Isnin, 18 Januari 2010
KESAH ITU BERSAMBUNG LAGI
ANAK MUDA BESAUDARA YANG AKU TEMUI DI TASEK BURUNG MANDI
MENCARI TONGKAT WARAN
lalu aku meninggalkan mersing. air laut cina selatan masih bergelora pagi itu. menyisir pantai mersing melihat betapa hijau dan subur bumi yang menghasilkan makanan. di kiri kanan jalan ladang pisang, sawit dan sayuran.
akhirmya sampai ke wilayah sawah padi.
masih terdapat beberapa ruamh rumah tumpangan orang kampong. lalu aku terfikir: tanah tanah subur landai ini pasti tidak akan selamat. para cukong dari singapura akan meleleh air liur apabila melihat bumi indah ditepi laut. yakinlah sepuluh tahun dari hari aku menulis ini tanah tanah ini akan wafat untuk menjadi pantai hiasan orang kaya kaya.
pasti kita akan terbaca tentang bagaimana perlu didirikan hotel dan chalet untuk membawa dana ke kantong negara.
kumudian aku sampai ke kawan hutan-hutan paya bakau dimana kolam undang tersusun.
tetus berjalan ke hadapan hingga ke tebing laut. sebuah chalet indah tertulis : private property. nah laut tuhan pun di jadikan hak milik persendirian. ini lah hukum ekonomi kapitalis. tidak mahu berkongsi alam yang indah ini. semua wajib dipagari. semua wajib dimiliki.
di tepi tebing laut aku bersua dengan dua lelaki melayu baru –berkereta besar, berbaju indah dan berkasut licin. mereka memerhatikan sekeliling. mereka – aku agakkan dari bentuk dan pakaian adalah orang kota yang datang untuk melabor bukan macam aku yang selekeh bercelana pendek dan berkaki ayam. mereka menunjuk nunjuk ke arah bukit. nah ! aku rasa bukit ini pasti tidak selamat lagi.
berpusing kembali – lalu berhenti di tepi sebuah kolam kerana terlihat seorang lelaki yang sedang menabur sesuatu ke dalam kolam. aku bertanya. lelaki kurus muda ini seorang pak tani . dia menerangkan bahawa dia sedang memberi makan ketam. daging daging ikan dipotong lalu dilempar ke dalam kolam yang airnya hitam coklat. kolam ini adalah rumah kediaman ketam nipah.
pak tani ini memberi tahu dia seorang sahaja yang memilihara ketam di sini – pak tani yang lain tidur dengan udang. dia cukup berpengalaman – menurutnya ketam ini hanya ada satu musuh. bila aku bertanya apa musuhnya : nyamuk. nah ! nyamuk bukan menggigit kulit ketam yang keras tapi mata si ketam. ini ilmu pengetahuan yang terkumpul oleh pak tani – yang didapati tanpa berjumpa atau mendengar kelentong si kang kong dari sintok atau upm.
aku ternampak ketam ketam ini menjalar. tapi si ketam agak malu. lalu aku bertanya berapa sekilo. nah – harganya lebih mahal dari ijazah phd para kang kong. asanya 30 ringgit sekilo dan harga terus melonjak. aku cukup senang hati mendengar kesah ini. insan bekerja di bumi tuhan. bertungkus lumus dengan tenaga sendiri dan bukan jual kontrek atau membodek projek.
lalu kami bersalaman dan aku beredar.
tapi ada satu yang wajib dilakukan sebelum meninggalakn mersing. aku mahu merasa masakan asam pedas orang johor.
lalu singgah di sebuah restoran melayu - betul betul dalam pekan mersing. aku berharap akan bertemu dengan masakan asam pedas ini. anak anak sekolah sedang berkeliaran – entah pergi entah datang tidak pula aku halusi.
masuk sahaja ke restoran aku terus masuk ke dapor. mak cik dan kakak tercengang melihat aku memerhati setiap gulai gulai yang tersusun di rak jualan. nasib baik - aku ternampak asam pedas kepala ikan. terus melamar. bila aku tanya ikan apa si kakak memberi tahu ini ikan laut – jomuhak. bila aku tanya tentang udang galah maka jawapannya ialah: air laut bergelora dan tidak ada nelayan yang berani ke laut.
aku - cucu orang asli negeri sembilan - tidak berapa pandai dengan masak assam pedas. ini makanan orang selatan – melaka dan johor - yang tidak tahu menggunakan santan kelapa.
wah – enak asam pedas ini tetapi masih tidak seenak ikan termerlian tempoyak di jerantut – yang aku anggap nemuro uno untuk masa kini.
selesai makan kami beredar. sebelum beredar bertanya arah jalan. inilah indahnya berjalan tanpa peta. berjalan tanpa di rancang. berjalan merentas dan meredah. kadang kadang bertemu kadang kadang kosong.
harapan membuak ingin ke kuala sedeli untuk mencari tongkat waran.
entah kenapa aku teringat dengan si arwah. ketika dia wafat aku dalam penjara. aku hanya tahu sehari kemudian apabila pak gard memberitahu tentang ada seorang yang terkenal telah meninggal dunia di kuala lumpur. pak gard yang bukan pencinta shaer tidak pula tahu akan namanya – hinnga aku berkata : apakah yang mati usman awang. makan ialah jawapanya.
dua minggu sebelum tongkat wafat aku ada menulis sepucuh surat dari kamunting. hingga ke hari ini aku masih tidak tahu apakah surat itu sempat dibacanya. aku juga telaah diberitahu bahawa tongkat telah berwasiat: barang barang dari rumahnya dilarang dari dikeluarkan. justeru aku sampai ke hari ini tidak tahu apa terjadi dengan suart ini.
aku juga telah membuat sebuah filem 35 minit – Usman The Poet – yang aku buat dengan16mm – ketika kami berjumpa di london pada tahun 1992 – aku telah berikan kopinya kepada tongkat. kemana filem ini masih juga menjadi tanda tanya.
( jam 4.09 – aku wajib tidor – aku akan sambung lagi - seperti Kitāb 'alf layla wa-layla – seribu satu malam – shahrizat akan menyambung kesahnya lagi)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
8 ulasan:
PAK LONG TT,
JIKA JUMPA TONGKAT WARAN NI, BAGI PINJAM KEJAP...
NAK PERAMBAT FIRAUN...kah kah kah
NAK KATOK FIRAUN...kah kah kah kah
ahhh tipu nie...
woit... kata dulu johor takde sawah dah abis buat pembangunan
kah kah kah... dasar penipu haram jadah...
pegi sedili, jgn lupa singgah satu kedai gunting rambut betul2 depan jeti...tu kedai gunting bapak gua ngan kawan2nya...haha..lagi satu, di sedili ada satu jeti pendaratan ikan yang kecil dan tersorok di jalan menghala sedili kecil..ikan2 baru selalu naik kat situ..tanya org kampong kat situ sebab mmg x ramai org tahu....di sedili besar ada satu pantai berbatu yang paling chick kat asia..ramai org tak tahu..tempat budak2 beromen...nama dia pantai temala..nak kesana juga kena tanya org kampung..
-org sedili moden-
tabik bro↲↲bila gaknya kita dpt jln sehaluan? Cheers..
Asam pedas Johor terbaik wok.... Sekali makan, pasti terangkat.
ntah mungkin kampung chegar medang yang aq cintai pon akan tergadai...
langkah mayat aq dlu..2 la satu2nya kampung y paling aq slase salin kampung2 yang ader kt mlake..bkan2 aq jer akan marah klau kg2 warisan nenek moyang nie digadai kapitalis sme mat2 saka yang dh lame meanggur kt kg n aki2 y dah skian lme bersama menjaga harta peniggalan nenek moyang nie pn akan bersatu menentang...blik lah saudara2 ku ker tanah yang penah kter jatuh tersemban suatu ketika kta penah berlari-larian ditanah merah pusaka ini...blik dan pertahankan dari sebarang kemusnahan..jika tidak habis la bagsa kita tiada lagi nilai budaya yang akan diteruskan..tiada lagi amalan yang akan diwarisi...ayuh pertahankan utk anak2 smua...
retropyanza@yahoo.com
Alangkah indahnya jika sepanjang pesisir pantai dari mersing ke sedeli dibangunkan hotel dan pusat pelancongan serta kolam penternakan ikan milik cukong-cukong.
orang-orang kampung boleh dihalau keluar dari tempat itu. mereka pasti akan menerima dengan hati terbuka demi sebuah pembangunan.
Bilakah agaknya saat dan ketika itu akan sampai???
private property ?
kah,kah,kah......di Perak berlambak papan tanda ni isham ooii.
Marina beach Resort,Lumut,Perak gua kena halau oleh sekuriti gad....rasa nak bakar je....!
Dengan hati terbuku beralih ke tempat lain untuk memancing......
Perindu beach resort serupa juga....
Ini semua hasil kerja haram jadah
pukimak Mahathir mamak setan...!!!
Laut dan pantai Tuhan pun jadi hak milik persendirian....apa punya setan ahli gerombolan Umno/Bn ni ?
Apa boleh ditelan mereka telan !
Ketuanan melayu konon....kesudahannya jadi hak milik chukong MCA.
Pergi jahanam Umno...!!!
Ketuanan melayu bertongkatkan Umno ?
Kah,kah,kah.....reput,reput....
Pemimpin Umno nak tolong orang melayu ? Mana boleh !
Nanti kena luku kepala oleh Tuan Birch,Cukong Lee Liong Sik dan Lee Kuan Yew......kah,kah,kah....
Catat Ulasan