Rabu, 4 Mei 2011
KEMPEN MELAWAT MALAYSIA
PERLUKAN SATU NAMA BARU
LUBANG SAIFOOL DAN SUMPAH LAKNAT
Pelik tetapi benar. Pada tahun 1998 dahulu Kementerian Pelancungan Malaysia dengan kerjasama kementerian pelancungan negara-negara Asean telah bersetuju untuk menjadikan tahun 1998 sebagai Tahun Meliwat Malaysia.
Kempen Tahun Meliwat Malaysia ini amat berjaya. Malaysia untuk pertama kalinya telah mendapat liputan media antarabangsa. Berpuluh akhbar dan stesen tv dari luar negara telah menerbus masuk ke Malaysia ketika kempen Meliwat Malaysia ini dilancarkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Malah untuk pertama kalinya CNN telah menghantarkan Larry King , pesauh stesen ini untuk menemui bual wartawan unggul Malaysia – Zainuddin Maidin. Sayangnya Zam, nama manjanya - ketika itu sedang mendapat rawatan sakit tekak, walau pun ada desas desus yang mengatakan bahawa Zam sengaja mengelak. Sebagai nasionalis Zam hanya ingin ditemui bual dalam Bahasa Urdu atau Punjabi – dua bahasa yang tidak difahami oleh Larry King.
Kali ini , pada tahun 2011 ini Menteri Pelancungan Malaysia telah agak berbelah bagi dalam melancarkan kempennya tahunannya. Ada beberapa cadangan telah sampai ke meja Kementerian Perlancungan. Beberapa Profesor terutama dari Universiti Sintok telah mencadangkan agar tahun 2011 ini dinobatkan sebagai Tahun Lubang Saifool.
Mengikut cadangan dari Sintok ini satu seminar bertaraf antarabangsa sedang dirancang untuk menilai dan menyelidik cara terbaik untuk memasarkan dan memajukan Lubang Saifool sebagai satu tarikan untuk para pelancung sedunia. Mengikut Profesor Sintok ini , jika di Itali boleh berbangga menayangkan Menara Condong di Pisa kenapa Malaysia tidak berbangga dengan Lubang Saifool.
Sayangnya pandangan dan cadangan dari Profesor Sintok ini telah disangkal oleh Jawi dan Jais. Kedua-dua jabatan agama ini melihat cadangan dari Profesor Sintok ini sebagai ‘ potong jalan’. Jawi dan Jais melihat jika Lubang Saifool dinobat sebagai ikon pelancungan Malaysia maka besar kemungkinan peranan Jawi dan Jais sebagai juru jual agama akan terhad dan kemungkinan lupus.
Justeru secara bermati-matian Jawi dan Jais telah mengajukan Sumpah Laknat sebagai kempen pelancungan untuk tahun 2011. Cadangan dari Jawi dan Jais ini kelihatan telah mendapat sokongan dari ramai peniaga dan saudagar-saudagar agama. Paling jelas sokongan datang dari beberapa orang saudagar agama dari Perlis.
Para saudagar ini melihat dengan wujudnya Sumpah Laknat ini maka saham dan peranan para saudagar agama ini akan melonjak. Malah besar kemungkinan pandangan dan pendapat para saudagar akan terus dilanggani oleh Kementerian Pelancungan.
Bayangkan selama ini, terutama anak muda, langsung tidak ambil pot terhadap para saudagar ini. Berbuih-buih mulut para saudagar menjaja agama ke hulu ke hilir tetapi tidak ada sesiapa yang ambil pot. Apabila Kementerian Pelancungan membukakan tender dan mencari cadangan untuk kempen tahun 2011, maka para saudagar agama melihat ini adalah peluang terbaik. Ini bukan lagi durian runtuh tetapi ini peluang untuk membuka jalan mendapat kontrek. Silap-silap mungkin para saudagar agama ini akan diberi slot di RTM untuk membuat program Al-Kawah – tentang kesucian makan nasi kawah.
Cadangan dari Jawi dan Jais ini telah tersebar di media. Berita ini telah menjadikan Profesor Sintok mengelabah. Para Profesor melihat saudagar agama ini telah potong jalan. Mereka merasakan jika cadangan Jawi dan Jais ini diterima oleh Kementerian Pelancungan maka ‘ soro dan pani ’ para Profesor akan tergelincir. Masa depan Profesor Sintok ini semakin gelap. Mereka tidak lagi akan dipanggil untuk berseminar dan berseMinah. Mereka mungkin akan menjadi tidak relevan.
Ada satu pekara yang paling menakutkan para Profesor ini - tulisan ilmiah mereka tidak lagi diterima oleh Utusan Malaysia. Jika ini berlaku maka runtuhlah harapan dan masa depan mereka. Jika Utusan tidak menerima tulisan dimanakah peluang untuk Profesor ini menulis. Tidak ada journal yang sanggup menerbitkan tulisan para Profesor ini. Bayangkan, jika Juwie dari Panchaindera pun akan menolak tulisan Profesor ini bermakna dunia keprofesoran mereka akan gelap.
Justeru Profesor ini berkumpul dan berbincang untuk menyediakan strateji baru. Dengan senyap-senyap para Profesor Sintok ini telah memulakan kerjasama dengan kerajaan Melaka. Cadangan telah dibuat agar Eyes of Malaysia yang kini berada di Melaka akan di tukar dengan jenama baru - Hole of Malaysia.
Penjenamaan baru - Hole of Malaysia - dilihat sebagai pandangan yang bijaksana. Para Profesor Sintok kini dilihat canggih dan berwibawa. Malah kempen Lubang Saifool ini bukan berhenti dengan Hole of Malaysia sahaja. Satu kertas kerja - Lubang Saifool Menjana Pelancung - telah pun disiapkan. Dalam kertas kerja ini ada cadangan dua projek besar untuk menjana kempen Lubang Saifool.
Pertama: Terowong Lebuhraya PLUS di Bukit Berapit akan diberi nama baru. Terowong ini akan dinamakan Lubang DiRaja Saifool. Satu pesta yang penuh dengan adat istiadat akan diadakan untuk menobatkan nama baru terowong ini. Seri Paduka Baginda Raja Gopal al-Marhum Raja Kapoor telah bersetuju untuk mencecah duli merasmikan Lubang DiRaja ini. Media dunia akan dijemput hadir untuk membuat liputan. Jika kali ini CNN tidak dapat menghantar Larry King, Kementerian Pelancungan akan menaja BBC untuk menghantar Musang King untuk membuat liputan.
Kedua: Satu Project paper telah disedikan untuk mendapat kelulusan Kabinet. Kabinet telah diminta untuk bersetuju agar pintu masuk ke gua di Batu Caves di kecilkan. Ini untuk memperlihatkan pintu gua ini sebagai satu lubang kecil yang memberahikan dan menarik. Malah ada cadangan agar di bahagian akhir pintu masuk ke gua ini akan dilicinkan dengan minyak pelicir. Ini untuk membawa para pelawat dan pelancung ke ambiance ‘licin dan geli-geli’ sebelum menerbus ke Lubang Saifool.
Cadangan ini hampir-hampir diterima oleh Kabinet. Tetapi Jawi dan Jais dengan licik dan bijak telah menggunakan saudagar agama dari Perlis untuk menghidupkan cadangan agar Sumpah Laknat yang sepatutnya dijadikan simbol pelancungan tahun 2011 ini.
Menurut jurucakap Jawi, Sumpah Laknat ini berkeupayaan untuk membuka satu pasaran yang lebih luas. Untuk membuktikan hujah para saudagar agama ini , satu Sumpah Laknat telah dipentas di Masjid Sentul. Para pelakon untuk bersumpah telah dipilih khas.
Berbanding dengan Sumpah Laknat Saifool tiga tahun dahulu, kali ini Sumpah Laknat lebih teratur dari segi media. Secara terancang media telah membuat laporan berminggu-minggu tanpa putus putus tentang Sumpah Laknat. Laporan media ini cukup membantu kerana di hari pementasan Sumpah Laknat, Masjid Sentul yang biasanya kosong tetiba telah penuh sehinggakan tidak ada tempat untuk bersembahyang.
Untuk merancakkan kempen Sumpah Laknat ini – para pelakon – telah diminta untuk memakai baju kalis peluru. Ini adalah taktik sensasi untuk memastikan berita Sumpah Laknat di Masjid Sentul ini akan mendapat laporan CNN, BBC, PBB, DDT, PIBG, JKK, SITC, MMC, KLM, BOAC, MTD, TT dan CCTV.
Menurut saudagar agama dari Perlis Sumpah Laknat ini juga boleh di francaiskan. Malah beberapa buah masjid di Malaysia ini perlu menyediakan kelengkapan khas untuk menjalankan Sumpah Laknat. Masjid Sentul boleh dijadikan Masjid Contoh khusus untuk membuat Sumpah Laknat.
Para pelancung dari Eropah yang menghadapi banyak masalah undang-undang atau terbelenggu dengan kes saman menyaman boleh datang ke Malaysia untuk melafazkan Sumpah Laknat. Saksi, peterjemah dan pemandu pelancung wajib disediakan oleh masjid-masjid. Masjid juga dikawal untuk memastikan hanya yang telah mendapat lesen dari Jawi dan Jais sahaja dibenarkan untuk menjalankan upacara Sumpah Laknat.
Malah sesudah Sumpah Laknat dilafaz, Jawi akan mengeluarkan satu watikah untuk mensahehkan sumpah ini. Masjid-masjid yang menjalankan Sumpah Laknat ini wajib terus dikawal oleh Jawi atau Jais untuk memastikan perniagaan Sumpah Laknat ini terjamin kualitinya. Dengan kualiti yang terjamin bukan sahaja pelancung akan meloroh masuk ke Malaysia , malah Jawi dan Jais sendiri boleh membuka cawangan Sumpah Laknat di luar negara.
Mengikut jurucakap Jais yang tidak mahu namanya di sebut, perniagaan Sumpah Laknat ini berpotensi untuk membuka satu pasaran yang luas. Ini mungkin melebihi perniagan menjual cap Halal yang kini menjadi monopoli Jais dan Jawi.
Di Malaysia perniagaan Sumpah Laknat ini pasti akan dilesenkan hanya kepada Melayu Bumiputera sahaja. Jais dan Jawi tidak akan mengeluarkan lesen kepada non-Bumi. Ini untuk memastikan industri Sumpah Laknat ini tidak akan jatuh ke tangan bangsa lain.
Sumpah Laknat ini juga akan membuka pasaran sampingan baru. Pelajar Bumiputera yang kini terlatih di Jordan, Saudi Arabia atau di Mesir berkemungkinan untuk menjawat kerja-kerja yang bersangkutan dengan Sumpah Laknat. Malah universiti tempatan boleh membuka kursus Sumpah Laknat sebagai mata pelajaran wajib.
Hingga ke saat ini Kementerian Pelancungan masih lagi belum membuat apa–apa keputusan. Kementerian sedang dalam dilemma. Tidak pasti cadangan dan kertas kerja mana yang akan menjadi asas kempen pelancungn tahun 2011 ini.
Cadangan dari Profesor Sintok juga memiliki merit untuk diimplementasi. Dalam masa yang sama cadangan dari Jawi dan Jais juga amat menarik. Sokongan saudagar agama dari Perlis terbukti telah membantu Jawi dan Jais.
Pada ketika ini pelancungan adalah penjana mata pencarian utama untuk Malaysia. Ini kerana harga getah dan kelapa sawit telah jatuh. Pendapatan dari ekspot bahan bakar minyak pula telah semakin berkurangan. Semua ini menjadikan pelancungan sebagai sumber utama negara Malaysia.
Tidak dapat tidak ekonomi Malaysia hari ini sedang berhadapan dengan dua pilihan. Ekonomi Malaysia kini bergantung kepada Lubang Saifool atau Sumpah Laknat. Tersalah pilih akan membawa akibat yang maha dashat. Tersalah pilih akan membawa porak peranda yang akan memerosotkan ekonomi negara.
Apabila ekonomi merosot, harga barang mahal, inflasi akan sampai dan gaji menurun. Jika ini terjadi maka orang ramai tidak memiliki banyak pilihan melainkan turun ke jalan raya. Bila turun ke jalan raya bukan Lubang Saifool yang akan mereka cari tetapi orang ramai akan mencarai Rosmah dan Najib hingga ke Lubang Cacing.(TT)
nota:
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN terbaru
sesiapa mahu melanggan akhbar
mingguan ini sila pukul talipon:
03- 22-72-40- 45
Labels:
BERANI MELAWAN BERANI MENANG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
10 ulasan:
http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=xNjcohgXfQU
Apa kaitan Sumpah Laknat dengan Lubang Sayfool. Apa kaitan pulak Profesor Sintok dengan Sumpah laknat. Dan hubungan cerita videoUMporNo dengan Saudagar Agama. Budak ttino dalam videoporno tu siapa pulak? Ye ker ayam cina (CDoll), ker ayam siam atau budak IPT tempatan?
Kenapa RTC wakilkan Sumpah Laknat kepada Datuk SK yang pegang al-Quran terbalik dan baca Bismillah tak berapa betul tu...
-jalan JPJ, panji.
kah kah kah kah TERBAIK la TT..
tender buat maskot lubang sayfool dh keluar ke?? kami adalh pembekl maskot utama kt dunia..sedia mbekal bila2 masa..kalau TT rekemen kami akan bg hadiah dan ganjaran yg great..mungkin kami akn bg bekalan kondom sepanjg hayat kalau dpt tnder ni..atau maskot lubang utk teman tidor..
KAH KAH KAH KAHAK TUIH...HAHAHA...WEI LUBANG BUNTUT SIFUL DA MASHAM MUSYUK...DA BULU KT TPI LUBG DYE N WARNA HTM SKIT...SAPA2 NK WAT SUMPAH LAKNAT ANYTIME BOLEH JE...NO HAL PUNYO..BUKTI XDA PUN LEH WAT SUMPAH LAKNAT.. AKAI TARAK PAKAI KA...JGN LA JDI PAK TADAH ORG CKP AMBIK JE...BACA DULU APA SYARAT SUMPAH LAKNAT ...membaca itu amalan mulia..
bila iklan jawatan kosong pesuruhjaya sumpah lahanat nak keluar ni???
aku ada sijil BODEK, sijil khatam mukaddam dan sijil berkhatan.
boleh ke TT???
KAH KAH KAH KAHAK TUIH...HAHAHA...WEI LUBANG BUNTUT SIFUL DA MASHAM MUSYUK...DA BULU KT TPI LUBG DYE N WARNA HTM SKIT...SAPA2 NK WAT SUMPAH LAKNAT ANYTIME BOLEH JE...NO HAL PUNYO..BUKTI XDA PUN LEH WAT SUMPAH LAKNAT.. AKAI TARAK PAKAI KA...JGN LA JDI PAK TADAH ORG CKP AMBIK JE...BACA DULU APA SYARAT SUMPAH LAKNAT ...membaca itu amalan mulia..
Apo yg ko merepek ni setan.. Masih cuba lari dari isu sbnar... Walau apapun yg kau tulis,aku yakin ada rasa kecewa krn telah trtipu dgn anwar aljuburi..gaya penulisan ko da makin tiada fokus..memainkn cerita lama..utk mnutup kkcewaan akan kebenaran yg makin jelas.. Pegilah menyalak dijalan raya dgn anak bini dan keturunan komunis bengap ko tu..jgn pndai ajak org lain,sdgkn ko sedap je balun cina doll dlm rmh mber ko tu..pd follower tt, say good bye to him.. The last chapter gonna stop a few days...
"Untuk merancakkan kempen Sumpah Laknat ini – para pelakon – telah diminta untuk memakai baju kalis peluru. Ini adalah taktik sensasi untuk memastikan berita Sumpah Laknat di Masjid Sentul ini akan mendapat laporan CNN, BBC, PBB, DDT, PIBG, JKK, SITC, MMC, KLM, BOAC, MTD, TT dan CCTV."
KIMMAk jangan dilupakan..kahkahkah
TT ni cakap banyak berbuih2 je.
Rakyat nak tau SIAPA PELAKON VIDEO JENAKA tu?
Susah sangat ke TT n penjilat2 tegar nak duduk n tengok video betul2?
Kalau bukan..apa nak kecoh2?
Apasal tak saman eskay?
Nak jadi PM tapi semuanya takut!
satu berani..berani tipu n tipu.
Apalah TT..buat malu org kampung je.
Catat Ulasan