Selasa, 5 Ogos 2025

HANYA SANGGUP KECAM


OIC, negara Arab kecam tindakan provokatif Menteri Keselamatan Israel ceroboh Masjid Al-Aqsa


ANKARA: Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan beberapa negara Arab mengecam keras siri provokasi berulang Israel di kawasan Masjid Al-Aqsa di Baitulmuqaddis Timur yang diduduki, susulan pencerobohan Menteri Keselamatan Israel, Itamar Ben-Gvir ke kawasan suci itu.

Menurut laporan Anadolu Ajansi, Ben-Gvir mengetuai sekumpulan besar pendatang Yahudi menceroboh kompleks masjid itu awal pagi semalam, sempena sambutan perayaan Yahudi Tisha B'Av.

Dalam satu kenyataan, OIC menyifatkan tindakan Ben-Gvir sebagai sebahagian daripada usaha Israel untuk mengubah 'status quo' dan undang-undang Masjid Al-Aqsa.

Pertubuhan OIC yang berpangkalan di Jeddah itu turut menggesa masyarakat antarabangsa supaya segera mengambil tanggungjawab menghentikan pelanggaran serius Israel yang menyasarkan tapak suci Islam dan Kristian di Baitulmuqaddis Timur yang diduduki.

Kementerian Luar Arab Saudi pula memberi amaran bahawa tindakan provokatif oleh pegawai kerajaan Israel di Masjid Al-Aqsa hanya akan menyemarakkan lagi konflik di rantau ini.

Kerajaan Arab Saudi menegaskan tindakan sedemikian 'melanggar undang-undang dan norma antarabangsa' serta menjejaskan segala usaha ke arah perdamaian.

Riyadh mengulangi gesaannya supaya masyarakat antarabangsa menghentikan segera amalan rejim Israel dan mendesak campur tangan antarabangsa yang segera.

Sementara itu, Kementerian Luar Jordan menyifatkan tindakan Ben-Gvir sebagai pelanggaran terang-terangan terhadap undang-undang antarabangsa dan undang-undang kemanusiaan antarabangsa, serta provokasi dan peningkatan ketegangan yang tidak boleh diterima.

Amman menegaskan bahawa seluruh kawasan Masjid Al-Aqsa adalah 'tempat ibadah eksklusif bagi umat Islam' dan menekankan bahawa Jabatan Wakaf Baitulmuqaddis dan Hal Ehwal Masjid Al-Aqsa yang dikendalikan Jordan adalah satu-satunya pihak berkuasa sah yang bertanggungjawab mengurus dan mengawal selia akses ke kawasan itu.

Pihak Berkuasa Palestin turut mengecam pencerobohan terbaharu oleh Ben-Gvir ke kawasan suci itu.

"Ini bukan insiden terpencil. Kekerapan pencerobohan Masjid Al-Aqsa oleh pegawai kanan Israel membuktikan bahawa kerajaan Israel yang ada kini secara aktif melaksanakan dasar penjajahan dan perkauman yang bertujuan menghapuskan kehadiran rakyat Palestin di Baitulmuqaddis serta melenyapkan perjuangan Palestin," menurut Kementerian Luar Palestin.

Gerakan Hamas pula menyifatkan pencerobohan Ben-Gvir sebagai 'tindakan jenayah' yang secara langsung mengancam keselamatan dan kestabilan serantau serta antarabangsa.

Dalam kenyataan berasingan, Hamas menyatakan bahawa serangan itu adalah sebahagian daripada 'jenayah berterusan terhadap Masjid Al-Aqsa' dan juga lanjutan daripada serangan menyeluruh Israel ke atas rakyat Palestin, tanah dan tempat-tempat suci mereka. – BERNAMA-ANADOLU

KAH KAH KAH

NEGARA ARAB

NEGARA ISLAM

HANYA SANGGUP

KECAM

AMIN

LEBIH LEBIH

NANTI AMERIKA

MARAH

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan: