Ahad, 19 November 2023

POLIS CARI MISTER H


Polis akan panggil Agus sekali lagi ambil keterangan, kata KPN


POLIS Diraja Malaysia (PDRM) akan memanggil sekali lagi bekas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) Dr Mohammad Agus Yusoff untuk dirakam keterangan, susulan video perbualan miripnya dengan seorang kakitangan J-KOM yang tular sejak petang semalam, disunting pihak tidak bertanggungjawab.

Mengesahkan perkara itu, Ketua Polis Negara Razarudin Husain berkata semalam PDRM memanggil Agus untuk diambil keterangan.

“Sepatutnya hari ini sambung (rakam keterangan) tetapi beliau (Agus) tidak sihat,” katanya.

Razarudin berkata tempat untuk menyambung rakaman percakapan Agus akan ditentukan kemudian.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan berkata polis masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti individu bergelar “Mr H” yang dikaitkan dengan kes berkenaan.

“Siasatan kes ini masih dijalankan bagi mengenal pasti individu berkenaan seperti yang turut dikaitkan dalam kes itu,” katanya.

Terdahulu, tular menerusi media sosial video berdurasi tiga minit memaparkan perbualan secara dalam talian antara lelaki didakwa mirip Agus dengan seorang individu lain.

Agus pada sidang medianya semalam di sebuah hotel di Bangi mendakwa video itu disunting dan membuat laporan polis berhubung perkara berkenaan. – Bernama, 18 November, 2023.
 

AGUS

TUNGGU DALAM

BILIK  HOTEL

KAH KAH KAH

HOTEL MANA

INI BELUM

JELAS

KAH KAH KAH

HANYA GURU NANAK

YANG MENGETAHUI

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: