Jumaat, 15 Januari 2010

ASAM ROM



BUKAN ASAM GRIK TAPI ASAM ROM



diluar ombak pantai - ertinya aku ditepi laut.

pagi tadi di jerantut. cisss hujan renyai dan gelap.
bantal keras. kepala aku sakit.udara sejuk sperti musim
daun luruh dibegium. cuaca yang paling tidak aku minati.

tanpa sarapan terus masuk ke dalam perut pekan. ke pasar tani
untuk melihat apa yang ada pasar. kecewa. di pasar chow kit
lebih banyak barang hutan yang akan di temui. aku mencari buah perah.gagal.

lalu membeli dua bungkusan asam rom - dua jenis yang berbeza. juga membeli
petai jeruk -untuk persediaan makan tengah hari.

dipasar tani aku mendapat kuliah percuma dari tuan warong nasi lemak yang mengajak aku makan asam rom jika aku tinggal sehari lagi di jerantut.
aku menolak dan berjanji akan datang lagi.

terus ke pasar besar mencari cari untuk melihat rupa bentuk ikan kenderak.gagal.
terlambat.hari ini hanya saekor yang sampai ke pasar. tiga kilo lebih dan telah diambil pelanggan.

tidak lumayan pasar jerantut. untuk foodie - melihat pasar adalah wajib.dari
pasar akan kita ketahui cara hidup - gaya hidup dan taraf hidup penduduk disekeliling. aku mengelilingi ratusan pasar - dari kota ke kota - dari benua india ke arab - dari pakistan ke iraq - dari sepanyol ke potugal - dari eropah timur ke eropah barat - melihat pasar adalah melihat tamadun manusia.

di pasar jerantut daging lembu bergantungan - hanya 16 ringgit sekilo
berbanding dg pasar chow kit - 22 ringgit sekilo dan masih tidak pasti
apakan ini lembu yanag telah dicuri ditepi jalan -
ini cara peniaga indon bikin duit -
bukan rasis tapi cerita saheh. di jelebu di kampong aku
telah berlaku beberapa kali kes lembu ditepi jalan dicuri.

dari pasar aku menuju ke restauran ikan kenderak - hanya ada dua tamu - aku antara yang terawal. lalu aku rapi satu persatu.

maka bertemulah aku dengan kenderak asam rom. tidak cukup dengan ini ada ikan termelian dengan tempoyak. seperti sepuluh tahun tidak makan aku mengambil ikan ikan ini. si pembantu - anak gadis cun berbaju t merah. dia memberitahu ikan itu dan ikan ini.

aku meninggalkan patin.aku meningalkan keli berlada.aku telah lama bercerai talak tujuh dengan keli. aku baru bercerai talak satu dengan patin.

aku sedang berbulan madu dengan kenderak dan termelian.

untuk yang belum menikamati kenderak - datanglah - ini untuk membuktikan kemelayuan. ini untuk membuktikan asal usul kita. ini masakan orang asli - dari hulu tembeling.
pedas. memang pedas.aku harapkan jika diturunkan suhu pedaskan mungkin ramai yang
akan lebih selesa. tetapi inilah caranya memakannya.
tapi aku memiliki keretek untuk melawan pedas.

kenderak sambal rom yang aku cari - aku jatuhkan ke tempat ke dua. Ikan termerlian tempoyak adalah yang aku nobatkan. datanglah seribu taufan ketika aku sedang menikmati termelian tempoyak - aku tidak akan lari.

lalu aku ke dapor. ada lagi - landak salai sedang diuli - rusa sudah habis.jelawat dan kelah tidak ada. aku seharusnya menalipon awal.

tuan empunya kedai pastilah seorang gadis cun dan bergetah 30 tahun dahulu. dia membuka deep freezer. lalu aku berkenalan dengan kenderak dan termerlian - cinta pandang pertama.

warga kota - kamu tidak tahu apa yang kamu makan.
tinggalkan kedai mamak
kencingkan macdodal dan kentucky fried fuck
masakan melayu wajib dinobatkan.
i
aku mengambil angka talipon tuan empunya kedai dan gadis cun berbaju t merah. bukan aku jatuh cinta.aku wajib berurusan lagi jika aku ingin menulis kedah ini dengan panjang lebar.

hujan telah kering - aku berangkat ke maran - menuju ke muazam - di persimpangan muazam berhenti minum kopi. bertemu dengan abang yang membesar di singapura.lalu dia bercerita tentang aziz satar dan romai nor yang tinggal tidak jauh dari kedai antik tempat dia memburuh.anak gadis nya cukup cun. jika umur aku dua puluhan akan aku hantar pinangan.

melintasi muazam yang paling membosankan.

sampai ke rompin aku ingin mencari udang galah. matahari telah tenggelam.ini bandar baru. aku paling tidak meminati kota yang baru didirikan. bayangkan pekan lama dari kayu yang klasik telah dikosongkan. yang diganti dengan pekan hodoh. aku meninggalkan pekan ini. bukan kerana raba raba bontot tetapi tidak mungkin aku selesa di pekan ini.

bila aku menulis ini - aku di mersing. jam telah 3.26 pagi. aku wajib terus membaca ibnu arabi untuk melayan tidur.ombak diluar mengelora. laut china selatan sedang mengganas.

lidah aku masih teringat dengan termerlian tempoyak di jerantit. (TT)




34 ulasan:

see me in you berkata...

bang hisham, singgah di batupahat, tegurlah saya.

AnakSemuaBangsa berkata...

hahaha...baru tukartiub tau penangan termerlian tempoyak, sampai kenderak sambal rom jatuh tempat kedua..hihihi
Pastikan cilinya secawan teh gelas besar utk mengulai termelian tempoyak.

Nota:ikan termerlian byk terdapat disungai phg dan sungai kuala tembeling.
spises ini boleh membesar sehingga sebesar tong gas yg beratnya 14 kg atau lebih.
rekod pemancing yg brjaya menaikkan termelian terberat dan besar dikuala tembeling dipegang oleh seorang perempuan,sedangkan ketika dia memancing itu ia sedang megandung.

Tanpa Nama berkata...

Woi!Woi!Woi!
--dari mentakap kegrik..jangan lupa singgah dimasjid!!!!!!teringat zaman 80an dulu!!Mengembara keliling s.malaysia!Waktu singgah dan tidoq dimasjid lama lumut!!tengah malam ada suara, bagi salam!kami pun cabutttt!!!!!!!tok guru kata jin islam datang sembahyang!!

amey ahmad berkata...

tuan, boleh kongsi tak angka telefon kedai yang tuan makan ikan kenderak tuu.. (saya berminat nak makan dan yang lebih penting, nak 'research' pasal ikan sungai Pahang!) terima kasih..

Tanpa Nama berkata...

Lu tertinggal satu la Tuan TT. Itu sambal hitam. Asam belimbing buluh rebus. Ada dua jenis. Satu digoreng terus dengan bilis dan lada api. Satu lagi di tumbuk mentah saja jadi sambal. Ini antara makanan original masyarakat Pahang dulu-dulu la. Di Jerantut memang biasa. Cuba Tuan TT tanya nanti di Rompin pula. Barangkali ada. Jangan lupa sambal ni kalau tulis buku nanti.

OP

Tanpa Nama berkata...

bro
mersing tu kampong gua
kalau dah sampai mersing lu pegi Sungai Muka Dua cari ikan parang masin dan keropok lekor
nak makan sedap pegi warung Mak Putih

Tanpa Nama berkata...

ceh....meleleh.....den...

Tanpa Nama berkata...

buat org lapar je dia ni...

Tanpa Nama berkata...

bila bc cite TT neh tingin plak wa backpack seluruh semenanjung..bila laa impian tu jd kenyataan

Fenrizian berkata...

fuh....aku asal lipis. kalau nak try masak tempoyak ummpppphh, aku tak teragak2 mempromosikan gulai tempoyak lipis!

dah cuba sambal 'tahi cicak'? hahahaha...juga dikenali sambal afrika/sambal hitam....pekena dengan lempeng nyor (kelapa)..terangkat!

2-3 bulan lepas, ada dua org krew filem dari Poland dan Australia, mencuba nasi goreng kampung real/sambal tahi cicak/sardin pedas dimakan dengan lempeng nyor dan cekodok....merah muka masing-masing! tapi tangan tak berhenti menjamah hidangan...hahahahahahah

Tanpa Nama berkata...

cerita ini sangat2 menarik. berulang-ulang kali tulisan ini dibaca. bro isham, bila nak tulis buku lagi?

Tanpa Nama berkata...

Udang galah Rompin kurang enak sebab air payau..

Tanpa Nama berkata...

Alamak sham! kau pergi jalan2 cari makan...tak ader ke citer yg kick? Jgn lupa singgah jumpa makcik felda tenggaroh dan nitar. kah kah kah!!!

Dengo citer kerpok dan ikang masing kat mersing murah dan sedap...Betul ker?

Aku...masih menunggu buku perjalanan yg terhormat kau...kah kah kah!!!

siber labukau

Ihya berkata...

Bg cam..ado maso datangla kodai den. Dzulhaqq cafè. Kodai paling buruk kek kg air mawang,johol. Nescaya den sajikan nasi goreng dzulhaqq bersamo ikan kombong robuih goreng,leluhur keluargo den. Sori,ikan kombong robuih ni bukan boli kek cino yg di robuih bulat2,cukup suci dan menyucikan hasil tangan bini den. Datang yo bang.. 0136677787.

Tanpa Nama berkata...

Bro..., tempat teman di Kuala Kangsor tuu.. tak penah dengor plak ikan termelian.... yg ada ikan temoleh...! Memang kou kalo masak tempoyak....

sudin

Budak Baik berkata...

Bang Isham,
Lain kali bagi sekali koordinat kedainyer... boleh save kat gps...
nak cari senang...

Tanpa Nama berkata...

Aku tidak mampu menjelajah baik dalam negara, apatah lagi keluar negara, namum penulisan bro sedikit sebanyak dapat menambah pengetahuan aku, time kasih, aku akan terus menjadi teman TT selagi aku berkudrat, untuk pengetahunan bro aku jugak pernah kehulu tembeling dengan menaiki sampan berkuasa injin perjalanan selama hampir 7 jam, aku memburu kancil dan napoh, malamnya dan aku menjala anak2 ikan kecil disungai tembeling, aku jugak pernah menjamah gulai rom bersama daging seladang salai, pengalaman 15 tahun yg lalu.

Kata orang disana Sultan Pahang asalnya dari hulu tembeling, dan kaum kerabatnya baginda masih ramai di hulu tembeling terutama dikampung Mat Darling, ini adalah cerita dari orang2 kampung disana semasa aku minum diwarong kopi ditepi sekolanh kebangsaaan Mat Darling.

Bigfish berkata...

Salam hari jumaat.
Selalu hari ni ramai orang ceria2 sebab dua tiga perkara.
Semoga team TT dan Abang Isham lbh sukses dan diberikan idea oleh Allah SWT lebih puitis lg utk berkarya.

cikgu khai berkata...

Saya orang jerantut. syabas tuan kerana dapat merasa makan asam rom. asam rom ada dibuat dari perah dan ada juga dibuat dpd biji getah. Rasanya sama sahaja. Ia amat sesuai untuk dimasak bersama ikan darat (ikan sungai). buat sambal pun sedap. Ditampal pada lesung batu dan dibakar/panggang. sedap. Kalau ke jerantut rasalah masakan asam rom. Byk lg masakan2 melayu yg unik di Jerantut..

Cetusan berkata...

rom???dekat Ku.Kurau ada tak??

Jorji berkata...

telan air liur!
nak kono cari ni.

Bukan Sepet berkata...

terima kasih sebab menyebabkan saya men'google'kan ikan kenderak, temelian, perah dan sambal rom.

haram tak tahu sebelum ni.
tak, saya bukan org pahang.
org melaka.

mamai berkata...

layan kenderak masak lemak cili api pun best bro

Tanpa Nama berkata...

bro ..gua paling suka ayat lu.. "aku meninggalkan pekan ini. bukan kerana raba raba bontot tetapi tidak mungkin aku selesa di pekan ini." haha.. gua rasa mmg lu xkan suka kalu sempak ngan mamat tu, sui 44 hari ..

Tanpa Nama berkata...

Jadi masih puas menggembara? Kalu puas dah dapat erti keujudan kita atau 'it still lead me back, to the LONG AND WINDING ROAD'
Asamke, petaike, kenarakke, tapaike, Allahke apakah semua itu boleh membawa kenikmatan hidup?

Tanpa Nama berkata...

Pusing keliling nampaknya pak cik nih! Misi apa kat pantai timur?

Patut le blog dah macam rumah kena tinggal dua hari nih!

Bila balik?

Tanpa Nama berkata...

Bro, Kenapa tak singgah temerloh? try masak lemak/tmpoyk macam2 ikan sungai. Kalau tanya org pahang yg tinggal tepi sungai, tomalian ikan klass 3, seangkatan kalui ngn tapah. Ikan jelawat, kelah, patin muncung (bukan patin sangkar) belida, gohok antara ikan yg dduk rangking lebih tinggi.
Ada satu kedai yg sediakan ikan sungai di jalan temerloh - maran. tapi harga 'masyaallah'. Tp takpe, bro bleh call Amiroslan..segalanya beres!. Satu lagi bro, kalau bro tulis ttg makanan, cuba sentuh2 skit ttg kueh tradisi org pahang. Ada macam2 jenis. Tp percaya la bro, sebahagian kueh tu dah pupus mcm kueh 'hati pari' yg dibuat dr jagung kampung (org kl pangil kueh puding jagung) tp rasanya sepuluh kali ganda lebih sedap dr puding jgung yg dibuat dr tepung jagung atau jgung dlm tin yg jual merata2 kt kl ni.
Ada satu menarik ttg kueh tradisi org pahang, iaitu susah nk jumpa rasa yang original...yg dijual kebanyakannya dh x original, sama ada cara masak atau bahan digunakan. tapi kalau masuk kampung skit, masih boleh jumpa, biasanya dijual oleh org2 tua (wan) di pekan sehari. Budak2 muda dah tak pandai nak buat, malas belajar dari tok nenek, dia org lebih suka buat biskut2 moden atau kek.
Dan satu fakta tidak boleh dinafikan, Chenor (kampug gua la tu) masih ada kueh2 pahang yang asli..dodul kukus, kepena, koleh kacang dan lain2.

Jimbit berkata...

shial lah lu org tua!! macam mana lu boleh merayakan kehidupan lu dgn macam tu sekali?? lu bikin gua pannaasssss je lah orang tua. gua nangis nangis baca lu punya perjalanan ni. bro, gua nak follow lu lah bro, bukan nak main bontot lu, gua pun nak merayakan kehidupan jugak lah cibai!!

Tanpa Nama berkata...

Ceh! Membuta lagi la ni.

Blog pun tak update

Kenyang melantak asam rom kenerak ke?

Bangon la woii!

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o berkata...

akum
tukar tiub
bagus cerita makan ni
ada sifat asli melayunya
aku di runtun rindu dulu , baru tiga bulan di us

hafiz zainuddin berkata...

Ha! Bro. Kalau masuk pasir puteh. Dkt selising ada kedai 'pelaye' gewe chomey2. Pekena sup belut masa hujan meletop!

Tanpa Nama berkata...

woi jimbit.....
respek bro kita ni.
apa nak jelez... lu backpack... round belakang mati je ..

Tanpa Nama berkata...

Cerita saja, takdak gambaq lauk.. ni yg nak marah nei!!!

ha ha ha berkata...

Bro Isham..ha ha ha ha..

Takniah kerana memgoogle ikan kenderak...pasal ikan ini kalau makan pancing macam kena rok (Rok tu macam reba/ranting kayu mati)

Patut Bro Isham kena cuba Buah Kepayang dan Buah Perah rebus baru syok...Kat Malaysia nih tak akan jumpa buah kepayang rebus..best

Wassalammmmmmm