Umno mohon mengadap Agong, rayu pengampunan penuh Najib
Pimpinan tertinggi Umno akan mengadap Yang di-Pertuan Agong bagi memohon pengampunan penuh terhadap Najib Razak susulan keputusan Mahkamah Persekutuan yang menolak permohonan semakan kehakiman bekas perdana menteri itu berhubung kes SRC International.
Keputusan itu dicapai sebulat suara dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi Umno hari ini.
Setiausaha Agung Umno Asyraf Wajdi Dusuki dalam satu kenyataan petang ini turut mengkritik keputusan oleh panel lima hakim Mahkamah Persekutuan yang diketuai hakim Abdul Rahman Sebli, satu-satunya hakim yang menentang penghakiman tersebut.
Abdul Rahman antara lain berpendapat adalah salah bagi Mahkamah Persekutuan yang diketuai oleh Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat pada Ogos tahun lalu, tidak membenarkan penangguhan bagi membolehkan peguam baru bekas perdana menteri itu untuk membuat persediaan dalam rayuan terakhirnya.
Pandangan Abdul Rahman itu diulangi oleh Umno hari ini, yang berkata keputusan "tidak adil" itu membawa kepada "kedukacitaan dan keresahan yang amat sangat di kalangan ahli akar umbi Umno".
Asyraf juga berkata sebanyak 191 bahagian Umno di seluruh negara menyerahkan memorandum menggesa kepimpinan tampil membela bekas presiden parti itu "yang telah banyak berjasa kepada rakyat dan negara".
"Justeru, Majlis Kerja Tertinggi sebulat suara bersetuju memohon mengadap bagi mempersembahkan warkah rayuan kepada Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berserta dengan memorandum yang ditandatangani oleh seluruh kepimpinan Umno daripada 191 bahagian termasuk Wanita dan Sayap-sayap Pergerakan Pemuda dan Puteri Umno," tambahnya.
Najib, yang tewas pada Pilihan Raya Umum ke-14, dikenakan beberapa pertuduhan jenayah selepas berundur daripada jawatan tertinggi itu.
Kes SRC International menyaksikan dia didakwa atas tuduhan pecah amanah, pengubahan wang haram dan salah guna kuasa berkaitan penyelewengan dana berjumlah RM42 juta.
Pada 28 Julai 2020, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mensabitkan kesemua tujuh pertuduhan itu, dan menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta.
Keputusan tersebut dikekalkan oleh Mahkamah Rayuan pada 8 Disember 2021, manakala Mahkamah Persekutuan pada 31 Mac turut menolak permohonan semakan kehakiman bekas presiden Umno itu.
2 ulasan:
pm sekarang pun banduan yang telah diampun ... kes apa tt. bukan kes puki.. kes jubo..apa ada hal.. ???
Ini lah sebab UMNO tak mahu campur PN, awal awal lagi PN tak mahu bebas Najib, tapi kenapa AI setuju mungkin sudah ada deal dibuat, apa pun tekanan demi tekanan sudah ampuh menghentam istana supaya pengampunan diberikan kepada seorang pencuri perompak perasuah duit rakyat, mereka tidak peduli kesalahan tetapi mahu dibebaskan atas pelbagai alasan, ini lah rosak negara kalau semua mahu ikut kehendak satu parti yang dikebalkan korupsi sejak awal zaman kah kah kah, rakyat boleh menonton segala drama sketsa yang dipentaskan oleh lembaga lembaga ini setiap hari tapi akhirnya akan akur juga kah kah kah yang paling seksa Mahathir Mohammad kerana kalau Bossku bebas pasti dia amat kecewa, mungkin ini cara AI kenakan kah kah kah kita tunggu lihat nanti, sekarang ini pun sudah ada cerita cerita tidak molek pasal Hakim Hakim sekelian amin
Catat Ulasan