Ahad, 11 Januari 2026

PAGI INI



PAGI INI




PAGI INI

11 Januari 2025

SATU PEMBELAJARAN


IRAN
Ketika tulisan ini di garap demo terus berlaku  dalam kota dan pekan di Iran. Lebih dari 40 orang telah mati  dalam  demo anti Kerajaan Islamik Republik Iran. 

Demo dah masuk minggu KETIGA -  retak jadi belah bila  nilai Riyal Iran jatuh mendadak.  Ini berlaku di akhir tahun 2025.

BETUL ini lahir kerana EKONOMI IRAN DI SEKAT. Amerika dan sekutu menyekat jual beli minyak – punca utama – pendapatan Iran.
 
TAPI ada satu perkara yang  wajib di jadikan pelajaran  kepada PARTI POLITIK YANG BERASASKAN ISLAM – Kalau di Malaysia ini  untuk PARTI PAS.

UNTUK menjadi KERAJAAN YANG DI SOKONG RAKYAT  -  KERAJAAN hanya  wajib menjalankan dasar :
1- PEKERJAAN
2- PERUMAHN
3- PELAJARAN
4- KESIHATAN

DASAR-DASAR INILAH YANG DIJADIKAN KAYU UKUR.

BUKAN DASAR
1 – Bukan hal  Pakaian –
2 - Bukan hal tutup  rambut 
3 – Bukan hal moral rakyat
4 – Bukan hal cita rasa orang ramai
5 – Bukan anti kegembiraan hidup
6 – Bukan anti anak muda

Kita sokong kerajaan Islamik Republik Iran. Kerajaan ini anti Amerika dan  melawan Zionis. Kerajaan Iran terbukti membantu dana dan senjata untuk  Hamas dan Hizbullah dan gerakan dan kumpulan yang mengangkat senjata melawan Isreal.

Dasar anti imperialis Iran. Jelas kukuh dan wajib di sokong.

TAPI DASAR PALAT – paksa rakyat pakai kain  tudung baju selimut hitam dan berkelubung adalah dasar  yang TIDAK FUDUMENTAL.

Jika PARTI ISLAM PAS mengamalkan hal ini pasti akan kena terajang  oleh rakyat  seperti yang sedang berlaku di Iran sekarang !!!

BETUL -  Amerika, Trump, CIA, MOSSAD , MI6 semua datang membantu pendemo  untuk menjatuhkan kerajaan Islamik Republik  Iran.

 MOSSAD  amat aktif di Iran. Kenapa? Kerana rakyat benci bila kerajaan ganggu kehidupan mereka.

Tugas kerajaan bukan jaga dan kawal  BURIT  DAN KOTE RAKYAT. Tugas  kerajaan  ialah  mengurus dan mengendalikan : Pekerjaan – Pelajaran – Perumahan dan Kesihatan – untuk rakyat.

BURIT DAN KOTE mana rakyat nak isap atau  jilat terpulang pada rakyat.

Kita menyokong REVOLUSI  IRAN . Dunia mahu Kerajaan Iran tetap berdiri  dan berani memimpin  perjuangan melawan Amerika dan Israel.

Justeru JANGAN buat dasar di mana MOSSAD dan CIA dapat masuk dan menghasut rakyat untuk menjatuhkan kerajaan  Islamik Republik Iran.

Anak  SHAH REZA yang di taja oleh ISREAL jika boleh di jimat secepat mungkin. Amin

HOKKIEN
Pagi ini segar cerah sejuk. Kemarin hujan di wilayah Le Chateau – lopak air di jalan. Langit biru berawan putih. Mata hari dah keluar. Sinar masih manja.

Di Bukit Pintu masuk How Wow terus   melaung dari pokok tinggi. Tekukur juga berlagu. Dalam belukar Cengkerik berdesing.  

KL & KL Sentral berkabus nipis –  kerana  hujan renyai dalam kota. 

Gua  masih menapak di lorong masuk – gua  dah nampak Siti dan keluarga menunggu. Masuk ke jalan besar semua datang berkumpul. Gua  beri nasi dan tulang – wow – pagi ini spesial.

Gua berjalan ke arah Wakaf Tiga – ada 2 Abang Bangla sedang menimbus kubur. Kemarin menggali – pagi ini menimbus.

Berjalan pulang di Wakaf Pertama Siti dan menunggu – kali ini Siti dapat hati ayam yang lain  dapat Friskies dan keropok.  

Wow –  ketika gua beri makan pada Keluarga Siti Tak Tak  hanya memerhati – tak pernah nak masuk campur. Gua rasa Tak Tak  faham ini makanan yang gua beri  bukan untuk dia. 

Berjalan pulang -  di tempat  pertama gua letakkan nasi dan tulang  kelihatan berbelas ekor  Tiong sedang mencari butir-butir nasi  yang tercicir.  Ini rezeki Tiong.

Ketika gua menulis gua masih terdengar suara How Wow yang kuat dari belakang dapur.

Gua rasa  hari ini akan panas.  Petang gua nak pergi dengar George Galloway bercakap tentang Palestin dan Geo-politik. Program di  Hotel Tamu – Kampung Baru. Amin.

BRO
SENYUM
SAMBUT PAGI AHAD
DENGAN SENYUMAN

BRO
Waktu lu santai bermain dengan kucing tidak sia-sia.

BRO
Hairan juga. Kenapa ada manusia tidak sedar  bahawa haiwan peliharaan adalah hadiah untuk umat manusia.

BRO
Haiwan  yang lu pelihara lebih banyak memiliki  cinta dan  kasih sayang dari kebanyakan manusia. Amin

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERCUTI.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kenapa nak jaga apa pas kena buat apa pas tak boleh buat ? kalau kena terjang dengan rakyat kau susah apa ?