Nurul Izzah Aidilfitri

selangorku 1

.

Isnin, 8 Mac 2010

SENIMAN BERGENRE BODEK



ARAH BUDAYA SENIMAN KITA


Kita sering terbaca berita yang mengatakan warga dalam negara kita ini kurang membaca. Dari kajian dan pukul rata seorang warga Malaysia dikatakan hanya membaca dua muka surat sahaja untuk satu tahun. Berbanding dengan 40 ke 50 buah buku untuk seorang warga Sweden atau Finland.

Hasilnya buku buku yang dicetak tidak terjual. Penulis kita agak susah untuk mencari makan. Budaya buku dan budaya ilmu tidak berkembang. Warga dalam negara kita ini tidak ambil pot tentang buku dan tulisan. Jauh sekali mereka hendak merapati buka sastera, buku falsafah atau buku budaya, pamiran lukisan, pementasan sandiwara atau teater.

Megapa ini berlaku? Apakah warga Malaysia ini – terutama manusia Melayu - amat culas dalam hal baca membaca dan berbudaya? Apakah manusia Melayu ini tidak ada keingian untuk tahu apa yang sedang berlaku di alam sekelilingnya. Atau apakah manusia Melayu ini telah menjadi bagitu mandul sehinggakan dia tidak dapat lagi melihat apa yang sedang berlaku terhadap keluarga, anak dan dirinya sendiri.

Memang betul pada ketika ini proses pembodohan orang-orang Melayu sedang berjalan dengan ligat. Proses ini tidak akan berjaya jika para seniman , para penulis dan para sasaterawan Melayu bangun dan menentang dan melawan proses pembodohan ini.

Disini peranan penulis/seniman/sasterawan cukup penting dalam memperkasa kembali fikrah yang selama ini telah diperbodohkan melalui budaya yang disebar luas oleh United Malays National Organisation.

Selama lebih dari 50 tahun hegemoni budaya United Malays National Organistaion telah melakar dan mengkonstruk cara warga Malaysia terutama manusia Melayu berfikir dan bergerak. Dengan bantuan lembaga - seperti lembaga feudal, lembaga keagamaan, lembaga tradisional Melayu – United Malays National Organisation telah berjaya memagar dan mengikat cara manusia Melayu befikir dan bergerak.

Apabila kita terbaca berita yang mengatakan kita semua ini kurang membaca maka kita menerima hakikat ini tanpa kita berfikir panjang atau menimbulkan pelbagai persoalan. Sikap ini adalah sikap yang salah. Inilah sikap hasil dari hegemoni budaya United Malays National Organisation. Budaya ini memalaskan kita untuk berfikit. Seharusnya - kita menimbulkan persoalan demi persoalan ke atas kenyataan tadi.

Kenapa agaknya manusia Melayu tidak suka membaca ?

Jika manusia Melayu tidak mahu atau tidak suka membaca buku maka mari kita selidiki apa sebenarnya isi buku itu. Jika manusia Melayu tidak ingin membaca sebuah nobel maka mari kita selidiki apa yang cuba dipaparkan oleh si penulis dalam didalam nobel itu. Jika manusia Melayu gagal untuk menghayati sebuah puisi – maka mari kita lihat dan selidiki apa isinya pusi itu. Jika mansia Melayu tidak menghayati sebuah lukisan maka mari kita selami apa dia yang telah dilukis.

Selama lebih dari 20 tahun ini – buku-buku dari tulisan sasterawan kita, buku-buku yang cuba membawa hal ehwal semasa , buku buku yang dikatakan cuba membuka mata dan hati warga Malaysia – kebanyakan bergenre bodek. Puisi, teater dan sandiwara yang dipentaskan ke hadapan penonton banyak juga yang membawa unsur-unsur budaya bodek. Budaya bodek ini telah menjadi salah satu ciri yang amat penting dalam proses pembodohan manusia Melayu.

Cara untuk memahami budaya bodek ini berkembang dan bergerak cukup senang. Contohnya, ketika di zaman Islam Hadari dahulu banyak buku yang ditulis tentang Islam Hadari. Banyak seminar-seminar akdemik dianjurkan tentang Islam Hadari. Ada tetaer dipentaskan tentang Islam Hadari. Ada kajian-kajian di jalankan tentang Islam Hadari. Ada lagu, ada puisi, ada musik, ada pamiran lukisan tentang Islam Hadari.

Seorang penulis puisi yang bercita cita ingin melihat puisinya diterbitkan dalam akhbar tidak dapat tidak akan melakar Islam Hadari sebagai tema puisinya. Seorang pensyarah yang ingin membuat kajian ilmiah pasti akan membuat kajian tentang Islam Hadari. Ini untuk memastiikan kajian ini akan diluluskan oleh universiti dan akan mendapat dana. Di sekolah pula akan ada pertandingan menulis karangan dan essei tentang Islam Hadari. Akan diadakan pertanding berbahas atau berbalas pantun tentang Islam Hadari.

Sebuah pereka desin papan tanda juga akan meletakan logo Islam Hadari - agar logo ini akan mendapat kelulusan pihak yang berkuasa sebelum di sebarkan ditepi tepi jalan. Iklan-iklan di akhbar, radio atau tv juga akan menayangkan Islam Hadari. Drama tv juga mula berkisar dengan Islam Hadari.

Apabila pencadang Islam Hadari ini tidak ada kuasa lagi maka semua beralih kepada satu Malaysia. Proses yang sama akan berulang lagi. Proses membodek tetap berlaku. Justeru inilah caranya hegemoni budaya bodek bergerak dan menyerapi jauh ke dalam masyarakat kita.

Sebenarnya orang ramai tahu – semua yang terpampang ini adalah bodek. Malah si penulis , si penyaer, si pengkaji, si pembuat teater, si pembuat lagu, si pereka – semua tahu – apa yang mereka buat adalah membodek orang yang berkuasa pada ketika itu. Justeru kerja bodek mereka tidak membawa apa-apa yang menakjubkan.

Kerja kerja bodek – tidak menarik. Kerja kerja seni bodek tidak akan membuka pandangan orang ramai. Tulisan-tulisan bodek tidakkan mengancam untuk mengelodakkan fikrah yang beku. Kerja kerja seni membodek tidak akan mengusik jiwa. Nobel-nobel, cerpen-cerpen, puisi-puisi yang muncul hasil dari peraduan membodek tidak akan ada sesiapa yang akan membeli atau membacanya. Malah jika buku buku bodek ini ini di beri percuma besar kemungkinan buku ini akan menjadi penyelak pintu atau pengalas cerek panas. Inilah hakikatnya hasil kerja seni bodek.

Justeru kita tidak boleh menyalahkan manusia Melayu sebagai manusia yang malas membaca. Mereka malas membaca buku buku yang tidak ada kaitan dengan kehidupan mereka. Mereka culas membaca kerana mereka merasakan buku-buku ini tidak memberikan apa apa manafaat kepada kehidupan mereka.

Bayangkan jika buku-buku atau kerja kerja seni ini ada berkaitan – ada hubungan dengan kehidupan mereka - pasti manusia Melayu ini akan berhenti, melihat dan cuba mendengar apa yang cuba disampaikan oleh buku buku ini. Jika sebuah puisi ini indah dan ada hubungan dengan perjuangan kehidupan manusia Melayu – pasti puisi ini akan dihayati.

Apa yang diinginkan oleh warga Malaysia khasnya manusia Melayu hari ini adalah buku-buku dan kerja-kerja seni yang temanya memaparkan perlawanan. Buku-buku yang mengajukan tema perlawan terhadap penindasan. Perlawaan ini adalah perlawanan manusia Melayu yang tertindas dalam kehidupan harian mereka. Kehidupan harian yang mereka lalui dan alami. Justeru dengan sendirinya mereka akan dapat memahami dan menghayatinya kerja seni ini. Bukan buku buku yang berkhayal tentang kehidupan orang-orang kaya yang tidak ada talian dengan manjoriti manusia Melayu.

Puisi-puisi yang mengajukan tema penentangan terhadap kezaliman. Atau lagu lagu yang menggerakkan nadi dan jiwa mereka untuk bangun melawan. Atau shaer dan sajak yang melakar kehidupan mereka yang saban hari bertempuran dengan kezaliman dan penindasan. Jika tema ini yang digarap oleh para seniman pasti kerja seni mereka merebak luas.

Contoh terbaik – hari ini - tema besar yang sedang terpampang dalam dunia Melayu hari ini ialah konspirasi untuk menjatuhkan Anwar Ibrahim. Inilah tema besar yang tidak mungkin dapat disorok-sorok. Tema ini sedang menunggu penulis, penyaer, pemusik, pelukis – untuk digarap seseni mungkin.

Jika para penulis/ seniman/saterawan/pelukis/ pengiat teater gagal untuk melihat tema yang besar ini maka jangan marah kepada manusia Melayu. Jangan marah apabila buku tidak ada orang beli. Jangan marah apabila lagu tidak ada sesiapa mendengar. Jangan kecewa apabila pamiran lukisan hanya dilihat sebagai pamiran syiok sendiri. Jangan marah jika tak ada sesiapa ambil pot terhadap buku puisi bodek yang tidak ada siapa ingin membeli.

Hakikatnya manusia Melayu hari ini mahu mendengar bunyi dan suara laungan perjuangan. Manusia Melayu mahu mendengar pekikkan perlawanan. Manusia Melayu telah jelak dengan pusi bodek dan cinta. Manusia Melayu telah jelak dengan irama ampu dan cium tangan. Seniman yang melakar dan menggarap tema perjuangan adalah seniman yang akan dinobatkan oleh manusia Melayu. TT

nota:
boleh diambil untuk
membuat kebaikan





39 ulasan:

ahmad berkata...

thanks sham.
mmg berguna utk dibuat kebaikan : )

Khun Pana aka johanssm berkata...

Susah jugak....Buku yang saya nak bacha dah kena banned.
Buku yang saya nak beli tidak diluluskan oleh KDN.
Beli buku Kartun terbitan warga Malaysia lagi susah..dah di rampas pulak.

Tanpa Nama berkata...

panjang nyee..malas melayu sorang nie nak baca sampai abis...

Datuk B berkata...

HAKIKATNYA MANUSIA MELAYU TELAH MELUAT DAN AMAT BENCI DENGAN 'PEJUANG TIPU MELAYU'

http://umnogoyangtelor.blogspot.com

kah kah kah kah...kah kah kah..kah kah

Tanpa Nama berkata...

Apa yang dikatakan oleh TT itu ada kebenarannya. Bukan setakat kegiatan seni teater dan penulisan juga perlu mendapat kelulusan kerajaan. Lebih parah lagi kita lihat industri seni negara. Filem2 yang mengandungi unsur2 anti kerajaan pun akan di ban.Lagu yang menyedarkan rakyat tentang kebobrokan kerajaan juga akan diban. Artis2 tersebut juga akan diban oleh penyiar2 bodek di malaysia. Pengarah dan penerbit hanya boleh buat filem cerita2 hantu je.Jangan harap nak tengok filem tentang rasuah, Keganasan polis,konspirasi kerajaan. sebabnya mereka rasa diri mereka terpalit dengan cerita sedemikian. Kita lihat hari ini, dimana letaknya filem kita jika dibandingkan dengan filem dari thailand, indonesia dan filiphina.Lepas tu salahkan melayu sbb tak pergi panggung tengok filem2 melayu. siapa nak tengok filem yang tak membuatkan orang berfikir?. Kita banyar nak pergi panggung. Bukan free pun.

Tanpa Nama berkata...

Proses Membinatangkan politik
Orang melayu.Unsur lucah di
dahulukan:


__
_U o\--
/ ___/
/ /
/ /\\ ___
\_/ /-\\-U o\__
| / __ ____/
| /| / ||
____| |_| |___||____


-pernahkeluardaripukimak-
tetapi bukan puki mamak!

Lang berkata...

bodek membodek amalan mulia
bodek membodek menjulang nama
bodek membodek sanjung ketua
bodek membodek satu budaya

bodek membodek bawa bahagia
bodek membodek mudah kerjanya
bodek membodek semua gembira
bodek membodek mengaut harta

kau tak bodek kau jadi rugi
kau tak bodek kau sakit hati
kau tak bodek pitih tak mari
kau tak bodek kau dibenci

ku bodek sana, ku bodek sini
mulu kau ternganga, aku senyum nampak gigi

abhr berkata...

"Contoh terbaik – hari ini - tema besar yang sedang terpampang dalam dunia Melayu hari ini ialah konspirasi untuk menjatuhkan Anwar Ibrahim".

kalau boleh mintak tt jadi orang pertama menggarap melalui tulisan atau filem..yg bertaraf antarabangsa..rasa2nya peminat tt takda masalah nak hulur sen..

Cikgu Ibrahim berkata...

Saudara TT,

izinkan saya memaparkan tulisan saudara di blog saya. Blog yang tidak suka membodek.

shahmetal berkata...

Aku boleh setuju pendapat kau banyak karya sekarang bergenre bodek. Tapi budaya tak mahu membaca orang Melayu ni memang sikap orang kita sendiri, tak ada kene mengene dengan isi bacaan tu. Banyka lagi bacaan kita boleh baca. Tak suka bahan UMNO, cari je karya2 luar negara. Itu pon orang kita malas. Jadi tak perlulah nak kaitkan semua benda dengan keburukan kerajaan. Ada betulnya, tapi kadang2 takde kene mengene pon apa kau cuba kaitkan tu.

Kau rasa, berapa ramai yang baca teks ko yang pnjang lebar ni smpai habis, banding dengan baca tulisan ko yang pendek2, yg byk mencarut?

Piker2kan ye

Tanpa Nama berkata...

Aku rasa kalau kita nak marah, lebih baik kita tulis UMNO Baru bukan UMNO sebab UMNO asal dah diharamkan tahun 1987 dulu. Ramai penyokong UMNO Baru masih merasakan parti kurap yang dorg sokong tu UMNO asal. Perjuangan kedua-duanya berbeza. Perjuangan UMNO Baru untuk kuasa, wang dan betina sahaja.

Johan 23.01.84 berkata...

kepada enche shahmetal 2010 Mac 8 08:24,

yg menjadikan org malas,bodoh dan bonsai sape lg klu bukan Umno..takkan la ko nk ckp Melayu dilahirkan malas?? woit,jgn jd bebal..

benda simple mcm ni pun tak leh fkr dan kaitkan ,nmpak sgt ko pun termasuk dalam golongan yg malas dan bonsai..kahkahkah..

Tanpa Nama berkata...

Salam bro.

Pada pandangan saya, rakyat Malaysia bukan tak suka membaca tetapi oleh kerana mereka telah disibukkan dengan kerja, kerja dan kerja, mereka sudah takda masa untuk menelek buku-buku atau tulisan.Masa kita tidak disekat untuk bekerja sampai bila selagi terdaya. Di negara maju eg Australia perniagaan dibenarkan hingga pukul 5pm.

Hidup di Malaysia bukannya senang, siang malam asyik berfikir macamana nak tambahkan pendapatan, macamana nak sara keluarga dan etc.

Adakah kita boleh senang hati untuk duduk-duduk membaca? So, kesimpulannya, banyak kekangan untuk rakyat Malaysia membaca.

shahmetal berkata...

@Johan 23.01.84:

Aku rasa lagi baik jadi orang berfikir dari jadi orang yang hidup menyalahkan orang lain.

Kalau dah bodoh, belajar sampai pandai, bukan salahkan orang lain sebab ko bodoh. Ko lah si tukang kebun yang salahkan air tak datang siram tanaman sampai naik kering.

Ko belajar tinggi mana? Kalau sampai universiti, ada tengok perangai kawan2 melayu kau?? diajak study, konfirm diperlekehkan. Ke ko smpai spm je? kalau ko belajar tinggi2 pon, dari komen2 ko sure ko belajar main2, time free ko merempit. gagal periksa salahkan mak bapak tak bagi duit. salahkan biasiswa tak ada.

bodoh dan malas. itu kau. harap generasi selepas ko melayu akan maju dan tak mudah diprovoke macm ko yg mulut merapu, tp dalam tin kosong, ilmu pon tak boleh pakai.

bearing85 berkata...

aku pn baca gk tulisan ko ni sham tp bukan sume aku setuju..bukan sume org beb suka baca buku politik..cm aku biasanya suka beli buku sirah kenabian atau citer best yg bukan fiksyen..dan setakat aku tahu statistik awal jumlah org kita mmbaca buku tu telah pn disangkal oleh bbrapa penerbit buku lain klu tak salah macam PTS publication..ko pn tak kurang cm agen UMNO yg len suka buat serangn peribadi dan suka buat assumption(andaian)..kamon la beb..intelek la skit bila mnulis tu..

bearing85 berkata...

aku pn baca gk tulisan ko ni sham tp bukan sume aku setuju..bukan sume org beb suka baca buku politik..cm aku biasanya suka beli buku sirah kenabian atau citer best yg bukan fiksyen..dan setakat aku tahu statistik awal jumlah org kita mmbaca buku tu telah pn disangkal oleh bbrapa penerbit buku lain klu tak salah macam PTS publication..ko pn tak kurang cm agen UMNO yg len suka buat serangn peribadi dan suka buat assumption(andaian)..kamon la beb..intelek la skit bila mnulis tu..

as sahar berkata...

bro isham..aku minta izin copy n paste untuk lampiran dalam ruangan aku. trima kasih.

Tanpa Nama berkata...

Ku mencari di manakah SUKJ..blog dia sudah padam..
Aku rasa dia tak dapat bayaran daripada KJ..

bearing85 berkata...

aku pn baca gk tulisan ko ni sham tp bukan sume aku setuju..bukan sume org beb suka baca buku politik..cm aku biasanya suka beli buku sirah kenabian atau citer best yg bukan fiksyen..dan setakat aku tahu statistik awal jumlah org kita mmbaca buku tu telah pn disangkal oleh bbrapa penerbit buku lain klu tak salah macam PTS publication..ko pn tak kurang cm agen UMNO yg len suka buat serangn peribadi dan suka buat assumption(andaian)..kamon la beb..intelek la skit bila mnulis tu..

anti umno berkata...

biarkan lah 'shahmetal' tu...dia pun produk bodek umno gak tu...

rakyat mesia ni (tk kira bangsa) boleh dikatakan kuat sabar dan taat pada pemerintah..Apa saja tema pemimpin laungkan,itulah yg kita ikutkan..umpama anjing mengejar tulang yg dibaling tuannya..

Dasar pandang ketimur..buatkan kita bekeja mcm robot siang malam 24jam mengejar duit..kononnya mengikut budaya jepun yg rajin bekerja..last2 kita pening,taraf sosial becelaru!

mcm2 dasar yg kerajaan umno ciplak utk kita kejar...sehingga hari ini,kita masih kebingungan...yg berdiri gagah hanyalah pemimpin2 umno yg kekenyangan...

Sivakumar berkata...

Inilah tulisan blog yg baik.

Ada isi.

Bukan macam blog pro-UMNO.

Semua nak menipu nak memfitnah.

Tak bincang pasal benda yang mendalam dan memanfaatkan.

Inilah kelebihan blog-blog anti-UMNO -- bebas dari belenggu fikiran sempit dan zalim dan mampu mendidik berdasarkan prinsip dan nilai murni.

Kalau boleh, bagi mereka-mereka yang ada blog, pilihlah topik kegemaran, tulis la jugak sesuatu yg boleh mencerahkan minda.

Luaskan skit trend menulis yg memanfaatkan.

shahmetal berkata...

@anti umno:

asal tak setuju dengan TT je produk UMNO. minda awk ni yg sebenarnya dah dibasuh.

kalau kau pon menerima je tulisan dia ni tanpa berfikir, ape beza dengan penyataan ko tadi tu?

kamon la budak2 pon tau dalam dunia ni ada macam2 jenis bacaan bukannya syair bodek je. takkan buku matematik algebra pongenre bodek?

Tanpa Nama berkata...

Mana nak cari buku hasil tulisan Barry Wain?

Tanpa Nama berkata...

bro sham,

aku baru sedar selama ni aku baca buku-buku tulisan merapu, penipu dan tukang ampu. aku hampir-hampir jadi seperti mereka yang menipu, merapu dan mengampu. thanks bro, kerana sedarkan aku. aku akan buat yang lebih baik selepas ini untuk menyedarkan umat melayu yang terus-terusan ditipu...

Johan 23.01.84 berkata...

kpd enche shahmetal:

marah nmpak..kahkahkah..

kalau mcm tu nape rmai sgt melayu yg bodoh termasuk ko?memang betul,ramai yg belajar tinggi2 tapi pemikiran masih bodoh mcm ko..apa dan siapa yang menyuburkan budaya pembodohan? takde sape akan dilahirkan bodoh atau gagal mengembangkan akal tanpa ada sebab atau dlm kata lain ada benda yg menimbulkn hal ni..ape yg menyebabkan ni?ada ko fikir nape sume ni berlaku?..

Apollo 2020 berkata...

korg tgk la mcm mane isi kandungan buku2 teks di sekolah. ntah ape2 ntah die punye gambarajah. grafik janaan komputer pon xde. mcm buku teks kampong.

aku ade banyak beli ensiklopedia sains yg mane xde satu pon made in malaysia. buku2 yg dihasilkn oleh luar negara memang berkualiti dan padat dgn maklumat, gambarajah janaan komputer, keratan rentas yg terperinci, kronograf dll.

ade 4 jenis golongan manusia:
- tahu apa yg dia tahu.
- tahu apa yg dia tak tahu.
- tak tahu apa yg dia tahu.
- tak tahu apa yg dia tak tahu.

org melayu kebanyakkannya adalah dari golongan 3 & 4.

universiti di malaysia nie macam pundek. suruh budak2 menghafal. belajar menconteng kertas, buat kira2, salin nota, tapi kurang practical.

ape saje yg diajar di universiti mestilah di'applied' oleh para pelajar agar pelajar2 faham.

sistem pendidikan malaysia lebih menekankan menjawab soalan peperiksaan berbanding pemahaman tentang sesuatu disiplin ilmu.

sbb tu mahasiswa kita xde permintaan sbb kurangnya kualiti pengetahuan mereka. apa yg diajar di universiti bukanlah 'real knowledges' sbb lebih menekankan soal menjawab peperiksaan (menghafal nota).

org zaman sekarg masuk u sbb nak kejar title tanpa mengambil kira soal kualiti pengetahuan yg bakal dijana. berape ramai budak ijazah kejuruteraan yg kuar u tp enjin kereta kontrol pon xleh buat.

kalo sistem pendidikan malaysia bagos sangat, kita dah leh buat enjin kereta setaraf BMW. leh menguasai teknologi nuklear, leh buat kapal selam, jet, kereta kebal, roket apollo ke bulan, dan mcm2 lagi.

sape yg x puas hati ngan komen aku sila bagitau, teknologi apa yg menjadi simbol malaysia di mata dunia? aku rasa xde lg.

CYC berkata...

Seniman P Ramlee dipilih salah satu daripada 25 artis yang paling berpengaruh di rantau Asia. Pemilihan ini dianjurkan olih CNNGO.

P Ramlee bukan seniman bodek. Saya Cina yang suka menonton filem P Ramlee. dunia seni tiada batasan agama, bangsa dan negara.

puteh berkata...

ada org kata xsuka membaca xda kena mengena dgn isi bacaan.kalau isi xmenarik asyik membodek benda sama diulang2 sapa nak baca.pas tu salahkan bangsa sendiri malas membaca.....kerajaan cuma nak dgr yg puji2 yg bodek2 jadinya tinggallah karya mcm'gombal'.sapa nak baca karya2 'gombal'.sapa kata ini xda kaitan dgn kerajaan.

aku antara org yg malas baca tulisan pak TT yg pjg lebar ni...xmenarik langsong!tapi kerana aku tertarik dgn isi ulasan shahmetal&Johan makanya aku menukar kemalasan aku membaca tulisan pak TT yg pjg lebar ni sampai habis!

Jadi...sapa bilang isi & bahan karya xda kena mengena dgn xsuka membaca.....

Tanpa Nama berkata...

Hoi, nak tahu kenapa org bodek!

Hoi, org bodek memang pandai!

Hoi, hanya pandai bodek!

Hoi, org bodek sebenarnya knowledge zero!

Hoi, org bodek mmg ada kat mana2!

Hoi, org bodek boleh jadi lebih kaya dari org yg dibodek!

Hoi, org bodek makan keliling!

Hoi, peon bodek kerani!

Hoi, kerani bodek eksekutif!

Hoi, eksekutif bodek penolong pengurus!

Hoi, dan seterusnya!

Hoi, jangan peon boleh bodek terus pada GM!

Hoi, bodek nak kaya!

Hoi, bodek nak kedudukan!

Hoi, kalu bodek nak knowledge gua respek!

Hoi, sapa yg tak tahu nak bodek jangan jeles!

Hoi, pergi belajar bodek!

Hoi, bodek utk kebaikan!

Hoi TT, aku bodek bos aku!

Hoi TT, aku bodek nak cari ilmu!

Hoi TT, ilmu main lama!

Hoi TT, bodek ini dibolehkan!

Hoi, bodek meramaikan umat!

Tanpa Nama berkata...

kalau tulis/buat karya-karya seni berkenaan anwar ibrahim itu bukan bodek ke namanya sama juga dengan tulis/buat berkenaan najib, pak lah. mahathir dan seumpamanya. budaya membonsaikan fikrah ni bukan 2,3 tahun prosesnya, pasti lama, termasuklah masa anuar ibrahim dalam gerombolan dulu, dia dengan agenda renaissance dia pula masa tu. karyawan seni tidak memihak, ia benar atau salah, baik atau buruk, penindasan memang salah tidak kira kepada siapa,maka harus lawan, batil adalah batil, hak adalah hak.bukan juga untuk syurga atau neraka.

Tanpa Nama berkata...

kepada Apollo 2020..

aku nk tanya ko ape tujuan universiti diwujudkan? ko ckp seolah2 u ni tempat nk blaja kemahiran teknikal.. klu ko nk blaja teknikal ko masukla institut latihan teknikal spt IKM, ILP, GIAT mara, IKBN dll.. dorang memang pakar bab2 teknikal ni.. temasukla nk buat engin kreta control mcm ko ckp..
bg aku u bkn tmpt nk hasilkan pekerja berkemahiran.. u adelah tmpt utk memperkembangkan ilmu pengetahuan.. sbb itu semua u berlumba2 menghasilkan penyelidikan.. supaya ilmu dpt dikembangkan.. bg menghasilkan teori dan ilmu2 baru.. begitu jg dgn teknologi2 baru.. bnyk dihasilkan oleh saintis2 di u.. kemahiran hanya bersifat sementara.. kerana teknologi sentiasa berkembang.. jadi kemahiran perlu selari dgn perkembangan teknologi.. u bkn tmpt utk lahirkan pekerja industri.. itu tanggungjawab industri sendiri utk lahirkan pekerja berkemahiran.. dan tanggungjawab kementerian sumber manusia.. sbb itu bnyk latihan2 kemahiran diberikan kepada graduan.. jd jgn salahkan pihak u kalau graduan tidak berkemahiran..
sistem ipta di negara kita sama shj spt sistem ipt di negara2 maju dan negara2 lain di dunia ini spt uk, us dll.. itu sbb klu kita blaja di luar negara silibusnya ttp sama.. jd adalah salah klu ko nk memperlekehkan u di negara kita.. sbb klu ko blaja kt negara lainpn same shj.. bnyk teknologi2 dan penemuan2 sains yg terkini telah dihasilkan oleh saintis2 negara kita.. cuma tidak bnyk pihak lain ataupun industri2 yg nk komersilkan.. lihat shj nano teknologi.. tak bnyk industri yg nk komersilkan.. sedangkan kajian saintis2 di u skrang telah menjangkaui nano teknologi.. cuba tanya saintis2 di u skang, adakah nano teknologi tu teknologi yg terbaru? jd u adalah tempat utk memperkembangkan ilmu pengetahuan agar rakyat negara ini tidak ketinggalan dari segi ilmu pengetahuan berbanding kemajuan ilmu negara lain.. jd jgn salahkan pihak u dan graduan2 kita kalau negara kita masih menggunakan teknologi negara lain.. salahkan industri.. sbb industri di negara kita ni menggunakan teknologi luar.. sbb kebanyakan kilang2 ni negara kita ni adalah kilang2 multinasional.. negara lain punye.. sainstis2 negara kita mampu utk menghasilkan teknologi2 terkini.. tepuk dada tanya kerajaan.. mampukah dan sanggupkah kerajaan mengeluarkan modal yg besar utk menghasilkan teknologi sendiri.. lihat shj proton.. proton mampu utk hasilkan teknologi sendiri.. boleh dibanggakan.. tapi adakah proton mampu utk bersaing dgn syrkt2 besar yg mempunyai modal yg lebih besar.. fikir2kanlah.. rakyat kita ramai yg cerdik pandai.. berpengetahuan dan berkemahiran tinggi.. maju atau tidak negara kita bergantung bergantung kpd kerajaan yg menguruskan ekonomi.. sbb kerajaan yg mengurus dan mengagihkan kekayaan negara ini..

Tanpa Nama berkata...

Encik Sah, Mental Tak Betul, Tu!

Kita memang malas membaca mahupun mengarang.

Cara mudah menyuruh kita membaca dan mengarang adalah dengan mengadakan peraduan menulis surat bodek kepada ketua kampong kita.

Buktinya, budak sekolah sekarang makin rajin membaca dan menulis bila ketua kampong kita meminta budak-budak bawah umur belajar meniru surat emak bapak mereka!

Tanpa Nama berkata...

Biasa la bang

kalu tak bodek, poket kosong
kalu kurang bodek tak dapat tansri
kalu tak cukup bodek pangkat kecik

kalu bodek kuat kipas kuat
pencen dapat tun

contohnya,
tun matmetal

mat metal tu AJK amno cawangan mana
mesti banyak dapat projek tu
rumah mesti banglo kat kg tunku
bini misti ceo TNB
naik misti merc S320 versi 2010

poraaaah kahak tuii!

Tanpa Nama berkata...

Tak bodek mana nak kayo!
Sebab tu menteri amno kayo rayo!

Kalau aku banyak duit
aku nak buka International Bodek Institut of Malaysia (IBIM)
banyak amno nak masuk belaja

Tanpa Nama berkata...

aq dh jupe dn e2 mugkink rezki aq tuk bersemuka dengan pejuang n antara pelopor umno asal y beliau d ahulunya adalah askar british(adalah pilihan untuk hidup) tp lama dduk dalam hutan dn bercmpur gaul bersama komunis y terdiri dari pelbagai bagse die tlah ap sebagai komunis oleh org kpg dn sekitar kawasan...berjalan meredah hutan...berbekal serbuk kopi bergaul gula utk dikemam...dia mula bercrita dan bermula dengan : aq sdh terbiasa smacam aq hidup bagai komunis melayu...aq hidup bagai perjuang bangse n tanah air...aq dh terbiasa bergaul dengan mereka...aq lupa sudah aq dulunya seorang tali barut british..mereka menerima aq seperti aq sealiran dengan mereka..sedangkan aq hanya mahu teros hidup tanpa ad beban y perlu aq galas...sehigga la suatu hari aq menetapkan langkah aq menetapkan perjuangan..aq menetapkan isi didada y aq perlu berjunag utk merdeka bkn berajakan penjajah walau mati e2 sebabnya dan aq mula mlagkah kluar dr hutan...tujuan aku hanya 1...mahu mencari rakan saudara2...y punyai berkenan dihati mereka utk mengikut perjuangan aku bersama teman2 y laen...npk tidak ramai y terbiasa dengan politik pada masa e2 lg2 zaman begini di kg ceruk seperti di kg batu talam ini...tp tidak mungkin...tidak...mustahil semangat aq bersama teman2 y laen akan pudar mustahil...aq membawa agenda y besar didalam perjuangan ku...demi bangsa ku...demi tanah air ku...demi agama ku...demi perjuangan saudara2 tua ku y terdahulu...aq dan teman2 pasti akan mengorak langkah...mula lah terbit nya nama umno di kg ini...ya aq bersama teman2 seperjuangan y lain...dari rumah ...dari bagsa bertandang ker stiap inci kg...mencari..mengadu domba...melipur lara...menegaskan setiap titip inci perjuangan darah ini...penat???...ah lupa aq...lelah...ah biar dlu...kita msih belum cukup ahli untuk menentang...troskan sahabat2 ku...teruskan laungan kita troskan...mungkin masa e2 belom kmengan kita...di sini di ulu kg ini kita blom punya perjuangan y kuat....di pekan sana perjuangan kita dipandang hina...di jeling serong...kita pengganas ketika e2...tiada y sehaluan dengan mereka y menjajah dan mengaku mereka tuan...mungkin bkn stakat ini terhentinya perjuangan kita teman2...ad y laen akan menyusul utk menyambung kesinambungan ini...bukan mati disini umno y lama...mungkin menyusul nama y baru meneruskan perjuang kita...tersentak aq bla lelaki tua ini menghabiskan riwayat hidup nya didalam Hutan sehiggala ke arena politik (umno y lama bkn y DULU KINI n SELAMANYA)pada zaman penjajah...tersentak aq mendengar tegas bit2 kata sang perjuang sejati...mungkin byak lagi perjuang sebenar y belom kita jupa...y tidak pernah dimandat...yang tidak pernah d datokn...y tidak pernah menjulang ap2 pingat sekali pn...n bukan e2 y mereka harapkan hanya tanah ini...hanya darah ini y menjadi galang gantinya jika merdeka e2 y dijanjikan...sewaktu aq di kg batu talam raub pahang...hanya y masih tersimpan dlam otak aq...

aku suke berkata...

tepat pd masenye..time kasey TT..

shahmetal berkata...

@Johan 23.01.84:

Sebab didikan ibu bapa. Sebab budaya yang diamalkan. Ape kalau bapak ko PAS/PKR/DAP tegar sekalipun, suruh dia buang semua buku bodek. Ada orang nak kesah? Tak suka baca buku teks kerajaan, cari alternatif lain. Berlambak2 kat luar sana. Ada orang kita nak buat? Seciput je yang ada inisiatif! Ini bukan masalah penulis bodek. Bodek ke tak bodek budaya mlas tu dah lama wujud dan kta kena ubah. Kita banyak pilihan, cari je la benda lain. Pergi mampos la sama buku2 bodek tu! ko ingat aku pon tak menyampah ke kdang2?

Jawapan aku seblm ni pun ko tak dapat jawab, jadi kalau ko bukan dari golongan intelek, tak payah bising2 nak komen. Pergi jadi bangsa membaca, baru boleh bina tamadun. Bukan menyalahkan orang je keje. Ni la politik kita. Kerajaan tak buat keje, pembangkang keje maki hamun. Sedangkan sebenarnya dua2 habuk pon tarak.

cassa berkata...

KAH KAH KAH
KENAPE BEBAL SANGAT?

ORANG SUKE BACA CERITA KEBENARAN
LIHAT PTS PRODUCTION
AKU ADE 12 BUAH BUKU DAN AKU AKAN BELI LAGI! SEBAB APA? SEBAB BUKU-BUKU YANG DIKELUARKAN SUME ATAS DASAR KEBENARAN! AMBIL CONTOH TAJUK INI:
1.YAKJUJ MAKJUJ-BENCANA DI SEBALIK GUNUNG
2.IMAM SYAFIE-PEJUANG KEBENARAN
HULAGU KHAN-KHABAR HITAM DARI TIMUR
3. SALAHUDIN AL-AYYUBI-PENAKLUK JERUSALEM
4. HAMAS-PEJUANG KOTA SUCI BAITULMAQDIS
5. SOLAT KHUSYUK-SOLAT SMART
6. ISKANDAR BUKAN ZULKARNAIN
dan banyak lagi. Pergi tanya PTS Production brape banyak buku-buku ini terjual?

BUKU INI BERKISARKAN KEBENARAN DAN FAKTA! BUKAN MACAM BUKU TEKS SEKOLAH! BUKAN MACAM UTUSAN MELARAU! BUKAN MACAM BERIauTA HAIRAN! YANG INI SUME PEMBODEKKK!!! TAK CAYA PERGI BACA 80 KALI. KALAU TAK CAYE JUGAK, PERGI MAKAN BERUS JAMBAN!

KAH KAH KAH
TT TULIS INI MEMANG FAKTA! INI HAKIKAT. MAKA, DENGAN RASA YAKIN DAN PASTI, SAPE YANG MENYANGKAL FATTA INI:

"MEREKA ADALAH BEBAL, TEPU DAN SEMBAB PEMIKIRAN!"

KAH KAH KAH

shahmetal berkata...

Ko amek bilangan buku terjual bg satu naskah, ko amek bilangan rakyat malaysia. nisbahkan.

fakta pon bercelaru. sah orang tak berpelajarn.

mmg semua yg menyokong tin kosong agaknya.

seekor anjing menyalak ke bukit, yang laen ikut bersahut. kahkahkah