Ahad, 11 Januari 2026

MASALAH BABI ATAU MASALAH KAPITALIS CHINA ?



Ternakan babi berskala besar beri kesan negatif terhadap alam sekitar, komuniti - pakar

KUALA LUMPUR: Pembangunan ternakan babi berskala besar berpotensi menimbulkan pelbagai kesan negatif terhadap alam sekitar dan komuniti setempat jika tidak diurus dengan baik.

Pensyarah Kanan Pusat Kajian Sosial, Pembangunan dan Persekitaraan (SEEDS) Universiti Kebangsaaan Malaysia (UKM), Dr Zurinah Tahir, berkata antara kesan alam sekitar termasuk pencemaran air daripada sisa najis dan kumbahan babi yang boleh menjejaskan sungai, tasik dan air tanah.

Katanya, kualiti udara juga berisiko terganggu akibat bau busuk, gas ammonia dan metana yang boleh menjejaskan keselesaan penduduk sekitar.

"Selain itu, pembangunan sebegini turut menimbulkan risiko kesihatan awam, termasuk penyebaran penyakit zoonotik seperti selesema babi dan jangkitan bakteria.

"Bau dan pencemaran boleh menyebabkan masalah pernafasan serta tekanan kepada penduduk.

"Dari aspek sosial dan budaya, ternakan babi berskala besar boleh menjejaskan kualiti hidup komuniti, termasuk gangguan bau, pembiakan lalat dan bunyi bising.

"Isu ini juga sensitif dari segi agama dan budaya di kawasan majoriti Muslim, yang boleh menimbulkan konflik sosial jika tidak dirancang dengan teliti," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Semalam, Sultan Selangor murka dengan perancangan kerajaan negeri yang membenarkan operasi penternakan babi di Tanjong Sepat, Kuala Langat, bermula tahun ini, sebelum dipindahkan ke Bukit Tagar pada 2030.

Menerusi titah kenyataan, baginda tidak bersetuju khususnya apabila ada kemungkinan ia membabitkan penternakan babi berskala besar dan berorientasikan eksport ke luar negara.

Zurinah turut menggesa Kerajaan negeri Selangor meneliti keperluan pembangunan projek ternakan babi berskala besar dengan mengambil kira pandangan agensi teknikal.

Katanya, laporan enilaian impak alam sekitar (EIA) dan penilaian impak sosial (SIA) juga perlu disediakan secara telus.

Beliau menjelaskan laporan itu penting bagi menilai kesan alam sekitar, sosial, ekonomi dan budaya terhadap komuniti setempat, khususnya dari segi demografi dan sensitiviti budaya.

"Selain itu, kerajaan negeri juga perlu mendapatkan persetujuan penduduk sekitar dan membabitkan penyertaan awam secara menyeluruh bagi memastikan tadbir urus projek dijalankan dengan telus dan bebas konflik kepentingan.

"Langkah proaktif oleh agensi penguatkuasaan perlu diperkukuhkan bagi memastikan keselamatan dan kebersihan persekitaran ternakan babi tidak dikompromi," katanya.

Zurinah menegaskan pembangunan ternakan babi berskala besar di Selangor tidak wajar kerana risiko impak negatif yang tinggi.

Katanya, penyelesaian terbaik adalah melindungi kesihatan awam, memelihara alam sekitar dan menghormati sensitiviti masyarakat dengan pendekatan berhemah serta menyeluruh

INI MASALAH

BABI ATAU

MASALAH

 KAPITALIS CHINA?

AMIN

CARA SELESAI

AMAT MUDAH

AMIN

BERI LESEN 

UNTUK TEMBAK

BABI HUTAN

AMIN

BERI LESEN

TANPA CUKAI

MUDAH  IMPOT

DAGING BABI

KHALAS

Tiada ulasan: