.

Rabu, 8 Ogos 2018

PROJEK SAILANG MAHATHIR





MERAKAM SEJARAH 

LAGI PROJEK SAILING 

MAHATHIR


Malam Rabu 9 Mei 2018 kerajaan baru Pakatan Rakyat gagal ditubuhkan. Mahathir Muhamad gagal mengangkat sumpah di Istana Negara untuk menjadi Perdana Menteri ke7. 

Satu surat - persetujuan - yang telah ditanda tangani oleh  empat pemimpin Pakatan Harapan ( PKR, DAP, AMANAH, Bersatu ) untuk menobatkan Mahathir Muhamad sebagai Perdana Menteri baru telah disediakan. Surat ini telah  dibawa oleh Dr Wan Azizzh untuk dipersembahkan kepada Agong. Tetapi pada malam Rabu 9 Mei 2018 surat ini  tidak dibincangkan.  Surat ini terbengkalai.

Ketika berhadapan dengan Agong tetiba Agong berniat mahu melantik Dr Wan Azizah Presiden PKR sebagai Perdana Menteri. Ini kerana PKR - mengikut lojik Agong - telah mendapat kerusi terbanyak. Walhal kerusi terbanyak ini  adalah hasil  dari empat parti bersetuju untuk  menggunakan hanya satu logo - logo Parti Keadilan Rakyat. Yang ini Agong tak faham atau…jeng jeng jeng.

Lalu timbul persoalan hakiki untuk kurun ini: Cadangan Wan Azizah untuk dijadikan  Perdana Menteri dari Yang Di Pertuan  Agong ini lahir dari cadangan kepala Mat Pet mana?

Siapa agaknya yang berjaya menyuntikkan idea Wan Azizah jadi Perdana Menteri ini kepada Agong? Amat jelas dibelakang semua ini adalah projek untuk mengagalkan Mahathir dari menjadi PM. Maka siapa agaknya dibelakang projek mengsailang Mahathir ini? 

Jeng jeng jeng. Drama bertambah gelap.Lagi takut  lagi  menggerunkan.

Ketika semua ini berlaku di Padang Timur - dihadapan Amcorp Mall - rakyat makin melimpah berhimpun. Orang ramai makin gelisah menunggu  kerajaan baru ditubuhkan. 

Dari Dewan Sheraton Hotel  saya terus menerus berhubung dengan Jonah dan Kecik dua orang  anak muda yang  telah ditugaskan mememantau dan memandu orang ramai di Padang Timur. Permintaan dari war room cukup senang - orang ramai wajib  terus ditenteramkan. Huru hara tidak dingini.

Kita  tahu pasti ada hantu pontianak  bersama  dalam ribuan orang ramai yang sedang berkumpul. Ajen provokasi  yang diupah oleh Najib dan Habibul Rahman pasti ada bersama  berligar disana sini. Pengalaman telah menjadi guru dan mendewasakan tindak tanduk kami.

Jam telah melintasi dua pagi. Hari telah beralih. Kami difahamkan esok akan diadakan sekali lagi pertemuan pemimpin Pakatan Harapan dengan Agong.

Mat Sabu memberi arahan kepada saya agar mententeramkan warga yang berhimpun di Padang Timur. Saya turun kebawah untuk ke Padang Timur. Di ruang   menyambut tamu  dan di luar hotel ratusan warga sedang menunggu. Keadaan berserabut.

Manager Sheraton  seorang Mat Saleh kelihatan gagal mengawal keadaan. Suara dan permintaanya agar ruang lobi dikosongkan tidak dipedulikan. Ruang lobi menjadi padat - berpusu-pusu. 

Lalu saya meminta megapone dan bersuara  meminta ‘kawan-kawan’ keluar dari hotel dan mengunggu diluar.  Permintaan saya berjaya dilunaskan.

Dari hotel saya ke Padang Timur untuk memberi taklimat. Kepada yang berhimpuan saya memberi penerangan apa yang telah berlaku. Dan juga mengumumkan   bahawa esok pemimpin Pakatan akan pergi sekali lagi menemui  Agong.

Saya tidak meminta mereka berundur. Saya tidak meminta orang ramai beredar. Ini kerana saya tidak tahu apa lagi yang bakal  berlaku. Dari pengalaman saya ombak orang ramai yang berhimpun dipadang atau dijalan raya jangan sesekali kali disuraikan. 

Dalam fikrah - saya masih lagi bersiap sedia dengan politik jalan raya. Dalam sekelip mata semua boleh berubah. Justeru saya wajib terus bersedia. Semangat mahu melawan dari  orang ramai yang berhimpun jangan dipatahkan.

Justeru untuk meredakan suasana saya telah mengumumkan Khamis dan Jumaat sebagai hari cuti umum. Justeru orang ramai boleh terus bersadai di Padang Timur. Pengumuman saya ini disambut oleh gelak ketawa. 

Media sosial dengan  pantas ketawa  memperli dan  bertanya -  kuasa apa yang ada pada Hishamuddin Rais untuk mengumuman cuti. Tapi saya tidak ada pilihan. Hanya ‘cuti umum ‘ yang boleh mententermakn orang ramai yang berhimpun.

Dari Padang Timur saya berundur ke Sheraton. Jonah dan Kecik masih bertanggung jawab di Padang Timur.

Lewat jam tiga saya beredar dari Sheraton  dan singgah sekali lagi ke Padang Timur. Saya perhatikan orang ramai telah mula beredar.

ESOKNYA - Khamis 10 Mei 2018 jam 11.00. Najib Razak membuat siaran media. Najib muncul di radio dan tv untuk mengumumkan bahawa tidak ada - saya ulangi TIDAK ADA - parti politik yang memiliki majoriti untuk menubuhkan kerajaan. Semua terpulang kepada budi bicara Agong. 

Saya dipanggil ke Sheraton. Keadaan semakin  tidak menentu. Apa makna ucapan Najib. Berita angin mula tersebar bahawa Agong akan menemui bual pemimpin Pakatan Harapan. 

Menemu bual? 

Apa hantunya  menemui bual ini? Saya menjadi hairan. Pemimpin Pakatan Harapan bukan nak minta kerja. Atau  nak  minta lesen Projek Jual Pasir  ke Singapura. 

Dalam keadaan yang tidak menentu maka berita angin  ini pantas tersebar untuk menjadi  labon politik.

Pada Khamis 10 Mei 2018 jam 5 petang rombongan pemimpin Pakatan Harapan sekali lagi - kali kedua - ke Istana Negara.

Saya telah menalipon Zahid Hamidi yang masih lagi Menteri Dalam Negeri kerajaan penjaga ( care taker goverment). Zahid Hamidi minta saya datang ke rumahnya di Putra Jaya pada jam 5 petang.

Di Putra Jaya saya lihat kawalan cukup ketat. Banyak jalan ditutup. Polis disana sini. Banyak lorong dikawal. Arah ke rumah resmi PM tidak mungkin dilintasi. Ada jalan yang direntang kawat berduri.

Putar punya putar - bertanya disana sini - akhirnya saya berjaya juga sampai ke rumah Zahid Hamidi.

Apa tujuan saya berjumpa Zahid Hamidi? Tujuan saya hanya satu untuk meminta si Zahid ini agar tidak melakukan apa apa rancangan dan tindakan yang berpotensi membawa huru hara.

Saya sedar bahawa Barisan Nasional telah kalah. Tetapi saya juga sedar sebagai Menteri Dalam Negeri kerajaan penjaga si Zahid ini masih ada ‘garam’ untuk memberi arahan.

Saya yakin ramai akan bertanya bagaimana saya boleh menemui Menteri Dalam Negeri ini?

Biar saya hitam putehkan sejarahnya  disini.  Zahid ini adalah kawan lama saya dari zaman Universiti Malaya. Dalam Majlis ke17 Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) sesi 1974/75 - Hishamuddin Rais telah dipilih untuk menjadi Presiden PMUM. Timbalan Presiden PMUM ialah Zahid Hamidi.

Pada 3 Disember hingga 8 Disember 1974 - PMUM telah menjadi dalang  demo mahasiswa   bersama  pelajar dari Universiti Kebangsaan, Institut Teknoloji Mara dan Institut Teknoloji Kebangsaan. Pelajar dan mahasiswa turun  berdemo menyokong kaum tani miskin dan penoreh getah di Baling Kedah. 

Pada malam 8 Disember 1974 polis dan soldadu menyerbu kampus UM dan UKM atas arahan Razak Hussein. Saya meninggalkan kampus UM  pada malam 8 Disember 1974. Jawatan Presiden PMUM Majis ke 17 diambil alih oleh Zahid Hamidi.

PMUM kemudian  diharamkan oleh Mahathir Muhamad yang ketika itu Menteri Pelajaran. Perharaman ini disahkan  melalui Akta Universiti  Kolej Universiti Pindaan 1974. Justeru hubungan Hishamuddin Rais dengan Zahid Hamidi  telah lama terjalin.

Ketika saya sampai ke rumah Zahid  pihak polis masih lagi memberi kawalan. Saya masuk ikut pintu belakang. Ini rumah kediaman resmi Timbalan Perdana Menteri - luas dan lumayan. 

Saperti biasa Zahid menyambut kedatangan kami dengan ramah mesra walau pun kerajaan yang dipimpinnya telah kalah. Saya datang dengan dua  orang kawan dari jenerasi 1974 dan anak muda bernama Jonah.

‘ Shahrizat dan Khairy dah sampai awal tadi….’ Ini pembukan ucapan politik dari Zahid Hamidi.

‘Mereka meminta aku memimpin…mereka nak Najib letak jawatan..’ Zahid terus bersurah. Tetiba Hamidah isteri Zahid sampai. Si Hamidah ini melaungkan - REFORMASI apabila dia terlihat kami. Kami sesama senyum ketawa.

‘ Aku tak sampai hati nak beritahu Najib hal ini… bayangkan dah lebih 30 tahun aku dengan dia… tapi esok hari jadi Umno…  di PWTC akan ada move…’ Zahid menerangkan lagi.

‘ Macam  mana keadaan sekarang?’

‘Sham… Agong tak akan terima Pakatan Harapan. Masuk Istana pun belum pasti…duduk diluar pintu Istana..’ Zahid bercakap dengan penuh konfiden. Ini menjadikan saya cuak. Apakah rombongan pemimpin Pakatan Harapan akan tersadai dipintu pagar Istana Negara?

‘Jonah cuba talipon… betul ke?’ Jonah menalipon  kawan di Sheraton untuk kepastian.

‘ Betul …. delagasi masih diluar Istana lagi… ‘ Jonah memberi jawapan tuntas. Saya merasa ada sesuatu yang mengcurigakan. Dalam hati saya terus bertanya. Keadaan ini hasil dari projek siapa?

Kemudian dari saku seluarnya Zahid Hamidi mengeluarkan sakeping kertas. 

‘ Umno mendapat 54 kerusi, PKR 47 dan PAS dapat 18 kerusi… tidak ada parti yang memiliki majoriti..’ Bunyi suara Zahid ini sama saperti yang telah diucapkan oleh Najib pada awal pagi tadi. Malah ada bau bau chempedak dengan bunyi cakap Agong pada malam yang lalu.

Apa maksud  kenyataan ini? Apa tujuan kenyataan ini. Pada hemat saya projek sailang Mahathir masih berjalan.

Tetiba muncul dikaca tv ulangan kenyataan Ketua Polis Negara yang meminta semua warga bertenang. Saya tersenyum kerana saya sedang melihat kenyataan dari KPN ini bersama Zahid Hamidi - Menteri Dalam Negeri. Justeru niat saya telah pun disampaikan oleh  kenyataan Fauzi. 

Zahid menarik tangan saya untuk keluar dari ruang tamu. Kami berdua duduk di dapur. 
‘Apa Najib akan lakukan? Najib akan panggil NSC ke? Malam itu Najib ada panggil?

‘Tak ada…’ Jawapan Zahib pendek. Kemudian dia menyambung lagi.

‘ Aku ada talipon bos…’

Siapa bos ini? Tunggu minggu hadapan. (tt)




NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanggan 
akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
03-92-21-10-45












-------------

10 ulasan:

Aidil berkata...

Potong stim betul lah. tengah nak klimaks, ada iklan sambung minggu hadapan. hampeh. wakakaka

Tanpa Nama berkata...

Indah coretan tukar tiub ni.. Dari zaman reformasi lg rakyat kebanyakan yg berkorban untuk blok pakatan rakyat yang sekarang ni pakatan harapan. wira2 cybertrooper dan rakyat kebanyakan yg di sumbat dalam penjara.. dirampas barang kepunyaan dan harta. Tp bila menang.. Yg diangkat bekas2 pemimpin dan tahi umno BN. Anwar keluar penjara terus bersurah akan menjamin kuasa raja2.. Hei masa kau kene sumbat dalam penjara sape yg berhimpun untuk kau? sape yg berjuang untuk PKR?? bodoh punye anwar ibrahim. Raja2 syok diatas singgahsana je tau x.. Skrg Cybertrooper Pakatan harapan pun terbengkalai sbb langsung tidak dihargai.. tinggal la beberapa kerat yang masih setia melabon dan bersurah mcm hisyamudin rais ni. Tp dengar cerita sekarang hisyamudin rais tak macam dulu. bila org komen hentam dia dan pakatan harapan dia akan sembunyikan.. dah tak sejujur dulu..sejauh mana kebenarannya.. wallahualam..

panglimo potaseh berkata...

Ompek parti bergabung .. itu pun Agong tak paham. Gwa rasa lain kali sapa nak jadi Agong musti mau ado SRP.. sekurang2 nye abis darjah nam dgn lulus bahasa melayu ..dan tahu satu bahasa lain.. aa aa mcm bahasa keling ke.. bahasa Ukraine ke .. cam tu lah.. faham tak?

batutepi jalan berkata...

Fuck off laa... Bila nak abeh ni woi.. dah nak raya haji ni. Dah macam drama sinetron plak cerita 'sailang mahathir ni' bos mana yg zahid hamidi talipon tu? Nik abodoh ke? Kahkahkah

DIDI KOTA BELUD berkata...

Hisham.. Gergaji dua mata. ..Bilik gelap tapi terang.. Melastik tapi bersiul siul... Aku tau ko nak melayu solid gold genius mcm hang.. .Cina.. India.. Atau apa bangsa pun takley pulun... Tapi bila ko ngan bekas timbalan pmum ko tu cakap ada BOS. . ko buat aku terkencing ketakutan... Mesti bos korang musa aman kan... ..kakakakakakakakakkaakkaka. . Kimak punya pakistan.. ..kakakakkakkakaka

Amir Ahmed berkata...

Telefon bos... bos tu ialah hadi awang kan.. kingmaker kan... kahkahkah

Tanpa Nama berkata...

Wow..wow..wowww tt, rupanya lu pernah jadi boss pada zahid hamidi! Kahkahkah terbaik laa.. lu mmg tukang hasut tersohor. Sebelum lu mati tt, sila tulis autobiography utk diri lu sendiri. Aku rasa tak ada sapa yg mampu tulis utk kau, melainkan diri lu sendiri. Kalau adalah salah sorang kingmaker dlm projek reformasi ni, tahniah bro.

Backyard Poksir berkata...

Cilanat betul kau Tt.... kalau bos tu bukan kertel den sunatkan kau sekali lagi...

En. Ahmad berkata...

Bos abam tt ngn jahit komidi tu abe nuaq kn, dio kan dl UM jgk. Masuk akal tak.

LaM berkata...

Zahid punya Boss.. Anwar lah, siapa lagi. Najib pun malam tu ada talipon Boss jugak.

Tapi malam tu Najib ada panggil meeting NSC. Zahid Java tak tahu. Malang, IGP Fuzi hantar wakil..jadi projek NSC kantor sikit...