Jumaat, 7 April 2023

CERITA DARI BAZAR RAMADAN


LAWATAN KE 

BAZAR RAMADAN

AMIN



pemikir commented on
 "PETANG KHAMIS NAN INDAH"

Tuan isham, lama dah tak buat tulisan mcm awal2 blog tt wujud dulu. Tulisan tentang trip jelajah bazar, pasar2, menu2,.. Harap muncul lagi tulisan2 mcm tu..



Saudara Pemikir yang baik hati,

Saya tak pandai memandu. Masa dulu saya pergi melawat bazar ramadan merata-rata tiap petang dengan kawan baik saya Lim Hwee Seng.

Dia ada kereta dan pandai memandu.

Setiap petang dalam jam 4.00 dia akan datang ke Le Chateau untuk pungut saya. Kami merayu sekitar pekan dan kampung di Selangor malah ada
sampai ke Ampangan Seremban.

Sayangnya  kawan baaik saya ini 4 tahun dulu sebelum zaman Mat Kobid telah kena stroke. Ini ketika kami makan durian di Raub Pahang.

Kawan saya Lim tidak boleh lagi memandu. Dia berjalan pakai tongkat. Bercakap tak berapa jelas. Tapi dia ok. Nak bertanya khabar kena guna aank dia.

Kami ada melawaat. kami ada  buat jamuan hari Jadi - dulu tiap raya dia akan datang ke Jelebu. Semua ini hanya kenanagan.

Ini kesah di belakang rakaman Bazaar Ramadan dalam Tukar Tiub.  100 tahun dari hari ini jika ada yang mengorek hal bazaar ramadan diharap akan bertemu dengan warkah saudara.

Saudara  Pemikir Yang Baik Hati,

Saya ucapkan selamat berpuasa,
selamat berbuka, selamat bersahur
dan selamat Hari Raya - Amin 

Tiada ulasan: