BUKU INI AKAN TERBIT
TIDAK LAMA LAGI
TIDAK LAMA LAGI
sila
NANTIKAN PELANCARAN
SATU JUTA AZAM
Ini adalah tulisan saya yang akhir untuk tahun 2012. Minggu
hadapan tulisan saya muncul ditahun yang baru. Saya mengucapkan selamat tinggal
2012 dan selamat datang 2013. Kalendar
Maya juga telah berakhir untuk satu pusingan selama 26 ribu
tahun. Heboh-heboh dalam Kelender Maya tentang dunia ini akan kiamat pada 21 Disember
lalu telah meleset. Perjalanan hidup
manusia diteruskan dengan gangguan koma, sengkang dan tanda tanya. Noktah akhir
masih jauh lagi.
Minggu ini media – akhbar dan radio – saperti biasa telah menjadi Pak Sibuk dengan mengajak warga membuat azam baru. Juga media
ini meminta pendengar dan pembaca untuk
melihat kembali azam tahun lalu sama ada
telah dapat dikotakan atau hancur ditengah jalan.
Saya sendiri tidak
pernah membuat apa-apa azam untuk tahun baru yang lepas-lepas. Untuk saya mustahil
azam saya hanya muncul ditahun baru. Mustahil saya ini
hanya akan membuat azam hanya di
tahun baru. Saya tidak melihat lojik dan rasional yang kita hanya membuat azam
ditahun baru. Apakah kalau tidak ditahun baru kita tidak ada kepuayaan untuk
membuat azam. Hidup ini bukan saperti
syarikat untuk dihitung sama ada untung atau rugi dari tahun ke tahun.
Tetapi untuk tahun 2012 ini agak berbeza. Untuk pertama kali dalam
dalam hidup ini saya telah membuat azam
di tahun baru. Bukan ini sahaja – azam tahun baru saya ini juga untuk memiliki
tarikh dan masa ininya wajib saya capai. Ertinya azam saya ini ada tarikh lupus. Bunyinya agak ganjil tetapi
inilah sebenarnya yang sedang berlaku.
Pada malam berakhirnya 2012 dan bermulanya 2013 saya berazam
untuk menghasut 1 juta warga Malaysia
untuk turun berhimpun di Kuala Lumpur. Azam
tahun baru saya cukup jelas lagi
benderang. Saya berazam untuk meghasut 1 juta warga turun pada hari Sabtu
12 Januari 2013 akan datang ini . 1 juta ini akan mula berhimpun di
Stadium Merdeka pada jam 2:00 petang. Lihat dan perhatikan azam saya kali ini – ada
memiliki tarikh , waktu-waktu yang wajib
diikuti termasuk juga dimana azam saya ini akan meledak.
Sedarlah bahawa azam tahun
baru saya bukan generik , luas
atau berfalsafah. Ini bukan azam
untuk memperbaiki’ lagi hidup atau azam untuk berhenti merokok atau
berjanji untuk tidak mencari bini baru
dan dan dan... saperti yang selalu kita dengar dalam radio. Azam saya ini jelas
tidak berselindung dengan kata-kata molok lagi indah atau berselindung dengan
kata-kata yang berlagak hikmat dan
berfalsafah.
Saya membuat azam ini kerana saya merasakan bahawa masa dan
ketikanya telah sampai untuk warga bertindak.
Tindakan yang saya azamkan bukan tindakan individu persaorangan. Azam
yang menghasut 1 juta warga ini bertujuan untuk
memastikan ajenda individu tidak diketepikan. Malah ajenda individu
inilah yang dikumpulkan untuk menjadi
ajenda 1 juta Himpunan Kebangkitan Rakyat.
Azam saya untuk menghimpunkan 1 juta warga di Kuala Lumpur
memiliki asas yang kukuh. Azam saya ini
bukan muncul secara tertiba. Azam ini juga bukan lahir dari angan-angan dan
mimpi-mimpi. Azam menghimpunkan 1 juta warga ini muncul dari lembah siasah
tanah air kita. Azam 1 juta rakyat berkumpul berlatar belakangkan politik yang wujud
hari ini.
Umum yang telah akil
baligh politiknya tahu bahawa PRU13 akan berlangung pada awal tahun ini. Saya
telah berkali kali membawa pencerahan dengan bahan bahan bukti tentang penipuan
yang telah dirancang oleh Suruhanjaya Pilihan
Raya ( SPR) untuk PRU13 ini. Saya yakin pembaca tulisan saya telah semakin
sedar tentang penipuan-penipuan ini.
Mengetahui dalam PRU13
ini nanti akan berlaku banyak penipuan
telah menjadikan warga marah , bengis dan berdendam. Ada juga warga yang
menjadi sinikal. Dan ada juga warga yang hilang punca seolah-olah tidak ada
jalan keluar. Kemarahan, sinikal atau
putus asa individu ini untuk saya tidak memiliki apa apa makna yang hakiki.
Kemarahan individu akan terus menjadi kemarahan individu. Kemarahan individu sampai kiamat tidak akan
membawa apa apa perubahan.
Tetapi bayangkan jika azam 12 Januari saya ini berjaya
direalisasikan - kemarahan individu ini
dapat dikumpulkan untuk menjadi kemarahan satu juta warga. Jika ini berlaku maka ianya akan membawa makna yang baru.
Apa makna barunya? Pasti ada pembaca yang bertanya apa sebenarnya
tujuan Himpunan Kebangkitan Rakyat. Kenapa perlu satu juta
dan tidak 50 orang atau 50 ribu orang. Soalan saperti ini adalah soalan jujur
dan memerlukan percerahan. Biar saya terangkan disini.
Angka 1 juta ini muncul sesudah Bersih berjaya menghimpunkan
lebih dari 250,000 warga pada 28 April
2012 yang lalu. Warga sebanyak ini telah menuntut agar dijalankan pilihan raya
yang bersih dan adil di Malaysia. Tuntutan ini telah gagal. Jika 250,000 warga
gagal dengan tuntutan dijalalan raya maka adalah lojik untuk dibawa 1 juta pula
ke jalan raya. Jika gerombolan yang berkuasa tidak mengindahkan suara 250,000 orang maka mari kita duga
dengan suara tuntutan 1 juta.
Tarikah dan waktu Himpunan Kebangkitan Rakyat ini sengaja dipilih berhampiran dengan tarikh PRU13. Tarikh ini bukan muncul secara TIDAK sengaja. Tarikh ini dipilih untuk
memberi tekanan maksimum kepada United Malays National Organisation dan
kuncu-kuncunya. Juga memberi tekanan kepada lembaga SPR.
Himpunan ini memang dirancang
dengan jangka masa yang panjang. Ini untuk melihat apakah kuncu-kuncu
United Malays National Organisation akan berani membuat halangan saperti yang
sudah-sudah. Ketika himpunan Bersih dahulu berpuluh-puluh laporan polis telah
dibuat. Banyak kenyataan yang cuba menakut-nakutkan orang ramai telah didengar. Menakut-nakutkan orang ramai yang berani
bersuara terus menjadi ajenda United Malysa National Organisation
Dalam azam tahun baru saya ini juga – saya ingin
melihat apakah Ngo-Ngo Melayu akan berani bersuara dengan sombong sambil berangan-angan ingin membuat satu himpunan
pada hari yang sama. Atau gerombolan
Patriot yang berbaju merah akan berusaha lebih gigih lagi untuk mengumpulkan lebih ramai Mat Bangla untuk menentang 1 juta Himpunan Kebangkitan Rakyat.
Saya juga berazam
ingin melihat apakah gerombolan Perkasa dan Ngo yang sealiran dengannya akan cuba menggangu gugat kekuatan satu juta
rakyat. Saya juga mahu melihat apakah Silat Cekak Leher akan berubah untuk menjadi
Silat Cekak Pinggang apabila melihat 1 juta dijalan raya.
Tetapi semua ini hanyalah
hujah sampingan kenapa 1 juta
perlu turun pada 12 Januari ini. Azam
utama – hujah utama dari 1 juta orang ramai turun berdemo ke jalan raya ini
adalah tanda amaran. Satu juta kemarahan rakyat itu adalah ada satu juta amaran kepada United Malays National Organisation.
Ini adalah amaran agar SPR dan United Malaysa National ORganisation TIDAK akan
menjalankan penipuan dalamn PRU13 yang akan datang ini.
Satu juta rakyat berhimpun adalah tanda ingatan bahawa orang
ramai amat sedar tentang penipuan yang
telah,sedang dan akan dijalankan dalam pilihan raya yang akan datang. Satu
juta rakyat berhimpuan adakah amaran yang cukup jelas – jangan tipu dalam
PRU13.
Dari kajian lembaga akademia saperti MERAP – Malaysian
Electoral Roll Analysis Project - umum
telah diberitahu tentang rancangan jahat SPR untuk memasukan nama-nama ‘warga
asing’ ke dalam senarai undi.
Justeru, adalah membuang masa
untuk saya menuliskan lagi contoh dan bukti penipuan yang sedang berjalan dan sedang dirancang.
Memadailah saya
nyatakan disini sajelas mungkin bahawa 1 juta rakyat yang keluar ke jalan raya
ialah amaran awal. Satu juta ini keluar
untuk mendindingi diri mereka agar tidak lagi mahu kena tipu. Tetapi, jika United Malays
National Organisation dan SPR menjalankan
‘projek tipu’ mereka dalam PRU13
ini nanti maka 1 juta ini hanya percubaan awal.
Jika pengundi dan rakyat merasakan mereka telah ditipu
dalam PRU13 ini nanti bukan hanya satu
juta yang akan turun ke jalan raya, bukan
dua juta tetapi berjuta juta
rakyat akan ke jalan raya. Semua akan bangun melawan kerana tidak mahu lagi ditipu dan dibodohkabn oleh
SPR.
Memang betul ini bukan Arab Spring. Malaysia bukan Mesir. Malaysia bukan Arab. Kita memiliki budaya dan politk yang berbeza dengan budaya dan
politik Arab. Justeru saya akui apa yang
berlaku di Malaysia ini bukan Arab Spring tetapi apa
yang sedang berlaku di sekarang ini ialah Malaysian Durian – keras ,
tajam tetapi isinya lemak, lembut dan
manis.
Durian Malaysia inilah yang sedang memberi amaran kepada
United Malays National Organisation dan baruanya yang bernama SPR. Satu juta
yang akan berhimpun pada 12 Januari 2013 ini akan membawa kain rentang yang amat jelas – jangan tipu undi – kalau tipu undi 5
juta lagi akan turun - . Lima juta rakyat akan turun ke jalan raya jika
mereka merasa mereka telah ditipu. Lima juta ini bukan satu
amaran tetapi satu azam dan janji. ( TT)
NOTA:
tulisan ini telah disiarkan
dalam akhbar SUARA KEADILAN tekini
sesiapa ingin melanggan akhbar mingguan ini
sila pukul talipon 03-22-72-40-45
-------
4 ulasan:
Doa sambut tahun baru ada dalam blog beruk...kah kah kah
Tertangkapnya sa-ekor Toyo dah dapat..tak sabar pulak nak dapatkan buku terbaru TT ni..rasmi le cepat2..lagi bagus klau sebelum PRU13..leh hasut kawan2 dgn ahli keluarga baca buku ni nanti..kahkahkah.
AZAM mu AZAM ku jua.......ZAM ZAM ALA KAZAM.......INGAT TT..GIGIT SAMPAI PUTUS,CENGKAM SAMPAI BERBEKAS,TERAJANG SAMPAI JATUH DAN JALAN SAMPAI HABIS...TIADA U TURN UNTUK AZAM MU NI....LANGGARRRRRRR.....!!!!!
Azam ok. Ezam tak ok.
Catat Ulasan