baca pun free ...lagi mao komplen ..BangIsham luangkan masa utk buat karya nie kira berterimakasihlah ...kena charge kang baru tau

Najis Rosmah berkata...

Ada lagi sibuk pasal Zeus nie.. Ko g baca n3 lama dan komen orang pasal Zeus nie..

Dasar pencacai..

crewradix berkata...

From JEMAPOH to MANCHESTER!!!Keep on RocKin BRO!!!PG jahanam GEROMBOLAN ME-LAYUUU!!!

Tanpa Nama berkata...

azmin pj...
yang diguna brader isam rais ni, site meter... site meter chek unique... jadi, buleh kata... agak tepat la...

cumanya... bukan la 3juta orang... tapi tiga juta kali orang masuk... dah tentunya hari-hari orang lebih kurang sama je yang masuk sini... ko tengok la purata harian dia dalam 11k pengunjung...

Tanpa Nama berkata...

pasal yang komen nak salahkan siapa...
salah utama memang pada diri individu...
tapi kerajaan masih lagi kena bertanggungjawab... kenapa dibiarkan saja penjualan samsu, todi semua tu...

Tanpa Nama berkata...

Bro, lu buat gua tringgat dulu time, tanah keliling Mesejid Kampong Ulu bawak ke Ong Kim Wee belakang Tranquerah tu Melayu yang punya.

Cerita Munshi tu membayangkan betapa luas tanah Melayu bila Raffles bawak dia naik kereta kuda ke Ujung Pasir/Limbongan.

Surau beterabor, banyak, bersahut2an azan dek dekatnya satu kariah Melayu dengan lain. Tu tahun 1820.

Hari ni sapa betuah?

Chow Kit tu bukan ke kawasan Kapitan Melayu asalnya zaman Ah Loy?

Makna kata, tanah keliling Kampong Baru dan bangunan Sapuan tu Melayu le tuannya.

Dikala tu, Wangsa Maju estet Hawthornton yang tak lama kemudian Loke Yew lak dapat.

Nasib baik dia tak tinggal anak jantan. Puas PGK kerjakan jual sama Melayu klas "working". Ada makna.

Tapi apa lak habuan Dewan Kotaraya sebagai rakan kongsi pembangunan Mid?

Tak de nampak 1 logo pon bangunan dia. Kata akal paling tak kurang 1 dalam 5 yang terdiri tu dah patut dalam tangan dah.

Tanpa Nama berkata...

Sapa pandai cerita kenapa orang tanam sayor lagi kaya dari orang tanam padi?

Dasar ekonomi apa yang masih beterusan hinggakan harga keringat tuboh badan Melayu yang dititik cukup murah berbanding peloh tokey yang tak menitik?