KITA INI HENDAK KE MANA?


Selama dua minggu sambil bekerja sambil saya menghayati naratif yang dibawakan oleh filem ini. Dokumentri ialah tentang gaya hidup bangsa Kogi. Mereka tinggal di pergunungan Sierra Nevada de Santa Marta di Colombia. Wilayah Kogi ialah 19,000 kaki dari permukaan laut diatas pergunungan Andes di Amerika Latin.

Untuk masyarakat Kogi sama saperti Jakun, Senoi atau Temiar - mereka percaya semua wujudiah dalam dunia memiliki roh dan semangat. Manusia, binatang, pokok, batu atau air adalah bentuk pisikal. Semua bentuk pisikal ini memiliki roh dan semangat. Justeru apa saja yang kita usik bermakna kita mengusik jisim dan roh.

Abang Tua telah memberi amaran kepada Adik Muda. Amaran kepada kita semua agar ‘berhenti’ melakukan apa yang sedang kita lakukan kepada alam ini. Abang Tua kita memberi tahu bahawa salji semakin berkurangan di Pergunungan Andes. Takungan air salji semakin susut. Ini tanda-tanda bala dan malapetaka akan sampai. Bila salji diatas gunung kurang bermakna air dibawah gunung akan susut. Bila air kurang musim kering akan sampai.

Malaysia sebuah negara tropikal yang cuaca biasanya tidak pernah melitasi 30 darjah Centigrade. Kini semua telah berubah. Sekolah di Kedah dan Perlis - ketika saya menulis ini - masih ditutup kerana panas. Langkawi dan Chuping terus dibakar matahari. Dari laporan media saya difahamkan banyak daerah di Utara Tanah Melayu telah menjadi kering kontang kerana hujan tak sempai-sampai lebih dari satu bulan. Rekod panas yang melintasi 39 darjah Centigrade telah pernah dirakam untuk pertama kalinya dibumi Malaysia.

Apakah kita semua - anak semua bangsa dalam bumi manusia ini tidak mahu mendengar amaran demi amaran tentang pemanasan dunia? Atau anak semua bangsa tidak memahami apa yang sedang berlaku.Soalan ini selalu saya tanya kepada diri saya sendiri. Saya tidak memiliki jawapan.
Tetapi saya memahami apa yang sedang berlaku terhadap alam ini. Saya memahami kenapa pemanasan dunia hari ini berlaku. Sama saperti pembacaan dan hujah saya terhadap politik - dimana punca kuasa politik ialah ekonomi. Dalam isu pemanasan bumi manusia juga saya menggunakan ekonomi sebagai punca.


Kekeringan salji di Andes, di Himalaya atau di Khutub Utara hanyalah manifestasi tentang sakit yang sedang dialami oleh bumi manusia. Apakah masih ada yang sangsi tentang ke wujudnya pemanasan dunia? Apakah masih ada yang tidak sedar tentang hakikat ini?

Sama saperti memahami krisis Orang Pelarian Perang masuk ke Eropah pada ketika ini bukan kerana Turki membuka sempadan. Atau kerana Greece kurang pengawalan. Atau kerana Sweden mengalukan kemasukan Orang Pelarian. Bukan. Bukan. Bukan.
Orang Pelarian Perang bermula dengan perang. Perang bermula di Syria, di Libya, di Afghanistan dan di Palestin. Syria diserang kerana apa? Syria diserang kerana enggan memberi laluan paip minyak milik Saudi/Amerika. Kaum pemodal syarikat minyak melobi politikus di Rumah puteh untuk menyerang Syria. Libya dan Afghanistan diserang kerana apa? Kerana minyak. Orang Pelarian Perang muncul dari perang. Perang muncul kerana perebutan ekonomi. Justeru semuanya kembali kepada kepentingan ekonomi. Ekonomi ini ialah sistem ekonomi kapitalis.


Kini semuanya telah berubah. Dari Mercentile Capitalism ianya beralih menjadi Kapitalis Industrial. Dari Kapitalis Industrial menjadi kuasa imperialis dimana wilayah dijajah untuk mendapatkan keuntunagn maksima. Jangan sesekali dilupakan keuntungan maksima adalah rukun iman kaum kapitalis.

Justeru tidak salah jika saya katakan pantai Telok Kemang Batu Lapan Port Dickson menjadi kotor kerana sistem kapitalis. Jika kekotoran ini bukan diwujudkan oleh sistem kapitalis samalah saperti menolak hakikat Perang Syria bukan kerana bahan bakar petrolium.
Para saintis sebulat suara bersetuju dan menerangkan bahawa bumi manusia ini menjadi panas kerana ruang udara diatas muka bumi ini sedang dibungkus oleh carbon dioxide atau Co2.

Ribuan tahun dahulu Co2 boleh disedut oleh deduan hijau. Kalau dulu Co2 disedut oleh hijauan daun kayu dan dimuntahkan sebagai oxygen. Kenapa sekarang tidak boleh disedut untuk dibersihkan oleh daun daun kayu? Kenapa tidak berlaku lagi sekarang?

Apabila kayu ditebang yang ikut sama gugur ke bumi ialah dedaun kayu. Semakin kurang hutan semakin kurang dedaun kayu. Maka semakin banyak Co2 yang tidak dibersihkan memasuki ruang udara.

Bila saya tuduh ‘ global warming’ - pemanasan dunia ini disebabkan oleh Nik Abduh, atau oleh Felda atau oleh Ting Pek Kiing atau Taib Mahmud atau oleh towkay balak atau oleh sistem kapitalis pasti ramai yang mengatakan Hishamuddin Rais telah gila. Dia telah dipengaruhi Abang Tua dari gunung Andes. Tetapi inilah fakta. Inilah hakikat bahawa kita semua bertanggung jawab. (TT)
NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanmggan akhbar minngun ini
sila pukul talipon
03-92-21-30-45

---------------
5 ulasan:
Steady Ankel Sham, lu gila pun xpe..ramai nak follow...kalau betul tegak macam pembaris pun...tapi boddo melantun...senang senang orang beratur nak maki...
Haha.. dalam Islam mana ada ada istilah kajian abang Isham ooi.. yang depa tau, baca dan dengar, kendian tetiba ada bukti dilambakkan yang Maha Esa.. itu saja.. Al Quran is a sign, not science!!!
Yang dok gi mengaji depan tok2 guru pun, berapa ekor yang bawak kitab bro.. tengok sendiri ceramah UAI..ceramah ostat berlambak2 dalam youtube.. semua gi dengar joo.. balik kontot kaddaboom..habih berselerak ilmu bersepai..
Sbb tu dalam Islam, tak ada barang2 dicipta, sbb Tuhan sudah ciptakan. Budaya mengkaji langsung tak ada.. Kalo harap Nik Abduh dan Haji Hadi, alamat kita pakai cawat sabut kelapa laaaa.. sarung tetek pun guna tempurung... serban pun guna kulit batang pisang..
Budaya menulis jauh sekali. Yang ada ulamak dua tiga kerat ajolah.. lain2 tumpang glamer..
Betul pemanasan global terjadi kerana terdapat lumayan jejak kaki karbon seperti lapisan karbon diodsida atau CO2 terapung di atmosfera lalu menyimpan haba yang menyiksakan manusia dan tumbuhan2 lain. Penyumbang tersohor CO2 ni datangnya dari negara industri besar seperti Amerika Syarikat, China dan India yang masing2 hebat dalam melaksanakan sistem ekonomi yang bermazhab kapitalisme. PPB dah tak larat nak meminta negara2 berkenaan mengurangkan lepasan CO2 yang telah mencabul integriti kehidupan manusia. Manusia dah bosan dan mengalami keletihan mental dalam menghadapi suhu yang luar biasa panas ni.
Maka kritikan harus difokus pada 3 negara itu. Ketiga3 negara tu cakap first class nak hapuskan global warming tapi tindakan2 mereka lebih hebat lagi mengeluarkan CO2 ke atmosfera pada skala yang menggerunkan.
Lu mmey tegak bro... Lu bile cerite sriuws sikit, mcm tgh becakap ala-ala pakai motaboard..
Jika aku stress aje, aku gi ke blog TT...mngkin cetusan idea yg tk makan saman, tanpa kekangan, tk amek pot ape org nk kata mnyebbkn aku lega...ade jugak manusia yg melanggr arus perdana ni survived ..tqvm TT
Catat Ulasan