Jumaat, 7 April 2023

PENYOKONG NAJIB NAK PECAHKAN HUBUNGAN BN - PH ?


PH-BN retak selepas Najib gagal dibebaskan?


Penganalisis memberi bayangan bahawa hubungan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) berdepan risiko untuk retak selepas keputusan semakan kehakiman bekas perdana menteri, Najib Razak berhubung kes SRC International minggu lalu yang tidak memihak kepadanya.

Ia membangkitkan perasaan tidak puas hati penyokong-penyokong dalam Umno yang masih setia kepada Najib.

Meskipun Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menyatakan keputusan tersebut ialah keputusan mahkamah, ia tidak menghalang simpati dicurahkan kepada Najib.

Antara tokoh yang secara terbuka menulis simpati mereka kepada Najib ialah Naib Presiden Umno Wan Rosdy Wan Ismail dan pemimpin veteran Shahrir Samad.

Penganalisis politik Universiti Kebangsaan Malaysia, Kartini Aboo Talib berkata, keputusan berkenaan tidak mengurangkan pengaruh Najib dalam Umno.

"Ramai ahli Umno yang bersimpati dan kini sudah mula menyatakan bantahan. Akar umbi pada amnya telah pun mempunyai pandangan dan membuat keputusan sendiri pada aktor politik yang disukai atau dipuja," katanya kepada MalaysiaNow.

Najib gagal dalam permohonan menyemak semula sabitan dan hukuman penjara selepas Mahkamah Persekutuan menolak permohonannya dengan majoriti 4-1 itu.

Hakim Mahkamah Persekutuan, Vernon Ong Lam Kiat membacakan keputusan.

Ia bermakna Najib kekal menjalani hukuman penjara selama 12 tahun serta denda kerana menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.

Pengaruh Najib turut diulas oleh bekas menteri kesihatan dan bekas ahli Parlimen Rembau yang dipecat daripada Umno, Khairy Jamaludin dalam podcast “Keluar Sekejap”.

Beliau berkata, suara Najib di sebalik tirai besi tidak boleh dipandang ringan.

Kartini berkata, ada kemungkinan BN menarik sokongan kepada kerajaan campuran hari ini akibat perpecahan kumpulan pro-Najib dalam parti itu.

"Gabungan Rakyat Sabah dan Gabungan Parti Sarawak bersama Umno dalam banyak keadaan dan jika Umno tarik diri, boleh sahaja 'kerajaan perpaduan' tinggal nama," katanya.

Sementara itu, pensyarah politik Universiti Teknologi Mara Mujibu Abd Muis berkata, tindakan Zahid juga dilihat cuba membeli sokongan dan kepercayaan Najib dengan membawa “orang-orang Najib” ke dalam pimpinan parti dan kerajaan, menunjukkan kebenaran situasi itu.

Katanya, wajar diperhatikan sama ada kumpulan pro-Najib akan cuba menggugat kerajaan serta kedudukan Zahid.

Gerakan itu katanya dapat dilihat dari dua aspek.

"Pertama, ia mungkin lebih kuat jika Umno-BN mencatat prestasi teruk dalam enam Pilihan Raya Negeri (PRN).

Tekanan buat Zahid menjadi lebih kuat kalau ia berlaku dan sudah tentu hanya 'geng Najib' yang mampu melakukannya memandangkan kelompok terpinggir sudah pun dibersihkan dalam Umno.

"Kedua, sejauh mana geng Najib dapat 'dibeli' oleh Zahid.

“Sekiranya Zahid dapat menawan kelompok Najib maka sukar untuk mereka melakukannya," katanya.

Beberapa tokoh yang terdahulu lantang menyuarakan nasib bekas presiden Umno itu dilihat tidak lagi agresif dalam mendesak kerajaan.

Antaranya Azalina Othman Said yang kini menjadi menteri undang-undang dan reformasi institusi dan Isham Jalil yang kini ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno.

Dalam pada itu, Kartini berkata Umno sudah biasa apabila berdepan dengan skandal membabitkan pemimpin.

"Kalau diperhalusi, dalam Umno telah ada antaranya kes bunuh Mokhtar Hashim dan kes tuduhan liwat Anwar Ibrahim. Kes Najib seolah-olah dilihat bukan kes pertama.

"Lebih menarik lagi, Najib tetap ada sokongan dari dalam Umno dan di Pekan, Pahang seperti mana sokongan kepada bekas timbalan presiden Umno, Anwar Ibrahim masih ada walaupun beliau pernah dipenjara."

KAVADI

BERNAMA NAJIB

BERAT DIPIKUL

OLEH PAKATAN

AMIN

TEKANAN DIBERI

PADA PH UNTUK

BEBASKAN PENCURI

AMIN

APAKAH KALAU

NAJIB TAK BEBAS

KERAJAAN RUNTUH

JENG JENG JENG

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: