Isnin, 19 April 2010

KESAH LAMA UNTUK DI INGAT KEMBALI



MEREKA YANG TIDAK PERNAH BELOT - DIMANA MEREKA SEKARANG?





PETANG ITU - 38 TAHUN DAHULU


Ini cerita lama. Tapi baik juga untuk dibuka kembali agar kita semua dapat tahu apa yang berlaku puluhan tahun dahulu. Cerita-cerita ini kalau baik kita jadikan tauladan. Kalau tidak molek dapat kita jadikan sempadan. Kalau tidak pun kita baca untuk ketawa.

Ceritanya bagini:

Saya ingat lagi pada tahun 1972 - ketika itu saya anak mahasiswa yang mengulang tahun satu di Universiti Malaya. Saya telah aktif dalam perjuangan gerakan mahasiswa sejak dari awal tahun pertama lagi. Pada tahun itu, ketika Kongres Tahunan Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Malaysia (PKPM ), saya telah dilantik untuk menjadi Setiausaha Agung. Badan yang bernama PKPM ini telah diharamkan pada tahun 1974 - sesudah demo pelajar menyokong warga Baling.

Ketika saya dilantik sebagai SU Agung PKPM – perang Vietnam sedang rancak. Kuasa imperial Amerika sedang melancarkan perang kolonial ke atas Vietnam, Laos dan Kamboja – sama seperti yang sedang berlaku di Iraq dan Afghanistan hari ini.

Justeru dalam Kongres PKPM tahun 1972 itu ada terdapat resolusi yang mengutuk imperialis Amerika Syarikat dan menyokong perjuangan menuntut keadilan oleh rakyat Indo China. Ketetapan yang dibuat dalam kongres akan menjadi dasar persatuan sehingga ke kongres tahun hadapan.

Pada zaman itu gerakan mahasiswa cukup rancak. Saya adalah seorang ahli kelab sosialis yang aktif. Justeru pandangan politik saya adalah kiri. Buku dan akhbar yang saya baca adalah kiri. Negara dan pemimpin negara yang saya hormati adalah dari jalur kiri.

Berdasarkan resolusi PKPM yang anti-Amerika saya telah memasang poster-poster anti-perang Vietnam yang kami terima dari International Union of Students yang berpengkalan di Prague.

Rupa-rupanya ada juga kumpulan mahasiswa, terutama dari PMUKM yang yang tidak bersetuju dengan pemasangan poster ini. Lalu saya dikritik sebagai SU Agung PKPM yang tidak bertanggungjawab. Sebenarnya isu poster anti-perang Vietnam ini hanya alasan. Kritikan ini datang dari pelajar reaksionari bermazhab kanan.

Akhirnya satu persidangan tergempar telah diadakan. Persidangan ini diadakan di Dewan Majlis Persatuan Universiti Malaya. Saya ingat lagi petang itu – delegasi dari PMUKM, dari Serdang College, dari Institut Teknoloji Kebangsaan, KSITM dan tuan rumah PMUM turut hadir.

Saya dapat merasakan seolah-olah telah ada persetujuan untuk menyingkirkan saya dari PKPM. Idris Jusi, dari PMUKM mula bercakap membuka kes tentang saya yang dikatakan tidak mengikut dasar PKPM dan dilihat pro-komunis. Dari KSITM, presidennya Zahari tidak pula bercakap. Yang banyak bercakap ialah Ibrahim Ali.

Pandangan-pandangan kanan dan reaskioner bertaburan pada petang itu.

Sebelum keputusan dibuat untuk menyingkirkan saya dari PKPM - tiba-tiba seorang wakil delegasi dari KSITM mengangkat tangan untuk berucap. Saya masih ingat lagi anak muda itu. Dia kurus lansing dan kacak. Berkulit sawo matang. Anak muda ini memakai seluar hitam dan berbaju biru. Mustahil saya akan melupakan susuk ini. Sampai akhir hayat saya ingat apa yang berlaku pada petang itu. Tidak mungkin saya akan lupa kerana pada petang itu saya sedang disalib.

Masih terngiang di telinga saya hingga ke hari ini apa yang dikatakan oleh anak muda itu:

“Sebelum dia dibuang, dia berhak untuk diberi peluang bersuara. Ini adalah cita-cita demokrasi pelajar… dan ini adalah hak dia.”

Saya terperanjat kerana tidak ada sesiapa dari persatuan lain yang menyokong saya kecuali PMUM. Saya terperanjat kerana anak muda ini berani ‘pecah regu’ untuk menyokong saya. Saya kagum atas keberanian nya.

Saya tidak kenal anak muda ini. Tapi saya tahu anak muda ini datang dari KSITM – satu persatuan pelajar yang saya anggap reaksionari. Bila saya selidiki baru saya sedari anak muda ini ialah Zaid Ibrahim – pelajar jurusan undang-undang Institut Teknoloji Mara. Saya juga difahamkan si Zaid ini datang dari Sekolah Tuanku Abdul rahman (STAR) seteru kuat sekolah saya, MCKK.

Semenjak petang itu saya tidak bertemu dengan Zaid Ibrahim. Kami meneruskan keyakinan diri. Saya difahamkan Zaid telah menjadi seorang peguam yang berjaya. Saya terus menjadi diri saya.

Lima tahun dahulu seorang kawan dari MCKK mengajak saya untuk menjadi ahli Civil Society of Malaysia. Ini badan hak asasi manusia yang cuba diwujudkan oleh Zaid Ibrahim. Cuma ada ‘catch’ - sesiapa yang ingin menjadi ahli wajib membayar RM250. Jumlah ini agak berat untuk saya - lalu saya menolak jemputan ini.

Seminggu sebelum Ngo ini berkumpul dan bersidang saya telah mendapat panggilan telefon mengatakan bahawa RM250 telah dibayar oleh Zaid Ibrahim. Saya hairan kerana seumur hidup saya – saya belum pernah bercakap sepatah pun dengan susuk ini. Dari panggilan talipon - saya telah diberi kebenran untuk datang ke persidangan pertama Civil Society ini di Hotel Renaisance.

Inilah kali kedua saya melihat Zaid Ibrahim. Kali kedua ini agak berbeza. Anak muda kurus yang berbaju biru dan berseluar hitam dahulu telah agak bersisi. Rambutnya telah dicantikan oleh anyaman uban. Baju dan pantalon yang dipakainya kelihatan dari jenis yang baik dan bermutu. Nah! Pastilah dia telah berjaya hinggakan sanggup membayar yuran untuk orang yang tidak dikenalinya.

Dua hari sebelum nama Zaid Ibarahim dimahsyurkan sebagai calon di Hulu Selangor saya telah pergi menemuinya. Rumah kediaman si Zaid ini bukanlah sama seperti bilik sewa tempat saya menginap. Ini kawasan lumayan yang hanya 30 minit dari Serendah Hulu Selangor.

Mata saya memerhati dengan rapi untuk mengetahui lebih dalam lagi manusia yang bernama Zaid Ibrahim ini. Rumahnya tidak mengancam tapi pastilah lebih luas dari bilik sewa saya. Dalaman tidak lucah dan bukan bermotifkan budaya ‘arriviste – horray henry’ yang sering kita temui di wilayah-wilayah mewah.

Tujuan saya datang kerana ingin bertanya apakah dia masih ingat lagi apa yang terjadi di Dewan Majlis PMUM 38 tahun dahulu. Zaid termenong sabentar sebelum mengakui yang dia pernah datang ke PMUM untuk bermesyurat. Tetapi tidak ingat apa tujuan dia hadir. Malah dia juga tidak ingat bahawa pada petang itu yang di salib ialah saya.

Saya tidak merasa kecewa kerana si Zaid tidak mengingati episod itu. Inilah perjalanan hidup kita sebagai manusia . Terpencar pencar - ada yang kita ingati dan ada yang kita lupakan. Untuk kita – pekara yang ini mungkin penting dan untuk orang lain pekara yang sama adalah ‘non event – tidak ada apa apa yang penting’.

Kenapa saya menulis kesah ini? Saya menulis kerana susuk yang bernama Zaid Ibrahim ini sedang berkempen untuk memenangi kerusi di Parlimen. Saya menulis ini kerana saya yakin bahawa manusia yang bernama Zaid Ibrahim ini adalah manusia demokrat. Tiga puluh lapan tahun dahulu – ketika kami masih lagi anak pelajar - si Zaid ini telah memperlihatkan sifat jujur dan demokratnya.

Pada petang itu – 38 tahun dahulu - si Zaid telah tidak terpengaruh dengan tohmah anti-komunis, anti kiri dan anti sosialis. Sifat demokratiknya telah tertanam dalam sebelum dia meletakan jawatan sebagai menteri kabinet kerana menentang ISA. Susuk yang bernama Zaid Ibrahim dapat melihat salah dan benar.

Jika saya warga Hulu Selangor saya merasa senang hati untuk menobatkan Zaid Ibrahim sebagai wakil suara saya di Parlimen. (TT)

( sebarkan lah kesah ini - untuk kita membuat kebaikan)




46 ulasan:

dukustreet berkata...

satu catatan yang sangat menarik. kagum dengan daya ingatan Hishamudin Rais yang sunnguh kuat.

sham, boleh ulas tentang Dr Halili yang keluar PKR?

zamza berkata...

ana salah sorang pengundi Parlimen Hulu Selangor (P.94).
undi ana pasti utk Zaid Ibrahim...no matter what...

Takbirrrr!!!!

Tanpa Nama berkata...

Menarik perihal kisah ini. Tak sangka hanya selepas 38 tahun ingata TT terhadap Zaid masih segar. TT punya memori ada powerlah.
Namun yang penting sini bagaimana nak menyebarluaskan atribut Zaid yang baik diceritakan itu kepada golongan muda di Hulu Selangor, golongan tua jangan harap sangat, Zaid kata orang cerdik ada bahan(material) sebagai seorang ahli pembuat undang-undang. Tapi orang Melayu konsevatif asyik boleh menafikan beliau atas cerita lama yang beliau ada menyamah air tapai. Orang Melayu konservatif rela menghukum seseorang itu minum air anggur yang walaupun diproses mengikut kebersihan ISO daripada pemimpin yang megarasuahnya.
Golongan Cina, India dan setengah Melayu di Hulu Selangaor akan memenangkan Zaid Ibrahim, mudah-mudahan.

Tanpa Nama berkata...

Syam, sejarah adalah sebahagian dari manifesto , jadi sebarkan ia agar manifesto ini kekal berputar seperti kekalnya pendirian zaid ibrahim

SELURUH BLOGGERS,

MEDIA,

JENTERA GERAKAN PR,

DAN PENGUNDI HULU SELANGOR,

CETAK DAN SEBARKAN KEPADA SAUDARA ANDA.

VOTE UNTUK ZAID!


ANAK MUDA PERLIMEN TITIWANGSA.

Tanpa Nama berkata...

Salute!

Art Pokon berkata...

Salam...

Terima kasih Bro Isham dengan kenyataan ini. Saya masih belum boleh membaca waktu itu tapi saya masih tertanya-tanya dan tercari apakah cerita disebalik protes tersebut. Sesungguhnya pencinta demokrasi tidak akan lupa tentang sejarah ini.

seseorang itu amat perlu mempunyai prinsip yang kuat dalam sesuatu perjuangan. Thanks..

JimAlifSiin berkata...

..cetak la catatan ini dan fotokopi seberapa banyak yang mungkin, kemudian edarkan ke setiap penjuru bagi seluruh Warga Hulu Selangor dapat informasi mengenai calon mereka.

Tanpa Nama berkata...

Siapakah tokoh politik yang paling banyak mendapat habuan menyediakan perjanjian semasa dasar penswataan negara dulu.

Kamehameha Expert berkata...

TT,
saya dari baling.
baca cerita bro, teringat gambar2 lama yang bapak saya simpan masa demo kat baling tu.
cool bro!

situkanghambar berkata...

:)

merbok berkata...

semoga Allah ampunkan mereka yang bertaubat dan semoga Allah hancurkan mereka yang sombong dan zalim. Amin

Tanpa Nama berkata...

kalau beginilah prinsip DZI, wajarlah kita sokongnya...soal masalah peribadi itu, biar Allah membuat perhitungan...biar mengaku pernah meminum arak dari hipokrit didepan rakyat membela agama, bangsa dan negara

Cucu berkata...

Hehehe.......aku pun teringat kesah 20 tahun dahulu masa aku belajar kat London. Aku tengok sendiri ada seorang tu badan dia kusut masai macam tak makan seminggu-dia sering nangis2 mintak izin nak balik Malaysia,konon dia dah nyesal sangat2 jadi aktivis sosial.Dia janji kalau Kerajan M'sia benarkan dia balik ke kampong halamannya,dia akan menjadi warga yg baik,yg hari2 dok kat mesjid pakai kain pelikat buat amal jariah.Nama mamat tu kalau aku tak silap ialah Hishammudin Rais......Kau orang kenal ke dia tu saper???

Mat Dangdut berkata...

Abang Isham yang mane? Yang pakai seluar boot cut tu ke?

UMI HIDAYAH BT BORHAN berkata...

terharu saya membaca post ni..sangat menyentuh hati..

Unknown berkata...

Salam Pak Hisham a.k.a TT,

Saya amat teruja seklai melihat gambar dan penerangan Pak Hisham menceritakan kembali kisah silam zaman pelajar tahun 70an itu.

Terujanya saya bukan hanya kerana peribadi Zaid Ibrahim yang Pak Hisham cuba paparkan tetapi keterujaan saya melihat semangat siswa dahulu yang amat peka dengan persekitaran setempat mahupun global.

Bagi saya zaman siswa itu diselubungi dengan Student's power! Semangat itu yang saya nak tengok ketika waktu saya bergelar siswa sekitar pertengahan dan pertengahan 90an..namun hampa...

Suara siswa ditenggelami dengan ancaman yang menyekat suara siswa dalam memberikan pandangan kritis terhadap sesuatu perkara yang perlu dilihat oleh pihak pentadbir...pada saya bukan tiada pimpinan siswa yang kritis, tetapi mereka ini sentiasa diawasi...

Speaker corner pula pengisiannya tidak langsung menarik perhatian saya kerana ia hanya berlegar dengan isu sekitar kampus sebab ada 'pengawas' memerhati...
selalunya isu di speaker corner tidak mencerminkan kematangan siswa dalam melihat dunia dari perspektif yang lebih besar dan luas.

Ketika itu saya bukanlah student berhaluan kiri tetapi masih percaya kepada keadilan dan demokrasi dalam beberapa perkara.

Namun hingga kini saya masih tidak nampak kekuatan siswa dalam memberi pandangan yang kritis serta dinamika dalam sesuatu isu...tak tahu la masa akan datang adakah kita akan mempunyai pemimpin yang di'bentuk' atau pemimpin yang 'berkarisma' akan kekal diperhatikan dan ditekan....

Wallahualam....untuk kes Hulu Selangor....saya percaya rakyat di sana bijak menilai kepimpinan yang mereka inginkan menjadi wakil kepada mereka...insyaALLAH...

Sekali Pak Hisham terima atas perkongsian memori Pak Hisham itu, saya amat menghargainya...TERIMA KASIH...

sardindalamtin berkata...

mak ayah aku pon tak kawin lagi masa tu. sekarang abang aku yang sulong pon dah kawin ada ramai anak, bapak aku pon dah xde kat dunia nie tp Pak Isham masih ingat akan kisah lalu.

kita akan menghadapi banyak peristiwa penting dlm hidup. tapi selepas sekian lama kita mengharungi kehidupan pasti kita akan teringat satu detik yang amat berharga walaupun telah lama terjadi.

tak kira macam mana pon tamadun manusia berkembang dan berubah, dari dulu hingga sekarang manusia setiasa berjuang untuk menentang kezaliman dan menegakkan keadilan.

bak kata filem star wars:

'every generation has a legend, every journey has a first step, every saga has a beginning.'

apa yang diperjuangkan oleh Pak Isham pada 38 tahun lalu telah menjadikan beliau seperti yang kita lihat sekarang.

pengalaman sebegini memang patut dikongsi bersama anak-anak muda seperti saya agar saya akan meneruskan perjuangan menegakkan keadilan pada masa sekarang dan akan datang.

apabila tiba zaman saya pula, saya akan kongsi pengalaman saya pada hari ini dengan bakal anak cucu kita pada masa akan datang. begitulah kitaran hidup kita untuk berjang menegakkan keadilan di dunia ini.

Akaloid berkata...

INILAH SEJARAH!
APA-APA BENTUK PERJALANAN KEHIDUPAN YANG BERADA ATAS GARISAN MASA DI BELAKANG ADALAH SEJARAH!

ALANGKAH BAGUS JIKA HISHAMUDDIN RAIS SENDIRI DI ANGKAT MENJADI WAKIL RAKYAT SATU MASA NANTI. WALAUPUN TIDAK PERNAH MENDAFTAR MENGUNDI AKAN TETAPI FIKRAH YANG SAUDARA UTARAKAN CUKOP TELUS DAN BEBAS!

BUKANLAH MEMBODEK NAMANYA APABILA KITA MELIHAT SUSUK TUBUH SAPERTI INI MEMPERJUANGKAN HAK-HAK DI DALAM KOMUNITI! INILAH HARGA BAGI SEBUAH REVOLUSI!

SYABAS PAK LONG TT!

JIKA ADA PERPATAH SOHIH RIWAYAT SAUDARA MENGATAKAN

"BABI TIDAK BOLEH TERBANG, IKAN TILAPIA TIDAK MEMERLUKAN BASIKAL"

KAMI TOTAP BERDIRI SAMA-SAMA MELAWAN PENGKHIANAT DAN PEROGOL HAK RAKYAT MALAYSIA PALING CHAMPION IAITU

"UNITED MALAYS NATIONAL ORGANIZATION"

Tanpa Nama berkata...

Dah la kau CUCU !

Belajar kat LONDON tak kan masih tak boleh guna otak untuk berfikir...

Kalau orang kampung channel TV1 TV2 TV3 gua tak kisah punyer...

Tapi kalau yang terpelajar...baik korang bakar je degree korang...

Tanpa Nama berkata...

Zaid Ibrahim seorang Melayu jati yg steady !!

Hidup Zaid Ibrahim !!!


Aku-Cina

amir aiman akashah berkata...

masalahnya, mahasiswa sekarang dah x semegah mahasiswa dahulu. mahasiswa skrg byk yg tlibat dgn gejala sosial+hendonisme+etc. kepekaan mereka pd negara dan kepayahan org lain dah x dijawai lagi.

mahasiswa dulu hebat....bukan kuantiti dijadikan sandaran, tetapi kualiti yg dipersembahkan.

Tanpa Nama berkata...

kwn2 aku yg budak U skrg ni ade ape..
tw stdy buat asgnmnt,psl dunia xambk tw..kne kencing pn cye..kesian!

Sepukal berkata...

Kamehameha Expert 2010 April 19 15:30

asik2 SB je yg kumpul gambar kan. ko kasi scan lah gambar2 demo Baling tu! boleh kita semua kongsi!

Tanpa Nama berkata...

...Tapi saya ada soalan untuk kamu berdua. Jika parti kamu menang pilihanraya kecil kawasan itu, adakah kamu akan meneruskan projek pembinaan pusat kanak2 yang kamu umumkan?...

BAGAIMANA MENGELENTONG 201 – Kelas Hari Pertama

-average joe-
klakka-la.blogspot

batu bara berkata...

Isham.......

aku jugak teringat kembali seperti apa yg hang tulih ni.......
sejak dari ooperasi rotan kat UM dan UKM mas tu.......aku tidak pandang kebelakang lagi.....aku dah talak tiga ngan puak-puak grombolan

aku teringat ngan gambaq yg hang selit nie........gambaq masa kita buat huru hara dekat selangor club th 74 dulu......lepaih tu kita cuti sebulan....
hang lepaih cabut tah ke mana.....kami lepaih masuk rumah pasong kat jalan bandar...tau-tau dengaq cerita hang telepaih pi India.......kah kah kah

hang ada cucu dak lagi?? aku dah bekarang....kah kah kah

aku hari-hari mesti tangkap layan hang punya blog daaaa......kah kah kah

hang cerita pasai derih jusi...aku tekenang kat dia....mana tidak........dia laa yg suruh aku jadi benteng masa buat huru hara dulu tu depan bangunan sultan abdul samad.......bila brahim ali angkat stage saja masuk ke jln besaq.....jambul merah bakaq kemenyan teruih.......becempera pakat lari.......kah kah kah....

masa speaker corner kat MU tu....hang laa paling terer sekali........masa tu hang rajin pakai kasut kayu....baju seluaq hang tak bebasuh sampai bebulan........kah kah kah.......sosialis laa katakan.........kah kah kah....

hang jangan ambik hati isham....lama tak begurau ngan hang.....kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

TUGAS KITA SEKARANG UNTUK HANCURKAN UMNO.... TUMBANGKAN BN... SERUAN HALILINTAR KE PUTRAJAYA....

Tanpa Nama berkata...

ORANG YG PALING BAIK IALAH ORANG YG TELAH DIUJI AKAN KEIMANANNYA DAN TELAH BERJAYA DI DALAM UJIAN ITU. ZAID TLH BERJAYA DIUJI AKAN KEIMANANNYA DAN BERJAYA. SAYA YAKIN DIA AKAN DITERIMA DI HULU SELANGOR.

Tanpa Nama berkata...

waaaa xdepun bpak aku..hehe

Tanpa Nama berkata...

Mahasiswa sekarang tidak mengenal erti kesulitan dan kepayahan. Mereka ini kebanyakannya tak pernah pun rasa susah. Kalau ada pun hanya beberapa kerat shaja, tapi iman tak kuat. Tak sanggup ambil risiko macam mahasiswa dulu-dulu. Berbagai isu boleh diperjuangkan tapi hampehh. Cepat melatah dan senang diperkudakan...

Tanpa Nama berkata...

SALAM BRO.... SI ZAID NI SAYA SATU JE YANG TAK BERKENANG , APABILA DIA MEMFAILKAN KES KE MAHKAMAH UNTUK MENYAMAN KERAJAAN NEGERI KELANTAN PASAL ANEKMEN SYARIAH II (HUKUM HUDUD). BERAT JUGA LIBERALNYA ZAID...TAPI SEMUA MANUSIA BUAT SALAH DAN DAH MENGAKU SERTA BERTAUBAT .....BILA BUAT KENYATAAN MENYESAL - STATEMENT DALAM MALAYSIAKIN - SO SAYA COOL LAH SIKIT, TOK GURU PUN DAH OK....JADI JOMLAH PAKAT SOKONG ZAID TU.

Tanpa Nama berkata...

Aku tak pernah masuk u, tapi bila aku tengok gambar ni, bukan main bersemangat , sebab budak2 u zaman dulu dah macam bapak budak. Budak u zaman sekarang lemah lembut macam jaapar onn.

kah..kah..kah... jangan marah kat aku, sebab memang betul pun

ken berkata...

Bro...
dulu kau ada menulis didalam majalah 'Fantasi' dengan tajuk 'perjalanan 21 ribu' hari (kalau tak silap). Masih adakah karya itu? Sudahkah dibukukan. kalau ada tolong beritahu. Aku akan beli walau apa jua harganya.

Kisahnya adalah perjalanan hidup kau semasa di luar negara. e mail aku staepler@yahoo.com

cokera berkata...

boleh tak kita katakan.. anak muda malaysia sekarang dah kehilangan identiti?

Kucing Parsi berkata...

selamat berjaya zaid inrahim

visit

http://melodymockers.blogspot.com/

Pei Pan berkata...

http://peipan.blogspot.com/2010/02/with-people-hassan-karim-siti-nor-hamid.html

Cerita tentang Demonstrasi Baling dan Tasik Utara berserta gambar TT.

Tabik untuk TT!

Pei Pan berkata...

TT patut tulis autobiografi. Pasti ramai yang nak baca. Ken dan jadi peminat yang sudi beli walau berapa harganya.

Catatan yang ada dalam Pilihan Raya atau Pilihan Jalan Raya menarik - tentang kisah luar negara terutama untuk sorotan generasi muda macam saya.

jab sp berkata...

CUCU mengaku duduk dilondon.
pirahhhhhhhhhhhhh.
ulasan blog pun nak menyamar.jenis mangkok .
paling tidak pun cucu ni driver KJ

Tanpa Nama berkata...

sedey tengok gamba lama....ada muka member kat dalam, tu tengah tu yang ala afro tapi kini dia sudah lama tiada........

Tanpa Nama berkata...

Kita akan buat solat hajat ramai-ramai as show of support for Saudara Zaid.Mudah-mudahan dialah pembela bangsa Melayu/Muslim di Hulu Langat.Apa punya tur nak bagi kawasan Melayu kat orang luar?

Sapa pilih, bersedialah untuk kemusnahan!

Tanpa Nama berkata...

budak u dulu - berani turun berdemo utk membela rakyat

budak u skg - berani wat projek dlm keta dgn anak dara org

wakakakakaka

lan berkata...

cukup halus dan cantik!

milestone berkata...

Apa cerita UMNO/BN mau bising2

Tanpa Nama berkata...

Bro! semoga kisah ini terlipat dlm sejarah abg sham..bab ni aku pulak teringatkan kisah2 ku waktu dulu..
terimakasih kerna mengkongsikan kisah ini..semoga Dato Zaid menang prk hulu selangor..

Tanpa Nama berkata...

bukan...saya pun mahasiswa zaman sekarang...kami nih takdak ruang dan peluang sebesar dlu.... gerombolan matikan kami..satu hari sok aku akan jadi salah seorang mahasiswa yang perjuangkan benda nih! tunggu!!

poncoti berkata...

Marilah wahai Budak STAR
Tunjukkan semangat kita
Bersama berjuang merebut piala
Yang ada pada mereka

Kita main di padang depa
Tentukan kita juara
Biar depa semua yang merasa hampa
Kita jua yang gembira

Seranglah!!! Gempurlah!!!
Tunaikan janji kita
Kalahkan pasukan MCKK
Moga kita kan berjaya

Tanpa Nama berkata...

Perjuangan anda bersilam sudah, sukaduka adalah lumrah dalam anyaman kehidupan. Barangkali kalau boleh reverse anda pastinya menjadi lebih baik dari yang terbaik, Namun yang berlalu adalah arus zaman sekadar menyingkap irisan-irisan hati yang pernah terluka dan kecewa bahawa betapa bahangnya dalam menyatukan umat dalam sesebuah komuniti. Akhirnya yang kita lihat tetap jua satu kebathilan manusia yang meletakkan duniawi melebehi segala-galanya!!