Selasa, 5 Ogos 2025

SUARA CALON TETAP PM MELAYSIA




Rafizi beri amaran terhadap perjanjian Petronas–Petros yang tergesa-gesa


KUALA LUMPUR: Rundingan mengenai pemilikan dan pengagihan hasil gas antara Petroliam Nasional Berhad (Petronas) dan Petroleum Sarawak Berhad (Petros) perlu dilakukan dengan teliti, kata bekas Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.

Rafizi berkata, sebarang kecuaian dalam rundingan itu boleh membawa kesan serius kepada keseluruhan ekonomi negara.

Beliau berkata, sekiranya tuntutan Sarawak terhadap sumber gas diterima tanpa mengambil kira struktur kewangan sedia ada, Petronas berisiko kehilangan antara RM15 bilion hingga RM20 bilion setiap tahun.

"Ia bukan jumlah yang kecil," katanya dalam episod terbaharu podcast beliau, "Yang Berhenti Menteri".

Rafizi berkata, Petronas kini menyumbang RM30 bilion hingga RM35 bilion setahun kepada Kerajaan Persekutuan.

Jika jumlah itu merosot, katanya kesannya adalah kepada keupayaan negara membiayai perkhidmatan asas.

"Petronas adalah penyumbang utama hasil negara, di mana dividen tahunannya menyokong pelbagai perkhidmatan awam termasuk sekolah, hospital, pembangunan infrastruktur, pencen, dan gaji penjawat awam di Sarawak dan di seluruh negara.

Rafizi berkata, meskipun hasil itu tidak disalurkan terus ke dalam perbendaharaan negeri, sekolah, hospital dan jalan raya di Sarawak dibangunkan menggunakan dana persekutuan hasil dividen Petronas.

"Jadi, jika Petronas kehilangan RM20 bilion, syarikat itu tidak akan mampu membayar RM35 bilion dividen kepada kerajaan persekutuan," katanya.

Tambah beliau, kegagalan Petronas berbuat demikian boleh menyebabkan penurunan penarafan kredit negara, sekali gus meningkatkan kos pinjaman kerajaan dengan ketara.

Beliau berkata, Malaysia kini membayar RM48 bilion setahun hanya untuk faedah, dan angka itu boleh melonjak kepada RM60 bilion jika penarafan kredit menurun akibat ketidaktentuan dalam sektor minyak dan gas.

Isu perundangan dan risiko pelabur

Pertindihan peruntukan antara Akta Pembangunan Petroleum dan Ordinan Perlombongan Minyak telah merumitkan lagi keadaan.

Sarawak mendakwa, hak eksklusif ke atas sumber tenaga sehingga 200 batu nautika dari perairannya, merujuk kepada peta dan hak yang wujud sebelum penyertaannya ke Malaysia pada tahun 1963.

Bagaimanapun, undang-undang persekutuan seperti Akta Pelantar Benua 2012 menyatakan hak ke atas sumber minyak dan gas melebihi tiga batu nautika terletak di bawah bidang kuasa persekutuan, dan oleh itu milik Petronas.

Rafizi berkata, rakyat Sarawak berhak mendapat lebih banyak hasil daripada bumi sendiri, namun pendekatan menuntut hak itu mesti dilakukan dengan bijaksana.

"Kalau pelabur rasa negara kita tidak stabil dari segi dasar minyak dan gas, mereka akan tarik diri. Industri ini memerlukan pelaburan berbilion ringgit di peringkat awal, dan kalau pelabur rasa ada ketidaktentuan politik, mereka akan pergi ke Indonesia, Surinam atau tempat lain," katanya.

Pada April lalu, syarikat minyak Amerika Syarikat ConocoPhillips mengesahkan keluar dari medan minyak dan gas laut dalam Salam-Patawali, juga dikenali sebagai Blok WL4-00, di luar pantai Sarawak, dipercayai akibat ketidaktentuan dasar dan undang-undang.

Awal tahun ini, Shell MDS diberikan injunksi untuk membolehkan syarikat itu meneruskan operasi tanpa gangguan sehingga prosiding undang-undang antara Petronas dan Petros selesai.

Risiko pelabur tarik diri

Rafizi berkata, pelaburan adalah berasaskan perjanjian jangka panjang, dan pelabur boleh menarik diri sekiranya kontrak asal diubah secara unilateral, yang akan menjejaskan keyakinan pelabur secara keseluruhan.

Beliau berkata Ordinan Pengagihan Gas 2016 di Sarawak memberikan kawalan penuh kepada negeri melalui Petros, walaupun perjanjian asal jual beli gas adalah antara Petronas dengan pembeli dari Jepun dan China.

Tambahnya lagi, pelabur mengambil kira unjuran keuntungan sepanjang kontrak jangka panjang yang lazimnya 30 tahun sebelum membuat keputusan untuk melabur sehingga RM6 bilion untuk membangunkan infrastruktur diperlukan.

Namun, terdapat risiko jika kontrak diubah secara mengejut, terutamanya apabila timbul permintaan tambahan.

"Bayangkan kalau satu pihak tiba-tiba minta tambahan RM15 bilion daripada perjanjian asal. Dari mana sumbernya? Dan kalau Petronas perlu tanggung, pembeli antarabangsa akan membantah," katanya.

Rafizi berkata sebarang perubahan mengejut tanpa rundingan terdahulu boleh menyebabkan pelabur menarik diri atau menghalang pelaburan baharu.

Beliau menambah bahawa ketidaktentuan mengenai Petronas bukan sahaja akan menjejaskan syarikat itu sendiri, malah berpotensi memberi kesan berganda kepada keseluruhan ekosistem kewangan negara.

Jangan abaikan realiti ekonomi

Rafizi, yang pernah berkhidmat dengan Petronas, berkata sebarang rundingan perlu menghasilkan penyelesaian menang-menang.

"Saya setuju Sarawak patut dapat lebih, tetapi kita perlu cari jalan yang tidak menjejaskan industri, kelestarian Petronas, dan negara.

"Beliau berkata sebarang penstrukturan semula hasil minyak dan gas harus memberi keutamaan kepada pembangunan, dan bukan melemahkan rangka ekonomi negara yang sudah sedia mencabar.

WOIT

DENGAR !!!

DENGAR KITA

 SEMUA

WAJIB DENGAR

AMIN

INI SUARA 

CALON TETAP

PERDANA MENTERI

MALAYSIA

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan: