petang sabtu itu hujan renyai
cuaca redup
aku sempat ke siber cafe
di pekan kuala besut
di sebelah perhentian bas
lalu membaca apa yang berlaku dalam dunia
kemudian aku beralih
ke satu lagi siber cafe
berhampiran restoran unggun api
ini silap besar
ada lima buah pc
dua rosak
dan hanya tiga buah boleh digunakan
ketiga-tiga sedang ke kerumuni oleh budak sekolah
yang sedang main games
dung dang dong
ting tang tong
seorang bermain bertembak tembak
empat orang berkerumun memberi ulasan selari
dan mengkuatkan lagi bunyi tempakan pistol
dam dam dam
aku menunggu pc yang kosong
tak ada
lalu aku mengintai untuk melihat
apa yang menarik hati anak sekolah ini
aduh - keganasan?
mungkin
tapi aku amat kagum dengan kecekapan mereka
menembak dan menembak
akhirnya tuan punya kedai - seorang minah muda
meminta dari budak sekolah ini agar aku diberi peluang
lalu aku duduk dan melayari internet
tanpa aku sedari
seorang budak sekolah disebelah aku
sedang melancarkan perang gerila
dia bersuara halus ' lambat lagi ke..'
dia mengulangi kata kata ini
antara dengar dan tak dengar
ini perang gerila
yang akhirnya aku mengaku kalah dan mengundur
KE JERTEH
lewat jam 3 aku mengarah ke jerteh
untuk mecari kedai gunting
bertemu dengan kawasan bazar melayu
yang sedang dirobohkan
dari pemerhatian inilah
pusat perniagaan orang melayu dalam jereteh
kenapa diruntuhkan tidak aku ketahui
aku berbual denga tukang gunting
si tukang gunting marah kepada kerajaan
kerana menghalau para pekedai
dan ada yang kini duduk berniaga dibawah jambatan
' macam orang perlarian' kata si tukang gunting
tak jauh dari bazaar runtuh ini
ialah sebuah masjid yang namanya
kelihatan membodek - masjid hadari
aku kini menunggu sebuah masjid
yang akan diopanggil masjid satu malaysia
awal tadi
si tukang gunting ketika aku sampai
kelihatan ngantuk dan lesu
bila mula berbual dengan aku
dia kelihatan cerah dan segar
aku bercukur
untuk mengingati jerteh
KAMPONG RAJA
putar punya putar
sampai ke pasar ramadan kampong raja
wow! cukup besar dan banyak warong
lebih banyak gerai di kuala besut
disini kami cuba sekali lagi
mencari nira yang ori
kami membeli empat botol dari kedai yang berbeza
tapi aku terperanjat besar
apabila satu ketul daging ikan tongkol
harganya lima ringgit
sama dengan harga gulai itik
bila aku tanya
anak gadis yang menjual ikan ini
berapa harga ikan
dia tak berani letak harga
lalu bertanya pada emaknya
'lima' - nah ini penyembelihan dibulan ramadan
BERBUKA DI UNGGUN API
dari kampong raja
kami pulang ke restoran unggun api
membuka juadah dan makanan
dari rerstoran kami memesan nasi dan minuman
GAGAL LAGI
air nira
air tuak
gagal lagi
PROPGRAM POLITIK
sesudah berbuka dan makan
kami ingin mengikuti program politik
tapi gagal kerana
CIK LONG CALON PAS
parti pas masih belum menyusun program
kami gian sangat ingin menemu bual calon pas
untuk radio bangsar utama
MEMERANJATKAN
tetiba tuan punya restoran
berbisik pada kau
cik long nama manja calon pas
akan datang ke restoran
dan aku boleh berjumpa
untuk aku ini peluang terbaik
kalau kalau dapat
temu bual untuk radio bangsar
ketika ino restoran anggun penuh
termasuk satu kumpulan ayahanda
yang kini dikatakan sedang
merancang untuk menyokong pas
kerana tidak puas hati
mungkin kena kencing dalam pru yang lalu
CIK LONG SAMPAI
orangnya lemah lembut
kontrtektor kelas A
cik long sampai dengan diikuti oleh anak buahnya
aku bangun bersalaman
dan menyatakan hasrat untuk temu bual
cik long minta aku susun dengan pembantu pribadi
sesudah jam 12 aku wajib menalipon katanya...
cik long bersalaman dengan pelanggan
dari meja ke meja
cik long amat ramah
kelihatan amat senang dengan orang ramai
cik long kemudian beredar
sesudah cik long beredar
tuan empunya restoran membuat pengumuman
'cik long telah bayar semua..'
aku kantoi lagi
kerana kami telah bayar bil makan kami lebih awal
CERAMAH MALAM KEDUA
dalam gelap kami sampai ke tapak ceramah
tak ramai orang
ada dr hatta dr zul dan khalid samad
mereka ini politikus pro
dan yang kami tunggu ialah
ucapan dari cik long
GAGAL LAGI
sekali lagi cik long gagal
untuk berucap panjang
tak sampai tiga minit cik long berucap
sama isinya saperti malam pertama
cik long beredar awal kerana ada program lain
apa program itu aku tak tahu
JAM 12:00 MENUNGGU JANJI
sekali lagi gagal
radio bangsar tidak dapat
membuat temu bual cik long
kami merasa kecewa
lalu ke cafe di tepi laut dalam pekan kuala besut
wow! cafe ini dipenuhi oleh pelancung politik
dan juga wartawan
aku difahamkan ramai wartawan
termasuk wartawan mkini tinggal di hotel pekan ini
kami makan keropok lekor
aku bukan gila sangat dengan keropok lekor
malah aku tidak pernah memesan atau membelinya
yang memesan bukan aku
SELAMAT TINGGAL UNGGUN API
lewat dua pagi
kami bersiap untuk ke kota bahru
kami ingin bersahur di kota bahru
akau ada temu janji
dengan mek kelantan
kami tinggalkan kuala besut
kami tinggalkan unggun api
hujung minggu di kuala besut kami berakhir
sekali dalam hidup warga malaysia wajib
datang merasa berpuasa di terangganu
dari kuala besut kami ke tok bali
ke bachok dan ke kota bahru
dan dikota bahru itu kesah yang lain
---------
6 ulasan:
Hahaha..TT akhirnya kalah dengan gerila kecil..
Amboi dia! nak pergi berdating dengan mek kelate letteww?, yeah!! come on Sham!! Nanti akad nikah lu buat live keluar Radio Bangsar Utama jugak ok?, gua doakan.. Amin..
Bro..
Cik Long typical PAS dulu dulu..
..sepoi..lari2..takut nak berdepan media..sbb tak tau nak cakap ape..
Nak tau jugak apa visiong dan misiong cik long?
Salam,bro tt nanti boleh tak explain pasal petrodollar, mcm mana dia berfungsi, mcm mane dia mengkayakan amerika, tanda2 kejatuhan petrodollar, sapa yang untung dgn sistem ni.
bab jertih nie..pekan kecik joo..tapi masjid dia..ya Allah..banyak..saiz dia..yaa rabbi...mega-mega..agak2 kontektor maner dapat..paling massyaallah...masjid kayu dekat petronas station..agak2 brapa harganya...nie projek nak rekrut Allah ke nak bahang pitihhh...??
Hahaha...aku kantoi lagi...sebab dah bayar bil...ayat paling aku suka...tt asyik kantoi jer
Catat Ulasan