Isnin, 15 Julai 2013

KITA TELAH MELINTASI HARI KE 6



HARI KE ENAM

hari ini paling enak berpuasa
tidak ada gangguan

cuaca redup
awan ada
awan tetiba tak ada
tetiba ada

sesekali 
ada rintikan hujan
saperti anak dara menangis
kerana kekasih  disambar helang

AKU TELIHAT
tadi aku ternampak saekor detik
ianya kesaorangan
pindah dari rumput ke rumput
mencari makan petang

lalu aku bertanya
kenapa kau kesaorangan
kemana kekasih cinta mu
kemana pergi jantung hati mu

lalu aku amati
baru aku sedar
ekornya terkontot
apakah kerana ini
sang kekasih telah meningglkan kau

apakah kerana ini
kau telah dikeluar dari kumpulan

detik
walau apa pun
petang ini kau telah mengajar aku
bahawa  yang indah diluar itu
hanya kulitan

aku bersyukur 
petang ini aku bertemu
saekor detik yang kontot ekornya

BERBUKA PETANG INI
dengan buah mangga
buah manggis telah habis
ada beberapa  helai 
buah tamar kering

BELACAN DARI PASAR PAYANG
kelmarin dalam perjalaan pulang dari kuala besut
singgah dipasar payang
pasar ini gelap gulita
api  leterik sengaja dipadamkan
untuk beri tekanan 

ini kerana ada towkay
ini keraa ada cukong
yang telah ikat janji
dengan politikus

nak buat hotel ditapak pasar
maka peniaga wajib dihalau
potong leterik ada taktik awal
sebelum tetiba pasar ini terbakar

dalam gelap itu sempat membeli belacan ganu
sempat beli rempah kampong

daging dari besut
belacan dari pasar payang
bertemu rempah dalam periok
lalu dihidangkan petang ini

bon appetit
selamat berbuka puasa


-----------

1 ulasan:

Unknown berkata...

cerita2 mengenai ketuanan melayu, menolong bangsa melayu, dan dan dan.... hanyalah satu propagandhi semata2 untuk kepentingan sekelompok oportunis. semua habis hanyut dengan cerita sedih 'pasar payang' ini. gua tak sure pasal statistik, tapi gua sure majoriti adalah peniaga melayu yang mencari sesuap nasi disitu bertahun2 lamanya.

pada mereka2 yang 'holier than thou' yang selalu bising tak tentu pasal tentang komunis soialis, adalah jauh lebih berfaedah untuk menentang aparat penguasa borjuis kaiptalis yang terang2 menjatuhkan 'hukuman mati' pada melayu marhaen pasar kepayang.

lambat laun, hukuman mati juga bakal dijatuhkan ka atas kita dengan termeterainya perjanjian TPPA. ini agenda siapa? sosialis? komunis?

buka la matamu......