Rabu, 21 Mei 2025

PAGI INI



PAGI INI

PAGI INI

RABU 21 MEI 2025

TAK LAMA LAGI RAYA AJI


PRK DAN UNDI
Wow...berita hangat .. berita disana sini – Nurul lawan Rafizi. Awalnya Mohong nak cuba MB Amir lawan Rafizi. MB Amir enggan. Maka  nama Saifuddin naik.  Saifuddin bersedia. Tapi mengikut sokongan pasti Saifuddin sekali lagi kalah. 

Maka buat teater – TANGKAP PENGAWAI SAIFUDDIN – maka Saifuddin tarik diri. Kah kah kah. Ini teater kalau  TIDAK mengapa kes 3 PEGAWAI SAIFUDDIN ini TERUS SENYAP. Kah kah  kah.

Maka dicadangkan NURUL. Ini keluar dari mulut MB Amir. MB sendiri tak mahu tanding. Maka  anak Anwar dicadang. Jeng jeng jeng.  Nurul pasti menang walau pun antara dua telinga Nurul adalah kosong. Jeng jeng jeng.

Kita lihat kempen makian hangat. Ramai yakian Nurul akan menang.

Dalam PKR Nurul  mendapat sokongan.
Di luar PKR sokongan rakyat pada Rafizi.

ISRAEL
Zionis Blackrock masih menghalang kemasukan bahan bantuan ke Gaza. Makanan, air dan alat perubatan amat-amat di perlukan. Warga Gaza sedang bulur.

AMERIKA
Trump menendang keluar pendatang dari Burma dan Vietnam. Mereka di hantar ke Selatan Sudan.

ROME – VATICAN
Pope Leo mahu menjadi orang tengah merundingkan jalan damai antara Rusia dan Ukraine. PM Itali Meloni telah bersetuju untu menjadi tuan rumah.

AMERIKA
Trump umum kemunculan GOLDEN DOME – perisai  peluru berpandu  untuk Amerika. Ini perisai terkini buatan Amerika.

UNITED KINGDOM
Negara ini menggantung rundingan dagangan bebas dengan Israel. UK merasa mual  bila melihat kanak-kanak mati kebuluran. UK kini mengkritik hebat Israel. Warga UK beratus ribu turun berdemo sokoang Palestin.

JEPUN
Menteri Pertanian Jepun letak jawatan. Dia terlepas cakap bahawa dia tak perlu beli beras kerana dia dapat banyak beras hadiah. Ucapan ini dibuat ketika harga beras di Jepun sedang melonjak naik.

HOKKIEN
Pagi ini basah segar sejuk. KL & KL Sentral berkabus tebal. Ujan lebat petang kemarin.

Matahari dah keluar. Langit indah biru terbentang. Suara  Tekukur jauh didengar. Salakan warga asal juga jauh di dengar. Agak sunyi pagi ini.  Tapi bunyi mesin potong rumput berterusan.

Hari ini akan panas. Jika petang hujan ini Hujan Rahmat bawa sejuk.

BRO
SENYUM
SENYUM DI PAGI
RABU

Hendak kurus pakai bengkong
Ikat perut tutup gusi
Dalam PKR Nurul di sokong
Rakyat di luar sokong Rafizi

Bakar galah buat bara
Salai ikan diatas para
Rafizi kalah huru hara
Nurul menang hancur negara

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BERABU









Tiada ulasan: