Isnin, 12 Jun 2023

JENAYAH MASYARAKAT MADANI


Dua remaja bawah umur antara 11 didakwa jadi ‘scammer’

MELAKA – Dua remaja bawah umur adalah antara 11 individu didakwa di Mahkamah Majistret Ayer Keroh, di sini, hari ini atas pertuduhan menipu membabitkan kerugian berjumlah lebih RM45,000, sejak April lalu.

Selain dua juvana berusia 17 tahun, turut didakwa adalah dua beradik, Muhammad Ikmal Rizal Hamdan, 22, dan adiknya, Muhamad Haiqal, 19, Yap Soon Lin, 23, Muhamad Faizal Abdullah, 22, Sharifah Nur Natasha Syed Mohd. Hata, 21, Yap Zhen Xiang, 19, Teong Wai Keat, 19, Goh Chun Rong, 19, dan Lee Yih Hong.

Kesemua mereka yang berdepan tujuh pertuduhan bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Nabilah Nizam.

Mengikut kesemua pertuduhan, tertuduh didakwa adalah pihak kepada pakat jahat jenayah telah bersetuju antara satu sama lain untuk melakukan suatu perbuatan yang menyalahi undang-undang dengan memperdayakan tujuh individu sehingga mangsa menyerahkan wang bernilai keseluruhan RM45,534.74.

Kesalahan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 120(B)(1) Kanun Keseksaan itu dilakukan di sebuah premis di Taman Cheng Perdana, di sini, sejak 11 April sehingga 20 Mei lalu.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara minimum satu tahun dan maksimum 10 tahun dan hendaklah dikenakan denda.

Terdahulu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhamad Ehsan Nasaruddin mencadangkan jaminan sebanyak RM10,000 bagi setiap pertuduhan namun peguam Joel Chua yang mewakili semua tertuduh meminta jaminan rendah.

Selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak, mahkamah kemudian membenarkan jaminan sebanyak RM26,000 bagi kesemua pertuduhan dan menetapkan tarikh 31 Julai depan sebagai sebutan semula kes.

Sebelum ini, media melaporkan 11 individu anggota sindiket penipuan pinjaman tidak wujud ditahan polis di sebuah rumah di Taman Cheng Perdana kira-kira pukul 10.40 pagi 1 Jun lalu.

Kegiatan sindiket itu terbongkar susulan polis menerima aduan seorang remaja berusia 15 tahun mendakwa dipukul dan disamun sekumpulan lelaki disyaki terbabit kegiatan penipuan dalam talian.

Hasil siasatan lanjut Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) IPD Melaka Tengah membawa kepada maklumat operasi pusat penipuan atas talian di premis berkenaan.

Semakan mendapati 12 laporan dibuat mangsa terhadap kegiatan sindiket ini membabitkan dua kes di Kedah, Melaka, Selangor dan Terengganu dan satu kes di Perak dan Perlis. –

KAH KAH KAH

INI BETUL 

MASYARAKAT

PERPADUAN

AMIN

ADA CHINA

ADA MELAYU

BERKERJA SAMA

BUAT SCAM

AMIN

INI BUKTIKAN

MELAYU CHINA

BOLEH KERJA

BERSAMA

AMIN

KHALAS

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

biasanya yang masuk penjara melayu.. cina lepas.. tak caya tanya boskau.. kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

Melaka memang penuh dengan penipu serta scammer. Semua dia nak bohong. Hati-hati kalau datang ke melaka. Kah! Kah!