Isnin, 12 Jun 2023

MANA LEBIH BAHAYA MEK DONAL ATAU ROKOK ?


RUU kawalan merokok dirujuk kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen

RANG Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 akan dirujuk kepada Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK) Kesihatan Parlimen untuk penelitan lanjut.

Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa mencadangkan perkara itu berdasarkan Peraturan 54 (1) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat supaya ia dirujuk kepada jawatankuasa itu bagi membuat syor selain meneliti dasar Generasi Penamat (GEG) serta peruntukan berkaitan.

Dr Zaliha menjelaskan rang undang-undang itu adalah yang baharu selepas mengambil kira syor perbincangan JKPK Kesihatan pada 2022 dan pertambahan pindaan baharu terhadap dasar GEG.

“Berdasarkan sesi libat urus dengan JKPK Kesihatan pada 6 Jun lepas bersama ahli Parlimen, badan profesional dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), terdapat permintaan agar beberapa perkara dilihat dan diperhalusi lebih lanjut.

“Justeru, KKM mencadangkan ia dirujuk kepada JKPK Kesihatan untuk penelitian lanjut selain jawatankuasa ini yang berfungsi sebagi mekanisme semak dan imbang dengan ambil kira pandangan semua pihak,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat selepas membentangkan rang undang-undang itu bagi bacaan kali pertama, hari ini. – Bernama, 12 Jun, 2023.


MANA LEBIH

BAHAYA 

ROKOK ATAU

MEK DONAL ?

AMIN

MANA LEBIH

BAHAYA  

KOKA KOLA

ATAU ROKOK

AMIN

 SEMUA BAHAYA

PADA KESIHATAN

AMIN

KENAPA HANYA

SERANG ROKOK

AMIN

KHALAS

5 ulasan:

panglimo potaseh berkata...

Perokok dah biaso dongan hirupan Oxsigen yang sedikit .. kito sodia maklum yg kandungan Oksigen dalam duniyo ni pon somakin menipis. Jadi ontok maso dopan orang yang kuek moghokok lah yg dapek idop dongan lobey lamo .. kau jgn golak-golak den serius ni.

Tanpa Nama berkata...

mek donal ada menu rahmah.. rokok mana ada.. kerajaan madanon patut buat rokok rahmah.. kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

Boleh isap..kena balik old skool isap paip dengan tembakau 100%. Bukan bungkus dengan kertas dan urat urat daun

Tanpa Nama berkata...

Kah kah kah... Mana lebih bahaya rokok atau orang politik? Rokok mungkin menyebabkan lu sakit.. Tapi orang politik boleh pecah belahkan lu... Orang politik boleh buat lu bermusuh dengan jiran lu... Orang politik boleh menyebabkan lu mati kebuluran.. Senang cakap orang politik lebih bahaya daripada rokok.... Tapi kita tak patut haramkan orang politik sebab mereka pun nak hidup..

Master Jaguh berkata...

bodoh la kau ... koka kola sendiri minum sandri tanggung, isap rokok org sebelah plak yg kena tanggung ... naya pak karim !!