Selasa, 5 Ogos 2025

GALI KEMBALI KUBUR ZARA



Ahli Parlimen, Peguam Sokong Bedah Siasat, Tubuh Inkues Kes Zara


KUALA LUMPUR, 5 Ogos 25 – Ahli Parlimen Indera Mahkota Saifuddin Abdullah menyatakan sokongan terhadap permohonan pasukan peguam mewakili ibu kepada Zara Qairina Mahathir, 13, untuk menubuhkan inkues terhadap kematian pelajar Tingkatan Satu tersebut.

“Lakukan inkues ke atas kes adik Zara Qairina…saya setuju dengan permohonan peguam,” kata Saifuddin.

Sementara peguam kanan Haniff Khatri Abdulla juga menyokong permohonan diadakan bedah siasat terhadap Zara.

Katanya permohonan Noraidah Lamat, 45, mendapatkan perintah mahkamah untuk menggali semula kubur anaknya bagi menjalankan bedah siasat disifatkan sebagai langkah pertama paling tepat dalam usaha menuntut keadilan.

Haniff berkata, permohonan itu adalah wajar memandangkan tiada sebarang bedah siasat dilakukan ke atas mayat pelajar itu sebelum pengebumiannya, satu situasi yang amat luar biasa dan tidak sepatutnya berlaku dalam mana-mana kes melibatkan kematian mencurigakan.

Remaja itu disahkan meninggal dunia pada 17 Julai lalu.

Pasukan peguam Hamid Ismail dan Shahlan Jufri juga telah menghantar satu surat kepada Peguam Negara memohon dan merayu perkara tersebut dilakukan demi keadilan dalam kes tersebut.

Selain itu, pasukan peguam juga memohon kubur Zara Qairina digali semula agar satu bedah siasat dilakukan bagi menentukan punca sebenar kematian dan satu inkues diadakan untuk menentukan sama ada wujud unsur jenayah dalam kematiannya.

“Diharap Peguam Negara dapat melaksanakan kuasa di bawah Seksyen 339(1) Kanun Tatacara Jenayah untuk mengarahkan majistret mengadakan inkues,” katanya, dalam satu kenyataan.

Mereka turut memohon kertas siasatan dikembalikan kepada polis dan siasatan dibuka semula, proses siasatan dilakukan oleh pegawai penyiasat berpengalaman dari Bukit Aman. @politiko.my

KELUARGA

ARWAH ZARA

TAK PUAS HATI

AMIN

MAHU KUBUR

DI GALI KEMBALI

AMIN

BUAT BEDAH

SIASAT TELITI

CARI PUNCA

KEMATIAN

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: