Seorang maut, 5 cedera dalam serangan di Tel Aviv
PERDANA Menteri Israel Benjamin Netanyahu menggerakkan polis dan tentera simpanan petang semalam susulan seorang lelaki terbunuh manakala lima yang lain cedera dalam serangan rempuhan kereta di tengah Tel Aviv.
Perkhidmatan kecemasan Magen David Adom dalam satu kenyataan berkata seorang lelaki berusia 30 tahun maut dan lima lagi dibawa ke hospital kerana cedera dalam satu serangan.
“Semua mangsa adalah pelancong,” katanya, tetapi tidak memberikan maklumat lanjut berkenaan kewarganegaraan mangsa.
Tiga daripadanya, termasuk seorang remaja berusia 17 tahun, cedera parah sementara dua lagi mengalami kecederaan ringan, kata pihak berkuasa.
Jurucakap polis berkata pengganas terbabit ditahan dalam insiden keganasan terhadap orang awam itu.
Awal pagi semalam, dua beradik perempuan warga Britain-Israel berusia 16 dan 20 tahun terbunuh sementara ibu mereka cedera parat dalam satu serangan tembakan di Tebing Barat.
Tiada pihak setakat ini yang mengaku bertanggungjawab atas serangan itu.
Serangan berlaku beberapa jam selepas Israel mengebom Lubnan.
Keganasan semakin teruk menjelang cuti perayaan keagamaan Yahudi, Muslim dan Kristian.
Ia susulan serangan polis rusuhan Israel di masjid Al-Aqsa pada Rabu lalu. – AFP, 8 April, 2023.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan