Ahad, 11 Januari 2026

LANGKAH BIJAK TRUMP




Parlimen Greenland percepat mesyuarat khas, bincang ancaman AS ambil alih wilayah itu

OSLO, Norway: Parlimen Greenland akan mempercepatkan mesyuarat khas bagi membincangkan tindak balas terhadap ancaman Amerika Syarikat (AS) untuk mengambil alih wilayah itu, menurut kenyataan bersama pemimpin lima parti politik di Dewan Perhimpunan Greenland.

Menurut kenyataan berkenaan, mereka menegaskan bahawa sikap AS yang menghina Greenland perlu dihentikan.

Presiden AS, Donald Trump, sebelum ini menyatakan negaranya perlu memiliki Greenland iaitu wilayah autonomi besar dalam kerajaan Denmark bagi menghalang Russia atau China daripada menguasai wilayah strategik yang kaya dengan mineral itu pada masa depan.

"Kami tidak mahu menjadi rakyat AS, kami tidak mahu menjadi warga Denmark. Kami mahu menjadi Greenland," katanya.

Mesyuarat Parlimen Greenland yang dikenali sebagai Inatsisartut akan dipercepatkan bagi memastikan perdebatan politik yang adil dan menyeluruh berlangsung serta hak rakyat terjamin.

Bagaimanapun, tarikh mesyuarat berkenaan masih belum ditetapkan.

Greenland terakhir kali mengadakan sesi Parlimen pada November lalu dan dijadual kembali bersidang pada 3 Februari ini.

Semalam, Trump berkata pihaknya akan melakukan sesuatu terhadap Greenland sama ada mereka suka atau tidak dan bahawa kehadiran tentera AS di pulau itu di bawah perjanjian 1951 dengan Denmark, rakan dalam Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) tidak mencukupi untuk menjamin pertahanan wilayah berkenaan.

Usaha baru Trump terhadap Greenland, selepas campur tangan ketenteraan AS di Venezuela, membimbangkan ramai penduduk wilayah itu yang kira-kira 57,000 orang dan kebanyakannya menyokong kemerdekaan suatu hari nanti.

Perjanjian 2009 antara Greenland dan Denmark mengiktiraf hak rakyat Greenland untuk merdeka jika mereka memilihnya, tetapi walaupun kelima-lima parti berkata mereka mahu merdeka, mereka berbeza daripada segi cara dan bila ia akan dicapai.

Menurut kenyataan bersama pemimpin lima parti berkenaan, masyarakat Greenland mesti menentukan masa depan negara itu sendiri tanpa tekanan untuk membuat keputusan tergesa-gesa, penangguhan atau campur tangan dari negara lain dan perlu diadakan dialog berdasarkan diplomasi dan prinsip antarabangsa.- REUTERS



SOKONG TRUMP

SERANG AMBIL

ALIH GREENLAND

AMIN

NATO AKAN PECAH

INI AMAT BAIK

UNTUK WARGA

DUNIA

KHALAS

Tiada ulasan: