Selasa, 22 Oktober 2019

PENJUAL AGAMA MENCURI










TUAN HAJI

PENJUAL AGAMA

KAKI REMBAT

KAKI PUTAR

MENCURI
 

Nasharudin Mat Isa didakwa 33 pertuduhan


BEKAS timbalan residen PAS Tuan Haji  Nasharudin Mat Isa mengaku tidak bersalah terhadap 33 pertuduhan jenayah mengubah wang haram dan pecah amanah melibatkan keseluruhan wang lebih RM4 juta.

Beliau didakwa dengan tiga kes mengubah wang haram berjumlah lebih kurang RM302,000 di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (Amla) 2001.

Beliau juga dituduh 30 kes pecah amanah mengikut Seksyen 409 Kanun Kesiksaan melibatkan wang berjumlah RM3.72 juta.

Nasharudin, 57, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas semua pertuduhan dibacakan kepadanya di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Shah Alam Rozilah Salleh.

Tiga tuduhan mengubah wang haram berjumlah lebih kurang RM302,000 didakwa dilakukan antara November dan Disember 2018.

Beliau didakwa memindahkan wang RM302,069 dana yang diterima dari Kementerian Kewangan ke Wassatiyah Centre for Peace, sebuah yayasan yang beliau miliki. Dana itu asalnya untuk Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global, yang beliau terajui.

Kesalahan itu dilakukan lebih kurang empat bulan selepas pentadbiran Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad memutuskan yayasan itu ditutup.

Tiga puluh tuduhan pecah amanah pula didakwa dilakukan antara 2015 dan 2018. Tiga daripadanya didakwa dilakukan semasa beliau memegang jawatan ketua pegawai eksekutif Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global sementara 27 kes atas kapasitinya sebagai pengerusi Yayasan Nassar.

Menurut kertas pertuduhan, Nasharudin didakwa menyalahguna wang itu antaranya untuk membayar yuran universiti anak lelakinya, memberi pinjaman kepada anak perempuannya dan membayar jamuan makan perkahwinan anak lelakinya.

Beliau juga didakwa menyalahguna wang yayasan itu untuk membayar gajinya sebagai pengerusi yayasan sebanyak RM20,000 beberapa kali antara 2015 dan 2018.

Beliau juga didakwa menyalahguna wang yayasan untuk membayar duti setem kepada sebuah firma guaman bagi tujuan membeli sebuah unit kedai di Bangi.

Hakim Rozilah membenarkan ikat jamin RM80,000 bagi pertuduhan di bawah Amla, manakala bagi pertuduhan pecah amanah, Nasharudin dibenarkan ikat jamin RM250,000 dan menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 28 November untuk serahan dokumen.

Bagi tuduhan mengikut Amla, Nasharudin berdepan hukuman penjara tidak lebih 15 tahun dan denda RM5 juta, jika sabit kesalahan.

Bagi tuduhan pecah amanah, beliau berdepan hukuman penjara maksimum 20 tahun, denda dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Nasharudin dilantik mengetuai Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global pada 2015, menggantikan Saifuddin Abdullah yang letak jawatan dan keluar Umno. Yayasan itu didirikan oleh Najib  untuk memperjuangkan idea kesederhanaan melawan ekstremisme.

Nasharudin, timbalan presiden PAS antara 2005 dan 2011, dilaporkan antara tokoh utama dalam parti Islam itu yang merintis hubungan lebih baik dengan Umno selepas pilihan raya umum 2008.

Selepas mengikuti lawatan Najib, ketika itu perdana menteri, ke Gaza pada 2013, Nasharudin dipecat daripada Majlis Syura PAS dengan alasan kerap tidak hadir mesyuarat dan sering membuat kenyataan tidak selari dengan pendirian majlis. Beliau pada masa itu dikekalkan sebagai ahli parti.

Selepas kalah pemilihan timbalan presiden kepada Mohamad Sabu pada 2011, Nasharudin tidak lagi aktif dalam parti dan pernah dilaporkan sudah keluar PAS. – 22 Oktober, 2019.


SIMPAN LAMA

DALAM JIL

ABISKAN BOREH
KAH KAH KAH
--------

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Iman adalah sebitir mutiara tidak terbisa dinoda dgn metarial wang darjad mahu kedudukan jika terpena lalu tergelincir maruah keluarga aib kesenja malam tiada purnama hati memenchil jiwa hilang gelora.

Tanpa Nama berkata...

daripada bela celaka ini dalam jel sambil mengabihkan bogheh/beras lebih baik
jabatan penjara sediakan 5ekar atau 5hektar tanah bendang untuk celaka ni buat kerja bendang.
ada juga manfaatnya.

boleh juga celaka tungku denan, isa samad, shahril samad, anak nazri rotweller yang ada kes bunuh tu dan ayah dia permit teksi , mat maselan dan sekelian celaka yang menyamun duit rakyat buat kerja bendang.

baru lah kamu semua tahu yang kamu tak tahu diuntung!

izzy berkata...

Pak lebai tengok duit banyak mana boleh tahan....setim....tibai lah ...