Jumaat, 26 Oktober 2012

UCAPAN UNTUK TERUS BERKORBAN






 
Perutusan Eidul Adha 1433 Hijrah

“Memaknai Pengorbanan demi Keadilan”

Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar! Walillahilhamd. Selawat ke atas junjungan besar Muhammad S.A.W.

Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat Eidul Adha kepada seluruh warga Muslim di Malaysia. Marilah kita bersama-sama doakan kesejahteraan mereka yang sekarang ini sedang melakukan ibadah di Padang Arafah supaya memperoleh haji yang mabrur dan diberkati. Semoga selamat dalam urusan harian di sana dan selamat kembali ke tanahair, Insya Allah.

Eiduladha juga sering disebut sebagai hari raya haji atau hari raya korban. Apakah yang boleh dimaksudkan dengan pengorbanan. Ianya adalah satu proses kesetiaan, ketaatan dan keikhlasan. Lihatlah bagaimana ketaatan Nabi Ibrahim a.s yang redha menerima perintah Tuhan untuk mengorbankan putera baginda Ismail a.s. Namun, ketaatan yang wujud dalam diri Ibrahim a.s itu sangat mengujakan sehinggakan Ismail.a.s juga redha dengan ketentuan yang telah diperintahkan. Begitulah, kisah ini terkait dalam kehidupan hari ini bahawa pengorbanan adalah ketaatan dan kesetiaan dalam perjuangan yang meletakkan Islam itu dikedudukan yang tinggi.

Islam juga menggalakkan umatnya yang berharta dan mampu untuk mengorbankan sedikit daripada haknya itu untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan. Janganlah kita lupa akan saudara kita yang menderita dengan tekanan hidup akibat krisis dan perbalahan seperti di Syria, Rohingya, Afghanistan dan serata dunia. Kerana bukan korbannya tidak diterima tetapi keikhlasan itu adalah lebih utama seperti kisah Qabil dan Habil yang tercatat dalam Surah Al-Maidah ayat ke 27

Berkata Habil: “Sesungguhnya Allah hanya menerima (korban) dari orang-orang yang bertakwa”

Juga di Malaysia yang terus terbeban dengan ekonomi dan kuasa membeli yang semakin rendah, anak muda yang terkesan dengan bebanan hutang belajar, graduan yang sukar mendapat kerja dan aktiviti jenayah dan moral yang semakin membimbangkan.

Jelas sekali, bahawa Islam itu mendidik umatnya agar sentiasa bersatu dan bersedia untuk berdepan dengan apa jua kemungkinan agar isu yang berbangkit seperti memperlekehkan hak dan hukum Islam di Malaysia tidak akan berulang dan seterusnya Islam dapat dipertahankan. Oleh yang demikian Islam akan sentiasa dimartabatkan dan terus dihormati oleh semua kaum. Maka dikesempatan ini, masih ada peluang untuk kita terus memupuk masyarakat yang penyayang dan saling bantu membantu antara satu sama lain tanpa mengira latarbelakang bangsa dan ideologi politik.

Dalam konteks Malaysia, harus kita lihat pengorbanan itu dari sudut kesedian untuk istiqomah, ikhlas dan memegang amanah untuk memerangi salahgunakuasa, penyelewengan, rasuah dan penindasan. Tanggungjawab ini melibatkan pelbagai sektor, dari segi pendidikan, ekonomi, pekerjaan, sosial dan agama serta adat kepercayaan. Maka adalah menjadi tanggungjawab kepimpinan negeri menjayakan apa yang telah mereka perjelaskan demi kesejahteraan hidup walaupun ada perbedaan kepentingan politik, agama dan bangsa.

Semoga kita semua dapat menghayati apa yang telah Rasulullah S.A.W nyataka semasa menyampaikan khutbah di Hujjatul Wida’ (Haji Perpisahan)

Sesiapa yang telah diamanahkan, maka tunaikanlah amanah itu kepada yang berhak menerimanya..”

Justeru, ayuhlah rakyat Malaysia khususnya dan yang Muslim khasnya, kita bersatu dan mengenepikan apa jua perbedaan dan fahaman politik antara kita. Marilah kita bersama-sama menginsafi diri dan bersyukur agar kita dapat terus mengangkat agama dan dalam masa yang sama kita memelihara hubungan yang rapat dengan kaum-kaum lain.

Selamat menyambut Eidul Adha 1433H


Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Presiden
Parti Keadilan Rakyat

2 ulasan:

didi kota belud berkata...

ITU SEBAB KALAU JIRAN BELAH SINUN MENGHASUT AKU BUAT DERKKK JEEEE.....KAN TERKORBAN TIPU PUAK SINUN OLEH AKU...TERERR TAK,,,, TERERR TAK....?

Tanpa Nama berkata...

pelik aku!

macammana bole habil bela lembu sedangkan adam sendiri tak bela lembu???

lembu tu macam mana die bole bela?

bukanke dulu-dulu manusia hidup dalam gua dan idup memburu, tiba-tiba je bela lembu???

pastu, qabil pula boleh tanam sayur-sayur???

mati dibunuh diajar oleh burung gagak, tapi bela lembu dan tanam sayur belajar dari sapa???