Ahad, 11 Januari 2026

AMERIKA AKAN SERANG SYRIA UNTUK ISRAEL




AS umum serangan 'berskala besar' terhadap Daesh di Syria


WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) dan pasukan sekutunya melancarkan serangan berskala besar terhadap kumpulan Daesh di Syria semalam, menurut kenyataan tentera AS, sebagai tindak balas terbaharu susulan serangan pada bulan lalu yang mengorbankan tiga warganya.

Washington berkata, seorang lelaki bersenjata daripada kumpulan militan itu melakukan serangan pada 13 Disember lalu di bandar Palmyra.

Dalam insiden berkenaan, dua anggota tentera dan seorang penterjemah awam AS terkorban.

Untuk rekod, Palmyra yang turut dikenali sebagai bandar purba pernah ditawan oleh Daesh pada 2015 sebelum dibebaskan 10 bulan kemudian.

"Serangan hari ini menyasarkan kumpulan Daesh di seluruh Syria dan sebahagian daripada 'Operasi Hawkeye Strike'.

"Ia dilancarkan sebagai tindak balas langsung terhadap serangan berdarah Daesh ke atas pasukan tentera AS dan Syria di Palmyra," menurut kenyataan Komando Pusat AS (USCENTCOM) menerusi aplikasi X.

AS dan Jordan sebelum ini melakukan satu lagi pusingan serangan sebagai sebahagian daripada operasi sama bulan lalu, yang menyasarkan puluhan lagi kumpulan Daesh.

Serangan di Palmyra adalah insiden pertama seumpamanya sejak kejatuhan pemerintah lama Syria, Bashar al-Assad, pada Disember 2024.

Anggota AS yang disasarkan ketika itu sedang menyokong 'Operasi Inherent Resolve', usaha antarabangsa untuk memerangi Daesh yang pernah menguasai kawasan luas di Syria dan Iraq pada 2014.

Kumpulan jihad itu akhirnya ditewaskan oleh pasukan darat tempatan yang disokong serangan udara antarabangsa dan bantuan lain, namun ia masih bertapak di Syria, khususnya di kawasan gurun negara itu.

Presiden AS, Donald Trump, sejak sekian lama bersikap skeptikal terhadap kehadiran Washington di Syria, termasuk mengarahkan pengunduran tentera semasa penggal pertamanya, namun akhirnya mengekalkan pasukan Amerika di negara berkenaan.

Pentagon pada April mengumumkan AS akan mengurangkan kira-kira separuh jumlah anggotanya di Syria dalam beberapa bulan berikutnya, manakala utusan AS ke Syria, Tom Barrack, pada Jun berkata, Washington pada akhirnya merancang untuk mengekalkan cuma satu pangkalan tenteranya di negara itu.


SERANGAN INI

DIBUAT UNTUK

MUSNAHKAN

SEMUA SENJATA

PENINGGALAN

BASHAR

AMIN

TUJUAN ASAS 

UNTUK PASTIKAN

ISRAEL TIDAK

ADA MUSUH DARI

SYRIA & LEBANON

KHALAS

Tiada ulasan: