Isnin, 27 Mac 2023

JANAGN PAKSA IKUT BUDAYA ARAB



137 Orang Asli mohon batal status peluk Islam, kata laporan


SERAMAI 137 Orang Asli daripada suku Bateq Mayah memohon mahkamah membatalkan penukaran agama mereka kepada  Islam yang dilakukan secara paksa 30 tahun lalu, lapor Malaysiakini.

Orang Asli ini mendakwa mereka dipaksa tukar agama di rumah mereka di Kampung Benchah Kelubi, Merapoh di Kuala Lipis, Pahang pada April 1993, menurut portal itu.

Writ saman difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 28 September tahun lepas.

Kumpulan Orang Asli itu menamakan enam defendan iaitu Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa), pengarah dan pegawainya, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Pahang (Muip), kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan.

Mengikut kenyataan tuntutan yang dilihat oleh Malaysiakini, 57 daripada plaintif telah menukar agama kepada Islam semasa kejadian tersebut, manakala selebihnya adalah anak mereka yang dilahirkan kemudian dan secara automatik beragama Islam kerana keturunan.

Laporan Malaysiakini seterusnya menyebut, dalam afidavit yang difailkan kumpulan Orang Asli itu mendakwa pada awal 1993 wakil Jakoa bukan sahaja meminta dua ketua kampung untuk memeluk agama Islam tetapi juga meminta penduduk kampung lain berbuat perkara yang sama.

Wakil Jakoa itu didakwa mengugut penduduk akan dihalau daripada kampung dan diseksa jika lari ke gunung, selain tanaman mereka akan dimusnahkan jika enggan menukar agama.

Plaintif juga mendakwa penduduk kampung tidak dimaklumkan tentang implikasi undang-undang apabila memeluk Islam, iaitu mereka akan tertakluk kepada rangka kerja perundangan Islam Pahang dan anak yang dilahirkan secara automatik juga beragama Islam.

Dakwa mereka lagi, wakil Jakoa yang sama kemudian datang semula ke kampung bersama beberapa orang pegawai Muip, dan meminta penduduk berkumpul di kawasan lapang untuk diislamkan, lapor Malaysiakini.

Plaintif memohon beberapa pengisytiharan mahkamah, antaranya mereka tidak menganut agama Islam; mana-mana orang yang dilahirkan oleh plaintif selepas pemfailan saman ini bukanlah orang yang menganut agama Islam; dan plaintif mempunyai hak untuk mengamalkan dan mengaku kepercayaan rohani dan budaya mereka sendiri tanpa sebarang gangguan daripada defendan.

Selain itu, mereka menuntut ganti rugi am untuk dinilai oleh mahkamah serta ganti rugi teladan dan/atau ganti rugi teruk, faedah 5% ke atas jumlah penghakiman yang diberikan, kos dan apa-apa relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Lima daripada defendan telah memfailkan permohonan untuk membatalkan tuntutan mahkamah atas beberapa hujah, antaranya tindakan sivil difailkan 29 tahun selepas dakwaan penukaran agama secara besar-besaran, dan dengan itu difailkan di luar masa mengikut Seksyen 2 Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 dan Seksyen 6 Akta Had Masa 1953.

Defendan lain, Muip, telah memfailkan permohonan untuk mempertikaikan bidang kuasa mahkamah sivil untuk mendengar kes itu kerana isu yang dibangkitkan dalam tindakan sivil itu terletak di bawah bidang kuasa mahkamah syariah negeri Pahang.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 17 April untuk pengurusan kes bagi permohonan plaintif untuk memindahkan tindakan sivil ke Mahkamah Tinggi di Kuantan. – 27 Mac 2023


JANGAN PAKSA

SESIAPA UNTUK

IKUT BUDAYA

ARAB

AMIN

PASAL APA

NAK SUSAHKAN

HIDUP MAKAN

IKAN MASIN

WALHAL BABI

KERA CIKAH

BANYAK UNTUK

DIMAKAN

KHALAS

JAGAN PAKSA 

SESIAPA UNTUK

MINAT BIDADARI

KAH KAH KAH

KHALAS

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Betul beristeri empat sukar, nak dayung payah kalau makan tak cukup kah kah kah, tak payah paksa, tak payah pujuk, kalau bagus makanan orang akan datang sendiri, duduk hutan makanan banyak susah cari halal kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

Bila baca berita ni teringat aku kat Red Indian... Apa beza Melayu Lebai dengan kafir omputeh? Hiaq tuih.... Sama ja... Zalimmmm... Bila budaya orang asing dijadikan pegangan melingkuplah melayu... Sampai tok arab malu nak jumpa sobab melayu lebih arab dari arab.... Malu wei....

Tanpa Nama berkata...

Tahap korupsi membabitkan anggota penguat kuasa sebagai barisan hadapan keselamatan negara semakin kronik dan membimbangkan, kata Timbalan Ketua Pesuruhajaya (Operasi) SPRM Ahmad Khusairi Yahaya.

Ahmad Khusairi berkata situasi kebanjiran pendatang asing tanpa izin, pekerja dan pelajar asing di negara ini dilihat sebagai peluang besar kepada segelintir penguat kuasa yang tidak berintegriti untuk mengambil kesempatan mengambil rasuah.

Katanya tidak kira sama ada pendatang asing berkenaan mempunyai permit kerja, visa pelajar apatah lagi “kosong” tanpa permit dan berstatus pendatang tanpa izin, kumpulan ini sering menjadi sasaran kepada penguat kuasa.

“Inilah hakikat yang berlaku dan mendatangkan imej yang amat buruk kepada Malaysia. Tahap korupsi anggota penguat kuasa selaku barisan hadapan keselamatan negara dilihat semakin kronik dan membimbangkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

I rest my case your honour Baginda Queen kah kah kah