Ahad, 19 November 2023

CHINA MERAH BOLEH - KENAPA MALAYSIA TAK BOLEH


Lelaki buruan polis diekstradisi dari Maghribi ke China

SEORANG lelaki yang menjadi buruan diekstradisi dari Maghribi ke China, kes pertama sejak perjanjian ekstradisi antara kedua-dua negara berkuat kuasa pada 2021, lapor Xinhua memetik Kementerian Keselamatan Awam.

Suspek itu yang didakwa menggelapkan berjuta-juta yuan daripada sebuah syarikat semasa berkhidmat sebagai eksekutif kewangan dan melarikan diri ke Maghribi, menurut kementerian itu.

Pada Februari 2020, polis China memfailkan kes untuk siasatan dan pada Julai 2022, Notis Merah Interpol telah dikeluarkan.

Polis Maghribi menahan lelaki itu pada April lepas dan mahkamah membenarkan ekstradisinya pada akhir Oktober.

Seorang pegawai kementerian berkata kejayaan ekstradisi itu penting dalam usaha negara itu untuk meningkatkan penguatkuasaan undang-undang dan kerjasama kehakiman antara China dan Maghribi, selain mengukuhkan kerjasama antarabangsa dan menangkap suspek jenayah di luar negara.

Kes itu adalah sebahagian daripada usaha China sejak bertahun-tahun untuk menangkap suspek yang yang melarikan diri ke luar negara.

China melancarkan operasi “Fox Hunt” pada 2014 dan dalam operasi ‘Fox Hunt 202]’, polis China menahan lebih 700 suspek di luar negara yang terlibat dalam pelbagai bentuk jenayah ekonomi. – Bernama, 19 November, 2023.

INI KERJA BAIK

OLEH CHINA MERAH

DAN MOROKO

AMIN

HAPUSKAN ORANG

JAHAT

AMIN

MENGAPA KITA

TAK BAWA BALIK

JO LO DARI

CHINA MERAH

PASAL APA?

AMIN

WAT IS DE

BEKOS

AMIN

ADA

SAPA DAH KAUTIM

DH CHINA MERAH

AMIN 

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ratus ribu maybe juta juta masuk dalam negara secara haram, apa agensi jaga buat? Semua sekali makan rasuah atas sampai bawah sama perangai, KL sudah jadi negara Bangladesh, padahal semua nampak siang malam tapi tak ada apa-apa? Rasuah bangsa rasuah agama rasuah budaya rasuah rasuah rasuahnya darah daging sampai hancur kedaulatan negara woit tak nampak? Sudah ada kawasan Bangla sudah ada kawasan Myanmar Rohingya, sudah ada kawasan Nepal sudah ada kawasan Pakistan sudah ada kawasan India Mamak, sudah ada kawasan Cina Merah nak apa lagi? Patut buang terus geng rasuah yang makan kenyang siang malam, kah kah kah lainnya sembang tarak guna jugak, boikot rasuah dulu boikot salahguna kuasa penguatkuasa dulu faham lagi kah kah kah