Nurul Izzah Aidilfitri

selangorku 1

.

Isnin, 2 Ogos 2010

CABAR JANGAN TAK CABAR !




BILA MAT EZAM REKRUT ALLAH SAYA SERENDER


Awalnya saya langsung tidak kenal siapa dia Ezam Mat Nor ini. Malah saya tidak ambil pot sangat apa kerja dan tugas dia. Untuk saya sesiapa yang bekerja untuk United Malays National Organisation ini pastilah orang sesat, kurang membaca, kurang berilmu dan kaki bodek. Pandangan saya ini tidak pernah berubah hingga ke hari ini.

Tapi apa yang hendak saya kesahkan disini bukan hal United Malays National Organisation tapi hal Mat Ezam. Secara jujur saya katakan disini, saya tidak pernah ambil tahu siapa setiausaha politik, setia usaha akhbar atau siapa setiausaha sulit Anwar Ibrahim. Untuk saya semua mereka ini hanyalah aparachik kalau pun bukan tukang bodek. Pandangan saya ini berasakan budaya politik yang wujud hari ini.

Pada awalnya – saya terdengar - apabila Anwar di tangkap pada 20 September 1998 - ramai juak-juak Anwar termasuk Mat Ezam telah melarikan diri ke Indonesia. Ada yang lari membawa duit dan ada yang lari membawa harapan. Apa yang mereka lakukan di Indonesia tidak pula ingin saya ketahui.

Gerakan Reformasi muncul sesudah penangkapan Anwar. Gerakan ini menobatkan jalanraya sebagai wadah politik. Kami tidak ambil pot tentang juak juak Anwar yang lari dan yang tidak lari. Malah juak juak Anwar ini tidak pernah masuk dalam perhitungan politik jalan raya kami. Kami juga langsung tidak ambil pot terhadap ‘polong-polong’ piliharaan Anwar yang saku mereka telah penuh dengan ‘darah saham’ dan ‘pink form’.

Gerakan politik jalan raya hanya bercita-cita untuk menghumbankan United Malays National Organisation ke dalam tong sampah sejarah. Untuk saya jenayah besar United Malays National Organisation hanya satu : membodohkan orang Melayu selama 50 tahun.

Saya pun kurang ingat bila Mat Ezam muncul kembali – mungkin sesudah tertubuhnya Parti Keadilan. Fakta sejarah ini tidak penting. Apa yang penting ialah Mat Ezam terpaksa menerima wadah jalan raya yang telah kami teroka. Kami sedar ada beberapa bengolan juak Anwar yang tidak berapa setuju dengan wadah politik jalan raya.Tetapi kerana ombak jalan raya bagitu besar maka mereka terpaksa membuat ‘teater’ berlakon bersama kami.

Juak-juak Anwar ini sedar dan faham bahawa politik jalan raya inilah sahaja jalannya untuk menumpaskan United Malays National Organistion. Tetapi perjuangan juak juak ini bukan hendak menumpaskan United Malays National Organistion. Justeru mereka selalu ‘memberatkan’ Gerakan Reformasi. Sebenarnya mereka berjuang agar Anwar Ibrahim dinobatklan sebagai Perdana Menteri Malaysia. Dalam congak politik mereka apabila Anwar menjadi PM maka mereka akan sekali lagi berkenduri kendara dan mengumpul ‘pink form’ dan memungut zakat harta kekayaan.

Harus dinyatakan jelas disini - Gerakan Reformasi tidak peduli hangguk sama ada Anwar Ibrahim jadi PM atau malaon mana pun yang menjadi PM. Yang penting Mahathir Muhamad di dobrak dan United Malays National Organistion dihumbankan ke dalam tong sampah sejarah.

Akhirnya setelah sepuluh tahun - sebahagian panennya Reformasi telah kita tuai pada 8 March 2008 dahulu. Inilah contoh yang dinamakan perjuangan berjangka panjang. Menabur benih kesedaran selama sepuluh tahun. Ini kerja politik yang ulit dan bertahan lama. Turun ke jalan raya itu ialah untuk membajak dan menyemai benih kebencian terhadap kuasa politik United Malays National Organisatgion.

Pada ketika ini Mat Ezam telah mudek kembali ke sarang lamanya. Saya sifatkan Mat Ezam ini terkena penyakit KKS – kurang kasih sayang . KKS ini adalah satu penyakit tidak berkuman yang selalu menyerang orang yang rapat dengan Anwar Ibrahim. Hasil dari serangan KKS ini Mat Ezam telah mundar mandir ke hulu ke hilir berceramah membantai dan menelan kembali semua air lior basinya yang diludahkannya dahulu.

Nasib saya agak baik, beberapa hari yang lalu ada kawan menghantar klip potongan salah satu dari ceramah Mat Ezam. Menurut kawan saya ini klip ini dari siri ceramah perdana ‘Selamatkan Selangor Dari Khir Toyo’.

Saya kurang faham apakah Khir Toyo seorang Jawa sudah bertukar menjadi Jepun dan menyerang Selangor. Lalu saya pukul talipon dan bertanya apakah Khir Toyo telah ada bala tentera – kawan saya ini ketawa berdekah dekah dan meminta saya kembali ke sekolah untuk belajar ilmu politik. Ciss….bongek punya kawan. Maka tidak dapat tidak saya pun terpaksalah melihat klip ceramah Mat Ezam.

Mat Ezam telah mempotokopi gaya berceramah Anwar Ibrahim. Saya tahu tentang hal ini kerana saya pernah – satu masa yang lama dahulu - berkongsi pentas dengan Mat Ezam. Mat Ezam telah cuba meniru lenggok dan deram maarunah termasuk tajwid dan sengau si Anwar Ibrahim. Untuk saya gaya ini agak ‘geli’ tetapi menarik perhatian setengah orang yang mendengar ketika Anwar dalam penjara. Tetapi sekarang ini apabila yang ori telah ada maka Mak Cik Felda tidak akan terpaut untuk datang ke ceramah cap ayam Mat Ezam.

Saya pernah meminta kawan-kawan untuk pergi mendengar ceramah Mat Ezam ini. Sekurang-kurangnya meramaikan orang yang nampaknya semakin susut. Malu menengok kawan lama ‘bertandak atas tong’ seorang diri. Saya sendiri tak berani pergi kerana umum tahu saya bukan Orang Selangor. Kalau tidak – dalam dalam gelap itu - boleh juga saya menebeng untuk meramaikan pendengar ceramah.

Seperti di zaman Reformasi , Mat Ezam akan ke hulu ke hilir melaung sambil mencabar dari atas pentas ceramah. Ezam mencabar sesiapa sahaja yang berani mempertikai apa yang dicakapkannya. Hebat. Gugat. Cukup macho.

Tetapi sayang sekali, semuanya telah menyakitkan hati Mat Ezam – bukan kerana yang mendengar tak ramai; ini pun satu hal – tapi tidak ada sesiapa pun yang ambil pot dan menyambut cabarannya itu. Semua orang buat dek sahaja. Malah Lokman Adam seorang pemikir dalam gerakan pemuda gerombolan yang lebih kurang sama hebatnya dengan Mat Ezam pun terus memperlekehkan Mat Ezam yang tidak sudah-sudah mencabar.

Sesiapa yang ada pergi mendengar ceramah akan tahu bagaimana di pembukaan si penceramah akan melafaz doa berjela-jela dan was soli was soli dimasukkan ke sana sini untuk menunjukkan betapa alim dan waraknya si penceramah. Pada anggapan si penceramah lagi panjang was soli was solinya maka lagi sucilah apa yang diperkatakan. Mat Ezam juga tergulung dalam kumpulan was soli was soli ini.

Tetapi ada sesuatu yang paling menakjubkan dalam ceramah Mat Ezam yang saya tonton. Lebih hebat dari semua was soli was soli. Saya tidak berbohong. Saya takjub apabila saya terdengar apa yang dikatakan oleh Mat Ezam ini. Mat Ezam sebenarnya telah mendapat bantuan dari Allah. Betul. Ini bukan bohong.

Mat Ezam berkata yang dia bersyukur kerana dengan pertolongan Allah dia telah mendapat tahu bahawa Anwar ini adalah peliwat dan penyondol. Bagaimana Allah memberi maklumat ini kepada Mat Ezam tidak pula jelas. Tidak ada pula Ezam menyebut Batu Caves , Gua Herak, bersuluk, berkhalawat atau dia pergi bertapa.

Mengikut ceramah Mat Ezam semenjak mendapat ‘ info’ dari Allah maka dia telah mengambil keputusan untuk meninggalkan bos lamanya Anwar Ibrahim. Kini Pak Sheikh Anwar yang menjadi idolanya dahulu bukan sahaja seorang peliwat malah seorang pengkhianat bangsa. Betul. Anwar dikatakan oleh Mat Ezam sebagai pengkhianat bangsa Melayu.

Dibahagian ini saya minta maaf. Saya agak kurang jelas. Tentang pengkhianat bangsa Melayu – saya agak kabur , apakah ‘info’ ini juga datangnya dari Allah atau datang dari Muhyiddin Yassin. Kalau ingatan saya betul, si Muhyiddin inilah orang yang pertama mengatakan si Anwar ini pengkhianati Melayu. Kalau saya silap saya minta maaf.

Sebenarnya , merekrut Tuhan dalam politik ini bukan sesuatu yang baru. Kalau kita rajin membaca sejarah kuno Europah, maka kita akan bertemu dengan para padri yang mengakui diri mereka mewakili Tuhan di bumi ini. Bayangkan betapa kecutnya telor Pak Tani apabila si Padri datang melawat kampong mereka. Bukan sahaja panen Pak Tani ini akan diambil Sang Paderi malah silap-silap hari bulan anak dan isteri juga akan dibungkus sama. Ini semua dilakukan atas permintaan tuhan. Khalas. Period.

Apabila Mat Ezam merekrut Allah maka saya angkat tangan serender. Saya mengaku kalah. Saya angkat tangan dan angkat topi. Bandingkan, maklumat yang saya terima hanya melalui laporan hospital Pusrawi yang mengatakan Saiful tidak diliwat. Saya juga membaca maklumat dari laporan tuan doktor dari Hospital Kuala Lumpur. Kemudian saya mengikuti laporan akhbar tentang perbicaraan ini. Ini lah sumber maklumat saya. Dari maklumat ini saya membuat rumusan bahawa jubur Saiful tidak diusik.

Bandingkan pula maklumat saya dengan maklumat Mat Ezam. Apabila Mat Ezam mendapat info dari Allah – saya tak terkata apa-apa. Siapa yang boleh mempertikaikan hal ini. Saya tidak memiliki kudrat dan iradat untuk mempertikai maklumat Mat Ezam ini.

Tetapi – saya ada sadikit kekalutan dan merasa resah. Sebenarnya saya ingin bertanya dengan Mat Ezam apakah Allah tidak ada memberi dia tahu maklumat yang lain – tentang siapa sebenarnya membunuh Altantuya. Atau tentang adik Shahlinie yang selama ini masih hilang. Renung punya renung, saya merasa amat pelik mungkinkah Allah juga ada sikap ‘double standard’ - hanya tahu tentang Anwar sebagai peliwat dan tak ada info tentang Altantuya.

Semua ini pelik. Untuk saat ini saya hanya berani berkata seperti dalam kitab Sulalatus Salatin - wallah hu alam bissawab – hanya Allah yang maha mengetahui. TT

p/s: Sesiapa berjumpa Mat Ezam sila tanykan hal ini agar kita semua dapat menyambut bulan Ramadan dengan penuh ketenangan.


41 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

TT,
Termenong seketika untuk menganalisa masaalah susuk Mat Ezam Kotak.
Setelah dibuat sintesis daripada informasi yang TT beri, Masalah Mat ialah Visi yang kabur dalam perjuangannya.
Apa yang di perjuangkan?
Diri sendiri dan kesenangan sementara.

Tanpa Nama berkata...

Kalu dah tersepit akan digunakan apa saja bagi meraih kepercayaan terhadapnya, begitulah Ezam sungguh dah patah kandar mahu rekrut TUHAN/ALLAH yang dia kononnya mendapt 'wahyu' yang Anuar Ibrahim itu peliwat.Ezam pun bangan seperti LEMBU kerana audiens terdiri daripada siapa? Hanya segelintir/minoriti/orang berfikiran FELDA tapi tuduhan/cabaran/fitnah atau 'wahyunya' boleh disiarkan ke media massa arus perdana, namun khalayak kini tidaklah sebangan seperti zaman era Madey yang boleh mengawal minda orang bodoh Melayu. Kini dah banyak Melayu cerdik dek kerana adanya ICT dan globalisasi.
UMNO tetap gunakan habis-habis EZAM walaupun dia tahu ada sedikit IMPAK aje, EZAM dihantui KKS yang semua bomoh/psikaitri yang 'terasuah' tidak mungkin mengubatinya. Ala bukan dia saja ada banyak ladi seperti Nala, Chandra Muzaffa, Nordin, Zahrain, Lokman, Ruslan Kassim.... dan anda dan TT pun tahu.
Bagaimanapun perjuangan PR masih terus berjalan, jangan kita tersasar cukup!

Tanpa Nama berkata...

mat ezam ni dah tahap wali ke ape?? kasyaf

Tanpa Nama berkata...

Dasyat sungguh Mat senatak Ezam
Tapi dia ni spesis
yang akan cepat ditelan dgn air
liur basi dia.

Tanpa Nama berkata...

Ezam Mat Kotak ni dah gila la.... Tok sah kita amik tau hal mamat nih... besok lusa pasti dia akan hilang dilipat sejarah...

Tanpa Nama berkata...

Memandangkan bulan ramadhan dh tak lama lg, boleh la kita suruh mat cabaran ni. Tolong cek ramadhan jatuh hari ape.... Hehe

Tanpa Nama berkata...

tangkap mat ezam,ajaran sesat nih

Lingswaran Singh berkata...

Saya pun serender... Adoi, tak sangka ada orang sealim itu dalam Dewan Negara. Pagi ini nak tingok muka En Ezam Kotak dulu...mintak no ekor, boleh betulkan ekonomi sikit.

yb berkata...

Bodoh dan sombong, itulah mereka. Mendabik diri tapi isinya kosong. Bila terdesak dan terperangkap mereka berselindung di sebalik ugama.

Konon pakar soal ugama tapi laku jauh sekali dan amal ibadat jadi taruhan.

Tunjuk alim sikap terpuji tapi terus bergelumang dalam sikap terkeji. Maki memaki, fitnah dan hasutan terus menjadi-jadi.

Masa bersolat mengucap semula. Setiap kali bersolat setiap kali mengucap. Yakini diri bahawa yang hitam akan bertukar putih dan kotor menjadi bersih untuk kembali ke jalan yang suci.

Mereka sambung 'berjihad' semula. Untuk kebenaran tiada tolok tandingnya, kata mereka. Tapi apapun adanya, hanya Allah sahaja yang maha mengetahui!

yb

Kilau Saladin berkata...

was soli was soli pembuka kata

setiuasaha sulit buat keje sulit.setiusaha politik berpolitik sama. berapa ramai setiausaha daa. sorang 40 setiausaha

perjuangan agama mesti ada munafiknya. perjuangan bangsa mesti ada pengkhianatnya. perjuangan negara mesti ada pembelotnya. lumrah ini selalu bersandar kepada kepentingan material

harap zaman gelap para paderi berkuasa tidak berulang. jangan sampai satu tika anak bini kita pon dibungkuskan. minta dijauhkan

penulisan TT tentang 'double stardard' boleh mendatangkan kekeliruan kepada pembaca. pembacaan tanpa berfikir terutama tentang ketuhanan boleh buat orang salah anggap. seperti isu carut satu ketika dulu. lagi yang berserban pon difitnah

khalas

No Cantik berkata...

bravo mat ezam....

good job tt...

Tanpa Nama berkata...

isham.. mat ezam pun kita tangkap jugak lepas ni... lepas pru13 PR menang...

dia ditangkap bukan kerana dia jahat, sebab dia suci serta bodoh. dendanya kita suruh dia selawat was soli was soli 3 juta kali sehari kat depan berjaya time skuwer.. jangan lupa ikat rantai kat tengkuk dia dengan tasbih sama... hahahaha... cukup 30 tahun dia bertasbih was soli was soli... kita pergi umrah la, kita cuci dosa macam musa hassan pi mekah dulu...

kalau kita tangkap zul nordin, kita suruh dia pergi bertasbih kat depan bb plaza sana.. kat kedai arab tu pun takpa.. nampak macam penyamun arab sikik... cukup 30 tahun dia bertasbih, zul nordin akan masuk syurga dan kita pergi mekah buat umrah mencuci dosa lagi sekali.. kemudian kita akan menjadi suci macam breese la..

SyawaL berkata...

Kalau Ezam baca ni, mau ke dia sedaq diri?

Tanpa Nama berkata...

Tulisan TT yang pedih tetapi segar meresap ke dalam kalbu. Apajua pun politik itu bersih andainya niatnya KERANA ALLLAH ke jalan Allah. Si pelaku politiklah yang kotor menyapu najis-najis busuk,hanyir,pekung dan jelek dalam politik.Marilah kita bawa politik ke arah kebenaran dan KEADILAN mengikut ajaran lslam. Adil atas tempatnya.

-DR RAJIEE HADI.

Tanpa Nama berkata...

mat ezam masih tersenyum lebar,masih tersenyum puas...bkn apa..kerana masih ada rakan2 lamanya dlm pakatan masih berkawana dgnnya,contohnya dlm FB..kononnya hanya utk mengetahui perkembangannya...bullshitt!!bodoh!!org seperti mat ezam bknlah kawan!!apa kau xreti ke beza kawan dgn lawan!!

-madey kimak-

Sivakumar berkata...

Bravo!

otakbesi berkata...

Brother Isyam,
Syukran alfun syukran,dgn ceramah Ramadhan yg disampaikan, sekurang-kurang terbela sedikit agama yg mulia ini daripada manusia yg berhati kotor. Berselindung disebalik Sali wusoli, kopiah, haji dan status mufti.
Walaupun brother Isyam tidak berstatuskan ulamak, namun kefahaman kepada agama lebih terkedepan. Ana rasa senjata yang brother Isyam miliki ini jika diguna untuk perkembangan agama adalah lebih menguntungkan semua pihak.

Hanggokan berkata...

kahkahkah!
gua takot dia cabar gua bro...

sonduk solaie ado berkata...

Ada bakat ganti Mufti Perak Mat senatak kotak ni.

Ilmunya ngalah Mat harussani...

ilhamghaz... berkata...

Setuju bro TT,
Juak-juak darah UMNO ini membesar dalam budaya bodek dan poket politik untuk nafsu, harta dan pangkat, mereka bijak membodohkan Melayu dengan mencanangkan hanya “ANWAR HARUS MENJADI PM”, ini alasan terbaik untuk kepentingan budaya politik ala UMNO mereka dahulu dan juga semasa dalam barisan Reformasi.

Tetapi alasan ini jugalah paling sesuai digunakan untuk menjahanamkan Anwar, mula dari Madey hinggalah ke ahli katak BEBAS yang warwarkan semata untuk memburukkan Anwar demi mempertahankan kuasa, harta dan kedudukan mereka.

Jika dibaca dari visi Anwar beliau tidak pernah pinta untuk dilantik menjadi PM, tetapi beliau dilihat mempunyai kudrat menghumban UMNO ke dalam kubur, jadi mereka cemas dan takut sebab itulah mereka mencanangkan Anwar akan menjadi punca Kedaulatan Melayu, Raja dan Agama terhapus, inilah talian hayat selindung politik mereka untuk tujuan membodohkan lagi orang Melayu demi nafsu serakah mereka setelah melihat Melayu sudah bangkit dan sedar dari kebodohan budaya politik UMNO yang diterima selama ini.

Hanya mereka yang istiqomah serta ikhlas dalam perjuangan selama mereformasikan bangsa, agama dan Negara sahaja telah berjaya mendapat tempat pada hari ini. Tidak pada mereka yang dayus telah menerima padah maksud kata-kata Tuhan “rugi dunia dan akhirat”. Kita seharusnya semakin matang melihat budaya, revolusi dan inovasi politik masa kini.

C++ berkata...

Bhai TT,

Kalu lu surrender... gua pon surrinder singh la jugak..... hebat ilmu laduni Ezam yer...

hahaha...

Tanpa Nama berkata...

Mat Ezam kotak sebenarnya mempunyai muka tembok...
Gaya ucapan tiru cara Anwar Ibrahim...
Ptuiiiiiii..
Betul-betul muka tak malu..

Tanpa Nama berkata...

elehhhh ezam ...dialah satu satunya pejuang bangsa konon..kalau apa yang diingininya dalam UMNO nanti tidak tercapai ko orang semua jangan terkejut..sure nanti ezam akan keluar UMNO dan akan masuk Pakatan Rakyat pula...time tu dia kan cakap telah mendapat wahyu dan petunjuk dari tuhan bahawa UMNO sememangnya parti yang tak berguna dan tak boleh dipakai langsung..

Tanpa Nama berkata...

Dia dah tahap HASYAFAH.. haha

Tanpa Nama berkata...

bro tt, laungan reformasi dah mula bergema di langit kuala lumpur tak lama selepas anwar disingkir dari segala jawatan dan keahlian oleh mamakanda menteri perdana ketika itu, maknanya sebelum anwar ditangkap lagi.

mungkin fikiran bro tt masih terusik dengan pendedahan katakkotak bahwa dia terjumpa maklumat catatan langsung dari Tuhan dalam salahsatu dari 6 bijik kotak2 yg dikandarnya kehuluhilir.

ini sudah lebih hebat dari laki menteri perdana sekarang, yg hanya jumpa duit berjuta dalam kotak yg tertinggal oleh putera raja arab.

2 persoalan dalam kepala:

1)adakah laki menteri perdana serta bini dia bercuti sekarang ni sebab nak keliling dunia buat satu eksplorasi habis2an mencari kotak2 tertinggal berisi duit/harta lain, supaya dapat ganjaran lagi yg boleh diguna menolong ekonomi negara (kata ada pelabur asing minat suntik fdi) dan mengisi poket gerombolan untuk pilihanraya?

2)kalau kotakkatak tu dah kutuk anwar kaw2 sebagai peliwat sebagai pengkhianat bangsa&agama, adakah kotakkatak masih berpidato dengan suara sengau2 dan dengan lenggok serta nahu fotokopi orang yg dikutuknya???

-average joe-
klakka-la.blogspot
klickdefella(klakka-la)
twitter: averagejoeMY

Tanpa Nama berkata...

hasyafah??
ini soalan yg karpal kena ajukan pada shy fool barulah the late paul (bukan sotong kurita) takkan jawab "not relevant!"

CIFU? Ask. And you'll get it. coming soon.

-average joe-
klakka-la.blogspot
klickdefella(klakka-la)
twitter: averagejoeMY

JIN Air berkata...

he is the LOWEST!!

Tanpa Nama berkata...

Hoi TT, mat ezam tak heran!

Hoi TT, dia dah masyuuuuuk!

Hoi TT, dia dah ada pencen dah!!!

Hoi TT, bukan KKS ajer.....ada gelaran lain utk dia!

Hoi TT, MTTM!

Hoi TT, muka tak tahu malu!


Hoi TT, muka seposen!

Hoi TT, muka seposen, seposen lahhhhhh, janji aku masyukkkkkk!

Hoi TT, biarkan dia!

Tanpa Nama berkata...

pencen mat ezam patut digantung... makan duit buta saja membodek pemerintah... bukan nak jaga kesejahteraan rakyat!

joostspring berkata...

kahakahakahakahakah...

der...mu la org yg mula2 lari masa aljuburi kena igat dulu...

kahakahakhakhakaahkah...

ha ha ha berkata...

Ha ha ha..

Bhai...

Apek Video Blu kata PM lepas PRU-13 bukan Anwar tapi Haji Hadi ..ha ha ha..

Amacam Bhai TT..lepas Tun MCA kena tangkap ..itu Apek Video Blu kata Perdana Menteri Lepas najib ialah orang PAS ..ha ha ha.

Anyhow aku tak kisah sapa PM lepas UMNO bungkus ..janji UMNO Bungkus dulu kerana 50 tahun memerintah, rakyat tak pernah senang....kerana sesiapa yang naik pastinya aku masih kerja jadi hamba kepada BANK kerana perlu berhutang untuk hidup selesa...ha ha ha.

Sorry lari topik.

Tanpa Nama berkata...

mengingatkan aku betapa aku arwah abah dan sebilangan orang jelebu telah ditipu hidup2 ketika rais yaim menggunakan melayunya cuba menggulingkan madey seraya anwar dilenyapkan - kandas - krn putar belit madey dan tarikan menjarah harta rakyat rais yatim dan kuncu2nya kembali mencium pusat madey seraya anwar ditendang keluar.

betapa dikampung sarin,sg buluh,lakai,pasoh hatta di gagu rais akan menjual minyak sambil berpantun seloka bahawa orang macam madey kuti yg derhaka kpd raja2 malayu mesti dilenyapkan.tangan kiri memaut DAP tangan kanan bersalam PAS.namun dua penggal mencuba nasib rais kecundang dgn melayunya.akhirnya rais yatim patah balik mencium pusat madey demi melayu kononnyer.

so...mamat ezam budak mentah...tiada apa yg ada padanyer selain menetek susu cap ringgit malaysia....itu saja

apa kabar kepten zahar petaling jaya selatan???

hijau bersopan berkata...

adusss... TT sungguh hebat puit2 lenggok bahasamu, harap2 Mat Toyo sudah jadi Jepun & Mat Ezam yg tiada identiti itu akan ruang masa bahasa yg tajam ini... Kalaupun tak faham sekurang-kurangnya sedar2 diri di mana bumi dipijak... asalkan tak masuuuukkk, melalak & bila ubah channel, masukkkkk ludah berlendir & berbuih jilat...serup-seruppppp...

Tanpa Nama berkata...

Mat Ezam adakah manusia gulungan Hipokrit, kehidupanya penuh dengan pemobongan sepanjang hayatnya.. tujuan beliau hanya untuk mengejar kekayaan diri sendiri dengan apa cara sekalipun...

rakyat akan ditipu dan terus tertipu sebagai mana puak puak UMNO menipu rakyat berterusan..

Bila Barang NAIK (BN) keseluruhan pemimpin akan gayang rakyat dengan kata palsu mereka diluahkan...

hanya rakyat yang bodoh sahaja yang mengikut katakata UMNO@ APCO @ Yahudi@ ZIONIS (BN). Rakyat yang
bijak akan singkirkan UMNO@UPCO@YAHUDI@ ZIONIS bersama BN setelah menipu rakyat selama 50 tahun.
RAKYAT AKAN BAHAGIA TANPA UMNO BN.

Tanpa Nama berkata...

SENATAK kat makcik felda boleh la kau kelentong,dapat info dari allah konon..dapat info tu pakai line apa..maxis,digi,celcom,tmnet,singtel, tak masyuk ke kalau tak kelentong,kencing,menipu,fitnah,adu domba,kelepet.cakap kau orang dah ambik pot,cakap la sampai berbuih.
bila AGUNG nak bagi kau pingat SKKK
[Senator Kotak Kaki Kencing]

Tanpa Nama berkata...

Wife mat kotak pesan kat hubby dia....Darling, terus kan berjihad dan shahid bersama Umno..nanti tuhan turunkan wahyu di bulan ramadhan nie..
Lagi pun dinda punya saving belum cukup lagi nak cover raya nii..
Mat Kotak tersenyum sambil memandang isterinya dgn penuh makna..hi hi hi hi.

Tanpa Nama berkata...

ekheh...aku rasa dia tiap2 malam tidur kat sidratul muntaha nuuuu.. hang jangan buat lece TT...

dia sudah suci lagi menyucikan.. macam breeze la gitu..

Tanpa Nama berkata...

Orang munafik bijak bermain kata-kata,
tak hairanlah bapa seorang Munafik berimamkan Rasulullah s.a.w semasa solat berjemaah.

tidak jugak pelik dan hairan sekiranya seorang kaki maksiat dan pengamal dosa besar berangan-angan mendiami Syurga, tanpa bertaubat dan beramal soleh.

Tanpa Nama berkata...

TT, yang kau marah sangat kat Mat Ezam tu kenapa? Bukan ke dia orang politik?

Tanpa Nama berkata...

siapa mat ezam? x pernah kenal.. sorry

rais bodoh berkata...

apa bodoh cerita dari org yang bodoh..macam filem bodoh yang lu bikin..