'Ditipu siang-siang’ - Akmal Nasir tawar hati pemilihan PKR
Bekas Ketua Cabang PKR Johor Bahru, Akmal Nasir, mengakui pernah tawar hati untuk bertanding dalam pemilihan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti itu kali ini, selepas mendakwa berlaku penipuan dalam proses pemilihan di peringkat cabang.
Pun begitu, ahli parlimen Johor Bahru yang juga timbalan menteri peralihan tenaga dan transformasi air itu tidak menghuraikan secara terperinci bentuk penipuan yang dimaksudkan.
"Selepas ditipu siang-siang dalam pemilihan di cabang, saya sebenarnya tawar hati untuk bertanding dalam MPP," tulisnya dalam satu hantaran di platform X.
Namun, dakwaan Akmal dipercayai merujuk pada pemilihan PKR peringkat cabang bermula pada 11 April dan berakhir 20 April lalu.
Ini susulan 'keanehan' yang menyaksikan kumpulan tertentu menyapu bersih jawatankuasa cabang tetapi calon ketua cabang mereka tewas.
Trend itu berlaku di banyak tempat dan digelar sesetengah pihak sebagai fenomena "badan tanpa kepala" – pasukan menang, tetapi calon ketuanya kalah.
Bagaimanapun, Akmal berkata dia memilih untuk terus menyertai pertandingan sebagai tanda solidariti terhadap rakan-rakan seperjuangan yang turut merasakan diri mereka teraniaya dalam proses pemilihan.
Selain itu, dia menggesa perhatian ahli parti terhadap dakwaan cubaan mengenepikan Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli.
"Tetapi melihatkan ramai rakan di cabang lain turut teraniaya, ditambah usaha secara sistematik untuk mengetepikan @rafiziramli, saya bertanding tanda solidariti dengan semua," tambahnya.
Akmal - yang dikenali sebagai antara pemimpin utama dalam kem Rafizi - sebelum ini gagal mempertahankan jawatan ketua cabang Johor Bahru dalam pemilihan PKR yang diadakan pada 21 April lalu.
Dalam keputusan yang mengejutkan banyak pihak, dia tewas kepada pencabarnya, Ketua Pemuda PKR Johor, Mohamad Taufiq Ismail. Akmal hanya memperoleh 587 undi berbanding 709 undi yang diraih oleh Taufiq.


1 ulasan:
Kenang orang yang berada masa susah, berguling atas jalan, lawan air pedih, lawan asap pedih mata, golongan inilah sebabnya parti muncul, bukan yang baru masuk menumpang kaki, dapat keselesaan sebab baik kabel dengan Boss kah kah kah dunia semakin rosak dengan golongan penghisap kote kah kah kah dapat segalanya kemudahan kah kah kah siapa kena dia tahu woit
Catat Ulasan